Ahad

Mengatasi Masalah Bau Badan


Saya mengalami masalah badan berbau bermula apabila saya tumbuh bulu ketiak” ujar seorang kenalan Aromakasih yang meminta pandangan untuk mengatasi masalahnya. Sekarang dia berumur 21 tahun. Persoalannya, kenapa masalah badan berbau hanya bermula selepas akil baligh? Kenapa semasa kanak-kanak, kita tidak mengalami masalah ini?

Perlu kita tahu bahawa peluh dihasilkan oleh kelenjar accrine dan apoccrine yang berada di lapisan kulit kita. Kelenjar accrine terdapat di seluruh badan kita. Kelenjar ini sudah ada sejak kita kecil lagi. Fungsi utamanya ialah untuk mengatur suhu badan kita melalui proses berpeluh. Tetapi kelenjar apoccrine banyak terdapat di bahagian ketiak dan bahagian-bahagian lain yang berbulu. Kelenjar ini juga berfungsi mengeluarkan peluh secara lebih aktif sebaik sahaja usia kita meningkat remaja. Peluh yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh rangsangan emosi. Peluh dari kelenjar apoccrine mengandungi banyak lemak dan protin. Inilah yang menjadi punca bau badan yang menyerlah sebaik sahaja kita meningkat remaja. Kanak-kanak tidak mengalami gejala ini.

Bau busuk adalah berpunca dari penguraian bahan-bahan protin yang terkandung dalam peluh yang dikeluarkan oleh apoccrine. Mikrob mengurai peluh untuk makan. Penguraian bahan protin ini menghasilkan sejenis bahan amonia. Kita tahu amonia memang sifatnya berbau busuk. Inilah punca bau badan. 

“Jadi bagaimana cara mengatasinya?” Ujar kenalan itu lagi. Tubuhnya ramping, dengan tinggi 157cm dan berat 40kg, saya kira BMInya cukup cantik. Saya bertanya samada dia mengalami masalah buang air besar, jawabnya baik2 saje. Saya mengagak kemungkinan bau badannya disebabkan toksin yang masih terperangkap di dalam tubuhnya. Lalu saya mengesyorkan kepadanya supaya mengamalkan meminum jus buah setiap hari, samada epal, oren, mangga, pisang dsb yang dikisar dengan blender. Saya juga memintanya supaya mengelakkan mengambil minuman coklat seperti milo dsb. 

Selanjutnya dia bertanya tentang produk2 yang boleh diambil. Saya mengesyorkan supaya menggunakan mandian anti-bakteria seperti Dettol dan menggunakan deodoran bebas bahan kimia seperti Deodoran CNI. Elakkan deodoran yang mengandungi alkohol.

Jika anda juga mengalami masalah seperti kenalan Aromakasih ini, boleh lah mencuba petua2 di atas. Selamat mencuba.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...