Isnin

Asal Usul Tuala Wanita Jenama Joshi Pad

Pada suatu masa dahulu, di negara Jepun, ada sebuah perkampungan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya bekerja sebagai petani dan pesawah membanting tulang setiap hari untuk menyara kehidupan. Mereka hidup dalam keadaan harmoni serta saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Namun begitu, pada satu ketika, kampung tersebut sudah tidak aman lagi. Setiap malam ada orang yang mati dibunuh secara misteri. Orang yang dibunuh mempunyai kesan gigitan, dipercayai dibunuh oleh manusia penghisap darah atau disebut sebagai drakula.

Ketua kampung tersebut berasa amat susah hati. Beliau mengumpulkan orang kampung dan mengisytiharkan bahawa barang siapa yang dapat menghapuskan drakula tersebut maka dia akan dikurniakan penganugerahan dan hadiah yang istimewa.

Maka keluarlah seorang pemuda yang bernama Joshi, menawarkan diri untuk menghapuskan drakula tersebut. Joshi merupakan seorang pengamal perubatan terkenal di negara Jepun yang singgah di kampung tersebut untuk mencari herba-herba terpilih untuk dibuat makanan kesihatan seperti Royal Ginkgo, Life Enzyme, Organik dan sebagainya. Joshi mempunyai kelebihan yang luar biasa yang mana beliau mampu berinteraksi dengan makhluk alam ghaib, termasuklah jin dan roh-roh yang telah mati.

Setelah mendapat mandat daripada Ketua Kampung, Joshi pun memulakan tugasnya dengan memasuki hutan berdekatan pada waktu siang. Akhirnya beliau menjumpai sebuah rumah besar tinggalan lama yang beliau percaya menjadi kediaman drakula tersebut.

Apabila beliau memasuki rumah tersebut, Joshi telah ternampak sebuah keranda yang terletak ditengah-tengah rumah. Apabila Joshi membuka keranda tersebut, beliau mendapati sesusuk tubuh drakula sedang tidur di dalam keranda tersebut. Joshi terus menikam drakula tersebut lalu drakula tersebut terus mati. Joshi menutup kembali keranda tersebut dan terus meninggalkan rumah besar tersebut. Beliau kembali ke kampung dan disambut dengan meriah dan dijulang sebagai seorang wira yang hebat dan luar biasa serta dikurniakan anugerah kepahlawanan dan hadiah seperti yang dijanjikan.

Ceritanya tidak berakhir begitu sahaja. Malam tersebut, semasa Joshi sedang tidur, roh drakula tersebut datang kepada Joshi dan mengejutkannya dari tidur. Roh tersebut merayu kepada Joshi supaya mengembalikannya ke alam dunia kerana roh drakula tersebut tidak sempat bertaubat . Roh drakula tersebut berkata, “Izinkan saya kembali ke dunia untuk membuat kebajikan kepada manusia sebagai penebus dosa-dosa yang telah saya lakukan”..

Lalu Joshi pun berkata dalam Bahasa Jepun, “Mana boleh, aku telah pun diberi upah oleh ketua kampung kerana berjaya membunuh kau, tiba-tiba kau hidup balik, nanti aku akan dimarahi pula oleh ketua kampung!”

Roh drakula terus merayu untuk dikembalikan. Akhirnya Joshi pun berkata, “Baiklah, aku akan beri kamu peluang untuk menebus dosa yang telah kau lakukan, tetapi bukan sebagai drakula lagi, malah kau tidak akan berupa manusia lagi supaya kau tidak dikenali oleh orang kampung. Kau hanya akan dijelmakan sebagai suatu benda bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih?" tanya Joshi.

“Baiklah, saya nak menjadi benda yang bernyawa, yang mempunyai sayap dan boleh menghisap darah, heh...heh...heh...". Dalam hatinya berfikir tidaklah nanti dia mati kelaparan sebab masih dapat menghisap darah yang menjadi makanan ruji baginya. Dia berjanji tidak akan menghisap darah manusia tetapi hanya darah binatang sahaja. Joshi pun bersetuju dan menukar drakula menjadi kelawar. Drakula tersebut sungguh gembira.

Drakula yang telah menjadi kelawar itu pun merayau-rayau ke kampung tempat dia membunuh dahulu. Dia terbang ke sana sini sehingga ke kebun tempat penduduk-penduduk bertani. Niatnya untuk membuat apa-apa sahaja kebajikan kepada penduduk kampung agar dapat menebus dosanya yang lalu. Tetapi seorang petani tiba-tiba nampak  kelawar tersebut sedang merayau-rayau, lalu petani tersebut membunuh kelawar tersebut yang disangkanya mahu merosakkan tanaman-tanamannya. 

Setelah mati dibunuh, sekali lagi roh drakula yang menjadi kelawar tersebut datang menghadap Joshi. Dia merayu “Saya masih tidak dapat membuat kebajikan kepada penduduk kampung. Jangan kata nak buat kebajikan, orang kampung nampak je saya terus dibunuhnya!”

"Aku akan memberi kamu satu lagi peluang" kata Joshi. "tetapi macam sebelum ini, bukan lagi sebagai manusia. Adakah kamu nak menjelma sebagai kelawar lagi?”

Dengan tersipu2 drakula ini menjawab "Saya tak nak jadi kelawar, nanti orang nampak saya dan bunuh saya. Saya masih nak jadi benda yang bernyawa, bersayap dan menghisap darah, tapi saya nak saiz kecik macam semut supaya susah orang nak nampak".

Joshi berfikir sekejap lalu berkata "baiklah, kalau itu yang kau mahu" dan menukarkan drakula menjadi nyamuk. Drakula yang menjadi nyamuk itu sangat gembira.

Drakula pergi lagi ke kampung tersebut dengan niat untuk membuat kebajikan, dia terbang ke sana ke sini, apabila lapar, dia menghisap darah haiwan, kerana dia sudah berjanji tidak akan menghisap darah manusia. Suatu hari, drakula yang menjadi nyamuk itu telah masuk ke rumah seorang penduduk dengan harapan ada apa-apa kebajikan yang dia boleh lakukan, tetapi semasa dia tengah nak berehat kat dinding, tiba-tiba SPLAT! dia dibunuh oleh anak tuan rumah tersebut yang berusia 5 tahun.

Dracula terasa bodoh sangat kerana hanya dibunuh oleh budak berusia 5 tahun. Apabila berhadapan dengan Joshi buat kali ke-3, dia berkata "Saya sudah serik menjadi benda yang bernyawa, kerana selalu sangat kena bunuh”. Lalu Joshi pun bertanya “Jadi kali ini kamu nak jadi benda yang tidak bernyawa? so, apa dia kali ini?" tanya Joshi.

Dracula menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada benda tak bernyawa, tetapi saya masih nak mempunyai  sayap dan saya nak hisap darah macam biasa... heh.. heh.. heh..". "No problem" kata Joshi dalam bahasa omputeh dan terus menukar Drakula menjadi Tuala Wanita yang dinamakan Joshi pad. 

Sehingga sekarang, Joshi pad berjaya memberikan jasa dan membuat kebajikan bukan sahaja kepada penduduk kampung tersebut bahkan kepada jutaan manuasia di atas muka bumi ini, tidak kira wanita atau lelaki. Pelbagai penyakit telah dapat disembuhkan seperti senggugut, keputihan, sembelit, sakit urat, panas badan akibat demam, malah Joshi Pad juga mampu menghilangkan bau busuk dalam almari-almari kasut, topi keledar dan sebagainya. Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Joshi Pad!!!


Iklan:
1) Panduan menikmati seks dengan hebat!
2) Panduan seks suami isteri
3) Buku cara-cara pancutkan isteri hanya RM40 sekarang!!!

1 ulasan:

  1. D8E23B5Cbutuh b.o aman? diskon besar ? terpercaya? deposit murah?
    disini aja bos !

    PREDIKSI AKURAT JP 4X SEMINGGU !(RANDOM 4D 3D 2D)
    " togelpelangi.com "

    kenapa harus togel pelangi?
    ya karena togel pelangi memberikan ;

    - Diskon pemasangan besar
    - Deposit murah = 20.000 / wd ; 50.000
    - CS 24 jam
    - Prediksi terakurat dan lengkap
    - Berapapun jumlah kemenangan dibayar
    - Online Game Betting toto fair 100%
    - Jackpot Besar (Lansung diundi, Syarat cuma betting seperti biasa)

    Sudah ada 10juta member dan bandar darat yang main di togel pelangi
    hasilnya ?
    Puas dengan pelayanan super cepat (Fast respon)
    aman dan nyaman

    yang ga bisa main
    jadi jago JP terus ,

    Nah kamu kapan lagi bos :D

    info kontak :
    D8E23B5C ( BBM )

    togelpelangi (LINE )

    +85581569708 ( WhatApps )

    togelpelangi (WeChat )

    LIVE CHAT 24 JAM ( http://www.togelpelangi.com/ )

    Daftar : http://www.togelpelangi.com/daftar

    Promo Jackpot ( HOTTT ) : http://www.togelpelangi.com/promo

    Become a smart Player in Online Gaming (y)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...