Aromakasih telah banyak kali menulis mengenai kebaikan pemakaian wangian atau perfume kepada kita semua. Pada kali ini, Aromakasih mendapat tahu dan ingin berkongsi dengan anda semua bahawa bau yang wangi boleh memberi kecerdasan kepada akal fikiran kita. Tidak percaya? Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga! Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau bunga mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan bunga dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Secara purata, markah yang mereka dapat pada keesokan harinya adalah 97.2%.
Pada malam berikutnya mereka tidur di dalam bilik yang sama tanpa bauan ros. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya. Nak tahu keputusannya? Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah, tetapi kali ini mereka hanya mendapat 86 markah sahaja tanpa menghidu bau ros!
Oleh itu, Aromakasih menyeru anda semua untuk memakai perfume semasa ingin tidur. :)
0 ulasan:
Catat Ulasan