Jumaat

Tips Penjagaan Ketiak

Setiap aspek dari tubuh memiliki peranan penting. Ketiak juga perlu penjagaan yang baik agar selalu tampak lembut dan cerah. Antara faktor utama yang menyebabkan ketiak tidak cantik dipandang adalah kerana mempunyai bulu, lebih teruk lagi jika bulu ketiak anda tebal dan lebat. Ketiak yang berbulu sememangnya menjatuhkan imej yang empunya badan, terutama sekali bila tidak memakai baju atau memakai baju tidak berlengan ketika berada di rumah bersama suami. Pendek kata, suami tengok pun tak lalu! 

Di bawah ini Aromakasih menyenaraikan beberapa cara untuk menanggalkan bulu ketiak yang biasa dilakukan oleh wanita beserta kebaikan dan keburukan pada setiap cara tersebut:-

1. Waxing and sugaring

kebaikan (+) ini merupakan cara terbaik sekaligus menjadi kegemaran kebanyakan wanita untuk mendapatkan kulit mulus bebas bulu dalam masa yang singkat.

keburukan (-) Selain meninggalkan rasa sakit dan bulu tak tercabut dengan sempurna, waxing boleh menyebabkan ketidakselesaan  pada ketiak dan juga dapat meninggalkan kesan hitam.

2. Shaving (mencukur)

kebaikan (+) Hanya memerlukan waktu singkat dan lebih flexible tanpa prosedur yang sulit untuk melakukannya.

keburukan (-) Semasa mencukur, 1/3 bahagian yang hilang adalah kulit. Ini akan menyebabkan kulit kehilangan kelembaban dan luka pada permukaannya. Kulit jadi tidak selesa dan menimbulkan kesan kemerahan dan kawasan ketiak menjadi semakin menghitam. Jika anda selalu mencukur bulu ketiak, pastinya anda mengalami masalah ini. Dapatkan produk dari aromakasih untuk merawat dan mengembalikan kelembaban asli kulit ketiak anda agar tetap lembut dan halus.

3. Plucking (mencabut)

kebaikan (+) Selain lebih puas mencabut hingga akar, anda tak perlu memerlukan bantuan profesional untuk melakukannya.

keburukan (-) Amalan ini dapat menyebabkan lapisan kulit menjadi rosak kerana pori-pori kulit membesar, serta kesan iritasi menyebabkan kulit ketiak menjadi kasar dan gelap. Pelembap RJ Ocean Phyto memiliki peranan penting untuk merawat kembali kulit ketiak yang telah mengalami iritasi.

4. Threading

kebaikan (+) Cara ini kini sedang marak dilakukan. Proses pencabutan dengan menyimpulkan benang oleh tenaga profesional ini amat detail dan hasil yang maksimal.

keburukan (-) Meski terlihat simpel, tapi terkadang rasa sakit yang ditimbulkan lebih tidak mengenakkan dari waxing. Tektur benang yang tipis bisa saja menyebabkan luka jika kurang teliti melakukan proses threading ini. Efeknya? Sudah pasti iritasi dan kulit kasar akan Anda dapatkan.

5. Rawatan Laser

kebaikan (+) Hasil rawatan laser yang kekal dan membolehkan bulu ketiak tidak tumbuh langsung sangat berkesan kerana melalui laser, ia dapat menghilangkan folikel sehingga bulu tidak tumbuh terus menyebabkan kaedah ini menjadi pilihan sesetengah pihak.

keburukan (-) Perlu melalui beberapa tahapan untuk menyempurnakan kaedah ini. Dengan kata lain, anda tidak mampu  mendapatkan hasil sempurna dalam sekali rawatan laser. Tambahan pula, masalah harganya yang silap-silap haribulan menyamai dengan sebulan atau dua bulan gaji anda!

PALING PENTING UNTUK DIKETAHUI:


Hampir semua proses penghilangan bulu ketiak memiliki risiko iritasi dan munculnya kesan-kesan hitam. Maka penjagaan yang rapi amat penting agar kulit ketiak tetap indah dan menggoda apabila dipandang suami. 



Aromakasih mengesyorkan penggunaan Deodorant yang bebas kandungan bahan kimia terutamanya alcohol denat. Sebaiknya gunakan deodorant yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti Roll-On Deodorant yang mampu merawat kulit ketiak dari iritasi dan kesan hitam. Anti perspirant-nya juga akan melindungi secara optimal selama 24 jam dari bau badan dan keringat berlebihan. Kulit ketiak Anda akan dimanjakan untuk hasil yang lebih cerah, halus dan lembut.


1 ulasan:

  1. Jom hilangkan bau badan dengan Magic Blue Natural Deodorant. 100% semulajadi. 99% feedback positif dari pengguna. Klik link untuk details. :)

    http://miraclemagicblue.blogspot.com/2015/08/kelebihan-magic-blue-atasi-bau-badan.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...