Rabu

Rahsia Kecantikan Mata



Tidak dapat dinafikan bahawa mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Apabila kita bercakap dengan seseorang, kita pastinya akan memandang matanya. Oleh itu, memiliki mata yang menawan merupakan aset untuk menyerlahkan kecantikan diri. Di bawah ini Aromakasih memberikan beberapa tips kecantikan mata sebagai panduan untuk anda semua:-

Melebatkan Bulu Mata

Sesetengah orang memilki hanya sedikit bulu mata menyebabkan matanya tidak ada daya penarik. Untuk melebatkan bulu mata, rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Melentik Bulu Mata

Bulu mata yang lebat tetapi tidak lentik masih tidak menarik dipandang. Untuk melentikkan bulu mata, ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Melebatkan Bulu Kening

Kening merupakan hiasan mata. Bayangkan wajah kita tanpa kening, memang tak cantik! Jika kening anda tak berapa nampak sebab bulunya tak lebat, cuba petua ini. Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

1 ulasan:

  1. Perkongsian yang sangat menarik admin. Saya juga ada share tip kurus dan tip kecantikan di blog saya. Jemputlah melawat blog saya juga. www.beautyfatimah.net

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...