Bukan sahaja raut wajah dan potongan badan yang perlu diberi perhatian, malah kaki juga memainkan peranan yang penting dalam hal kecantikan seseorang. Di bawah ini adalah beberapa petua yang melibatkan kaki. InsyaAllah dalam catatan yang berikutnya Aromakasih akan memberikan petua berkenaan kuku kaki yang mana sering mengalami masalah seperti kusam, cekam dan sebagainya.
Tumit Kaki Pecah dan Berkematu
1. Ambil getah betik yang masih muda ataupun ubat gigi yang mengandungi herba/kayu sugi/fluorida. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Kemudian basuh seperti biasa.
2. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh.
3. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
4. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
5. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
6. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
7. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
Kaki Bersisik
1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.
Urat Timbul Di Kaki
1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.
Kaki Bengkak Ketika Hamil
1. Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.
0 ulasan:
Catat Ulasan