Mempunyai pinggang yang ramping adalah menjadi aset yang amat penting bagi wanita. Ini kerana ianya adalah antara faktor utama kejelitaan wanita, selain daripada memiliki raut wajah yang menawan. Beberapa tabiat perlu dielakkan dan dihindarkan untuk menjadikan perut anda kempis sekaligus untuk mendapatkan potongan badan yang cantik. Jika anda mengikuti nasihat ini nescaya anda akan nampak perubahan pada perut anda:
1. Jangan sesekali minum ais/air batu/aiskrim/air sejuk walaupun cuaca panas.
2. Amalkan meminum air suam sekurang-kurangnya 10 gelas sehari.
3. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air, minum air sekurang-kurangnya setengah jam selepas makan nasi.
4. Hindarkan memakan apa-apa sahaja makanan selepas solat maghrib sehingga sebelum solat subuh kerana lemak sukar dibakar pada waktu malam.
5. Banyakkan makan sayur-sayuran dan organik kerana ini akan menyingkirkan lemak-lemak dalam tubuh.
Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
Petua 1: Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
Petua 2: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Petua 3: Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
0 ulasan:
Catat Ulasan