1. Mengurangkan risiko barah/kanser
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai 2001, kandungan polifenol, antioksidan kuat pada teh hijau sebenarnya mampu mencegah sel kanser berkembang biak dalam tubuh. Kajian tersebut menunjukkan bahawa orang yang meminum teh hijau secara teratur dan konsisten/istiqamah dengan mengamalkannya sebagai minuman harian makin berkurang risikonya terhadap penyakit kanser payudara, kanser perut, kanser kerongkong, kanser usus, kanser paru-paru, kanser dubur, kanser hati, kanser pankreas dan kanser prostat.
2. Melindungi daya ingatan
Teh hijau juga menjaga otak agar memiliki daya ingatan yang kuat dan tajam. Mengikut kajian, orang dewasa yang minum teh hijau setiap hari tidak mempunyai masalah kognitif serius berbanding mereka yang tidak meminum teh hijau. Ini kerana antioksidan yang tinggi yang terkandung dalam teh hijau yang memerangi radikal bebas yang berpotensi merosakkan saraf otak yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi semakin lemah.
3. Menurunkan berat badan
Oh ya, ini yang pasti anda suka! Pelbagai kajian membuktikan bahawa orang yang meminum teh hijau secara teratur dan konsisten/istiqamah dengan mengamalkannya sebagai minuman harian mampu mempercepat proses pembakaran lemak dan kalori dalam tubuh. Teh hijau juga dapat membantu mempercepatkan peningkatan metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif untuk menghasilkan antioksidan.
4. Merawat kulit
Teh hijau merupakan antiseptik semulajadi yang mampu merawat kulit bermasalah seperti berjerawat, radang, gatal dan kulit terbakar. Caranya samada dengan cara meminum teh hijau atau menyapu terus pada kulit, iaitu dengan merendam teh hijau dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah tersebut. Mengikut ujian makmal, teh hijau juga mampu melindungi kulit dari bahaya sinar UV yang menyebabkan kanser kulit. Malah kelopak mata yang membengkak juga boleh dirawat dengan teh hijau.
5. Menstabilkan tekanan darah serta menghilangkan stress dan tension
Adalah penting untuk memiliki tekanan darah yang stabil iaitu pada kiraan 120/80. Namun untuk maintain pada tahap tersebut terlalu sukar apatah lagi anda adalah orang Malaysia yang rata-ratanya mengambil makanan yang berlemak tinggi. Bangun pagi makan roti canai dan nasi lemah, tengahari makan nasi dengan kari lemak, petang pulak pelbagai jenis kuih dan manisan! Tetapi orang yang mengamalkan separuh cawan teh hijau setiap hari sudah ‘menabung’ bagi menghindarkan diri dari tekanan darah tinggi sebanyak 50% berbanding mereka yang tidak mengamalkan teh hijau. Ini kerana kandungan polifenol (ECGC) yang ada dalam teh hijau memapu menstabilkan tekanan darah dan membantu menjaga pembuluh darah dari kontraksi yang berpotensi menaikkan tekanan darah. Perlu kita tahu bahawa penyebab utama stress/tension adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat stress/tension yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi dan stress/tension menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.
6. Awet muda
Semakin muda dan sihat arteri anda, maka anda juga makin lebih sihat dan lebih muda. Dengan mengamalkan minuman teh hijau setiap hari, akan menghalangi tubuh menyerap lemak dan kolesterol yang menyumbat arteri/pembuluh darah yang akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan stroke.
7. Mencegah keracunan makanan
Mengamalkan minuman teh hijau setiap hari dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´ dan sebagainya di dalam perut/tubuh anda.
8. Melindungi daripada diabetes
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
9. Melindungi daripada hepatitis
Teh hijau juga terbukti dapat melindungi kita daripada hepatitis.
0 ulasan:
Catat Ulasan