Masalah tumit dan tapak kaki berkematu dan pecah-pecah sememangnya adalah perkara yang sudah menjadi kebiasaan berlaku pada kita. Namun begitu, dalam keghairahan kita menjaga kecantikan muka dan tubuh badan yang lain, tak seharusnya kita lupa untuk menjaga tumit dan tapak kaki kita, terutamanya jika kita telah dan akan berumahtangga. Hakikatnya, di atas ranjang ketika hubungan intim berlaku antara suami dan isteri, keseluruhan tubuh akan dinikmati oleh pasangan, termasuklah tumit dan tapak kaki. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk kita membiarkan tumit dan tapak kaki kita berkematu dan pecah-pecah tanpa kita sendiri berusaha untuk merawatnya.
Masalah tumit dan tapak kaki berkematu dan pecah-pecah berpunca dari pembentukan sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki. Ia berlaku sebagai satu tindak balas bagi melindungi kaki akibat tekanan yang berlebihan dan geselan. Kematu, biasanya terbentuk pada tumit, benjolan tapak kaki atau bahagian bawah ibu jari kaki. Masalah ini biasanya disebabkan pemakaian kasut bertumit tinggi, kasut terlalu kecil, obesiti dan cara seseorang itu berjalan. Selain itu, tapak kaki yang rata, atau lengkungan tapak kaki terlalu dalam dan kehilangan lemak-lemak pada bawah tapak kaki juga punca seseorang itu menghidap kematu.
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-
1. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering.
2. Ambil beberapa helai daun betik, rendam dalam air suam. Kemudian ramas daun betik berkenaan. Rendamkan kedua kaki ke dalam bekas berisi daun betik muda selama 10 minit. Gosok kaki yang berkematu perlahan-lahan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah.
4. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
5. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
6. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
7. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.
8. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
Ayoo Main di Pelangi Togel
BalasPadamTOTAL HADIAH RATUSAN JUTAAN UNTUK DIBAGIKAN
KEPADA MEMBER PERMAINAN TOGEL
- Semua Pasti Menang Dan dapat ^_^ , No Zonk
Telp : +85581569708
BBM : D8E23B5C
Line : togelpelangi
Link: http://www.togelpelangi.com/