Selasa

Senaman Mengecilkan Punggung

Punggung adalah antara faktor yang paling utama dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menampilkan bentuk badan yang menawan, terutama bagi perempuan. Berbeza dengan payudara, memilki punggung yang besar sememangnya tidak cantik dan perlu diatasi segera jika anda mengalaminya. Tanyalah mana-mana lelaki, secara umum mereka mengatakan mereka suka melihat anak gadis yang memilki punggung yang kecil, comel dan cute. Tambah pula jika mengenakan seluar jeans, cantik kalau punggungnya comel dan kecil, tapi kalau punggung besar pakai jeans, hmmmm komen kebanyakan lelaki: “Baik tak payah pakai laaaaa…”. 

Itu pada pandangan lelaki, apa pula pandangan wanita? Pun sama, kebanyakan wanita juga tidak suka dengan punggung besar, yang mana punca utamanya adalah kerana terlebih lemak.

Agar mendapatkan punggung yang lebih langsing, kecil, comel dan seksi, anda sebenarnya memerlukan senaman khusus. Cubalah amalkan senaman yang Aromakasih berikan di bawah ini, paling kurang 4 kali seminggu, tapi sebaik-baiknya amalkan setiap hari secara konsisten, samada selepas subuh ataupun selepas asar. Pilihlah masa yang sesuai, asalkan anda melakukannya. Selamat beramal!

Senaman 1: The Hip Extender

Anda berdiri. Buka sedikit kedua-dua kaki, iaitu selebar bahu. Angkat kaki kanan anda ke samping kanan setinggi mungkin, sambil menurunkan kaki kiri anda. Kemudian kembali ke posisi asal semula dan lakukan hal yang sama untuk kaki sebelah kiri. Lakukan latihan the hip extender sebanyak 10 kali bagi kaki kanan dan 10 kali bagi kaki kiri.

Senaman 2: The Hip Squat

Anda berdiri. Buka sedikit kedua-dua kaki, iaitu selebar bahu. Turunkan badan anda sehingga lutut membentuk sudut 90 darjah. Tangan pegang lutut. Tahanlah selama 2 minit lalu kembali ke posisi berdiri. Lakukan latihan the hip squat sebanyak 20 kali.

Senaman 3: The Back Kick

Dapatkan meja setinggi punggung anda. Anda menghadap meja tersebut. Pegang meja tersebut dengan menggunakan kedua-dua belah tangan anda. Angkat secara perlahan kaki sebelah kanan ke atas sehingga lutut membentuk sudut 90 darjah dan biarkan punggung anda tetap lurus dan tahanlah posisi itu selama 2 minit kemudian kembali ke posisi semula. Lakukan latihan the back kick sebanyak 10 kali bagi kaki kanan dan 10 kali bagi kaki kiri.



7 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lgi senang klu post ni disertakn dgn gambar/video/link.
      anyway, thanks 4 the information.. really appreciate it! =]

      Padam
  2. Tqvm atas cadangan tu, saya akan cuba cari sape2 model untuk buat senaman di atas, nanti boleh la praktik ye :)

    BalasPadam
  3. agak agak kan, bile bende ni akan menjadi?

    BalasPadam
  4. mksh infonyaa :D
    mmpir disini juga ya>>http://how-yourblog.blogspot.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...