Bahagian punggung seringkali dilupakan dalam penjagaan tubuh badan. Walaupun begitu, ramai antara kita bersetuju bahawa punggung yang cantik dan gebu tentunya menjadi pujaan para suami. Selain payudara, punggung merupakan spot yang paling digemari oleh suami semasa hubungan intim. Oleh itu, anda pastinya bersetuju bahawa betapa pentingnya penjagaan punggung untuk menyerlahkan kecantikan diri. Berikut Aromakasih menyenaraikan langkah-langkah agar punggung tetap mulus, cantik dan menarik dipandang.
1. Jangan lupa menggosok bahagian punggung anda setiap kali mandi dengan menggunakan shower cream. Seelok-eloknya gunakan shower cream yang mengandungi khasiat kolagen seperti susu lebah juga rumpai laut yang sangat baik untuk kecantikan kulit. Gunakan span badan jenis berus untuk menghilangkan daki seterusnya membersihkan kulit punggung dengan maksimum.
2. Gunakan body scrub sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Seperti shower cream, sebaik-baiknya biarlah body scrub yang mengandungi khasiat kolagen seperti susu lebah juga rumpai laut yang sangat baik untuk kecantikan kulit.
3. Keringkan bahagian punggung dengan sempurna setiap kali selesai mandi. Jika tidak segera dikeringkan, air yang melekat pada kulit akan bercampur dengan peluh seterusnya akan menyebabkan munculnya bakteria-bakteria yang boleh merosakkan penampilan punggung anda, seperti munculnya jerawat, malah lebih teruk jika panau dan kurap.
4. Setelah anda mengeringkan punggung anda dengan sempurna, sapukan pelembab atau losyen yang sesuai. Seperti shower cream dan body scrub, lebih baik jika losyen yang anda gunakan mengandungi susu lebah (yang mengandungi kolagen yang sangat tinggi) dan juga rumpai laut yang amat berkhasiat untuk kesihatan kulit. Penggunaan losyen amat penting kerana kelembapan kulit bahagian punggung harus dijaga agar kulit tidak kering dan bersisik.
5. Untuk menghilangkan lemak di permukaan kulit, gosok dengan losyen yang mengandungi pati halia dan limau nipis setiap malam sebelum tidur. Anda pastinya nampak perubahan yang berlaku selepas sebulan hingga tiga bulan kemudian.
Selamat mencuba!
0 ulasan:
Catat Ulasan