Isnin

Panduan Kecantikan Kulit

Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit, makanan yang anda amalkan setiap hari adalah sama pentingnya dengan krim rawatan kulit yang anda gunakan. Ini kerana makanan yang mengandungi zat yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Kandungan semulajadi dalam makanan membantu kita melakukan pelbagai perkara termasuk melindungi kulit dari kerosakan akibat sinar UV, juga boleh membantu mengelakkan bintik hitam dan kerutan pada kulit. Berikut Aromakasih menyenaraikan beberapa makanan yang boleh membantu anda mendapatkan kulit sihat dan cantik:

Coklat (dark chocolate)

Sebuah kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan secawan minuman coklat setiap hari memiliki kulit yang lebih bersinar. Ini kerana minuman ini berfungsi melancarkan aliran darah. Kajian lain menunjukkan mereka yang mengamalkan minuman coklat setiap hari selama 12 minggu memiliki kulit yang lebih halus, lembut dan lembab.

Strawberi 

Buah strawberi menyediakan vitamin C yang banyak sebagai antioksidan kuat untuk meningkatkan pengeluaran kolagen dalam tubuh. Kolagen membantu kulit tetap tegang dan lembut. Selain itu, semakin banyak vitamin C bermakna semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Mereka yang mengamalkan vitamin C setiap hari lebih rendah untuk memiliki kulit kering dan berkerut. Kajian menunjukkan bahwa asam ellagic, antioksidan yang banyak terkandung dalam strawberi mampu untuk membantu mencegah kulit daripada kendur dan berkedut.
 

Epal 

Quercetin, antioksidan yang banyak terkandung dalam kulit epal, melindungi kulit dari paparan sinar UV yang menjadi penyebab kepada kanser kulit.
 

Telur 

Lutein dan zeaxanthin, dua antioksidan yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan akibat sinar UV. Sinar UV menyebabkan munculnya garis-garis halus, bintik-bintik hitam dan kanser kulit. Selain itu, komponen ini membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembab.
 

Almond 

Mengamalkan segenggam almond sehari boleh meningkatkan kadar vitramin E, salah satu antioksidan paling penting dalam menjaga kesihatan kulit. Vitamin ini membantu melembabkan kulit dan mencegah kulit kering.
 

Kenari 

Kenari merupakan sejenis kacang yang  sangat kaya aglycone, asam lemak omega-3, iaitu komponen asas untuk menjaga kelembapan dan kelenturan kulit.
 

Extra Virgin Olive Oil 

Sebuah kajian menunjukkan bahawa Extra Virgin Olive Oil  mengandung asam lemak esensial yang membantu kulit menahan kerusakan akibat sinar UV. 

Selada 

Enam helai daun selada mengadung 100% keperluan vitamin A harian anda. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam selada juga menambahkan zat dan nutrisi pada kulit serta meningkatkan kadar pengaliran oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
 

Tomat 

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan lima senduk pasta tomat yang kaya dengan lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25% lebih banyak terhadap paparan sinaran matahari. Selain itu, makanan ini membuatkan kulit mempunyai lebih banyak kolagen, yang diketahui umum memang sangat baik untuk kecantikan kulit. Di samping itu, hasil kajian sekumpulan saintis dari Jerman menunjukkan kulit yang lebih banyak mengandung antioksidan lycopene berisiko lebih rendah memiliki garis-garis halus dan alur-alur yang sudah pastinya menyebabkan kulit menjadi tidak cantik dan nampak berkedut.
 

Kedelai 

Sebuah kajian menunjukkan bahawa ketegangan kulit meningkat setelah orang yang berusia akhir 30-an dan 40-an mengamalkan makanan yang kaya dengan isoflavon kedelai yang dikenal dengan aglycone.
 

Whole grain 

Roti, pasta dan sereal whole grain kaya dengan antioksidan yang merupakan asas kesihatan dan kecantikan kulit. Oleh kerana kadar antioksidan semulajadi tubuh akan menurun seiring dengan usia, jadi ada baiknya jika kita menambah kadar antioksidan tersebut melalui pemakanan yang berkhasiat.


1 ulasan:

  1. Hello, AromaKasih.

    Elok skali kalau panduan kecantikan ini diteruskan lg dgn usaha memperlengkapkannya dgn bidang kecantikan tradisional di sini:

    Panduan Cantik secara Tradisional di tahap maksimum

    Semoga cantik skali. Tq.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...