Isnin

Petua kecantikan dari rambut ke kaki

PETUA KEPALA SIHAT

Mewangikan Rambut

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa  pening & menyejukkan kepala.

Mengatasi kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

PETUA KULIT CANTIK

Kepada yang melakukan kerja luar sering menghadapi masalah kulit muka terbakar kerana panas matahari. Untuk memulihkan kulit wajah, bancuh  sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau  nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut.  Biar kering baru cuci dengan air bersih.

Petua kempiskan perut

Perahkan sebiji limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setengah gelas  di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan sekurang-kurangnya sebulan hingga 3 bulan dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

Petua kaki SIHAT

Hilangkan Bau Kaki

Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pada kaki. Lakukan setiap petang selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang

Tumit Pecah-Pecah

Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit  dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...