Mempunyai anak-anak yang ramai
dengan usia yang rapat-rapat agak menjadi bebanan kepada ibu bapa dari segi
kewangan, pendidikan, kesihatan dan kebahagiaan keluarga secara umum. Oleh itu,
tidak hairanlah tindakan menjarakkan kelahiran anak telah menjadi amalan sejak
zaman dahulu lagi sebagai satu strategi untuk merancang keluarga. Merancang
keluarga melalui pencegahan kehamilan pernah menjadi isu dalam majlis fatwa
sekitar tahun 70an dahulu. Akhirnya Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-12 pada 20 Januari
1977 telah menjelaskan mengenai kedudukan hukum merancang keluarga di dalam Islam.
Secara asasnya, ada dua cara yang
kita boleh pilih untuk mencegah kehamilan iaitu secara kekal atau tidak kekal. Kaedah
kekal adalah melalui sterilisasi ataupun dalam bahasa mudah difahami adalah
pemandulan. Melalui kaedah ini, untuk perempuan, tiub fallopio perlu diikat atau
dipotong secara pembedahan. Manakala bagi lelaki pula dipanggil vasektomi iaitu
vas defence lelaki yang menghubungkan kilang sperma dan hujung testis perlu dipotong
dan diikat. Ini juga dilakukan secara pembedahan.
Kaedah secara tidak kekal pula
boleh dibahagikan kepada dua iaitu dengan menggunakan hormone dan tidak
menggunakan hormon. Hormon yang dimaksudkan adalah seperti menggunakan pil
perancang atau suntikan atau implan atau iucd.
Manakala kaedah yang tidak menggunakan hormon bermaksud menggunakan kaedah
semulajadi dengan memastikan air mani yang menagndungi sperma tidak memasuki
rahim pasangan. Kaedah semulajadi sebegini adalah yang terbaik, di mana pada
zaman Rasululullah ada sahabat yang mengamalkan ‘anzal’ iaitu air mani dipancutkan
di luar faraj isteri. Walaubagaimanapun kaedah ini kebanyakannya gagal lantaran
tidak berjaya memastikan keseluruhan air mani tidak dipancutkan terus di dalam
faraj. Oleh hal yang demikian, pada zaman moden ini, kondom digunakan sebagai
suatu inisiatif mengekalkan kaedah semulajadi tanpa hormon untuk merancang
keluarga.
Mengikut keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa, hukum mencegah kehamilan secara kekal dengan memandulkan
lelaki atau perempuan adalah haram. Walaubagaimanapun merancang keluarga dengan
mencagah kehamilan melalui kaedah yang tidak kekal atau bersifat sementara, dengan
menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagian keluarga adalah
harus.
Manakala bagi isu penggunaan
kondom dalam Islam, hukumnya juga harus dan dibenarkan selagi ianya tidak
memberikan kemudaratan kepada si pemakai dan tidak mengandungi najis. Penggunaan
kondom juga hendaklah dengan mendapat persetujuan kedua-dua pihak suami dan
isteri.
YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) TAK PAKAI KONDOM MASA DIA MAIN DENDAN PEREMPUAN-PEREMPUAN..SEKARANG DIA ADA ANAK BANYAK...................
BalasPadamAyoo Main di Pelangi Togel
BalasPadamTOTAL HADIAH RATUSAN JUTAAN UNTUK DIBAGIKAN
KEPADA MEMBER PERMAINAN TOGEL
- Semua Pasti Menang Dan dapat ^_^ , No Zonk
Telp : +85581569708
BBM : D8E23B5C
Line : togelpelangi
Link: http://www.togelpelangi.com/