Saya mengalami masalah badan
berbau bermula apabila saya tumbuh bulu ketiak” ujar seorang kenalan Aromakasih
yang meminta pandangan untuk mengatasi masalahnya. Sekarang dia berumur 21
tahun. Persoalannya, kenapa masalah badan berbau hanya bermula selepas akil
baligh? Kenapa semasa kanak-kanak, kita tidak mengalami masalah ini?
Perlu kita tahu bahawa peluh dihasilkan oleh kelenjar accrine dan apoccrine yang
berada di lapisan kulit kita. Kelenjar accrine terdapat di seluruh badan kita.
Kelenjar ini sudah ada sejak kita kecil lagi. Fungsi utamanya ialah untuk
mengatur suhu badan kita melalui proses berpeluh. Tetapi kelenjar apoccrine
banyak terdapat di bahagian ketiak dan bahagian-bahagian lain yang berbulu.
Kelenjar ini juga berfungsi mengeluarkan peluh secara lebih aktif sebaik sahaja
usia kita meningkat remaja. Peluh yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh
rangsangan emosi. Peluh dari kelenjar apoccrine mengandungi banyak lemak dan
protin. Inilah yang menjadi punca bau badan yang menyerlah sebaik
sahaja kita meningkat remaja. Kanak-kanak tidak mengalami gejala ini.
Bau busuk adalah berpunca dari
penguraian bahan-bahan protin yang terkandung dalam peluh yang dikeluarkan oleh apoccrine.
Mikrob mengurai peluh untuk makan. Penguraian bahan protin ini menghasilkan
sejenis bahan amonia. Kita tahu amonia memang sifatnya berbau busuk. Inilah
punca bau badan.
“Jadi bagaimana cara
mengatasinya?” Ujar kenalan itu lagi. Tubuhnya ramping, dengan tinggi 157cm dan
berat 40kg, saya kira BMInya cukup cantik. Saya bertanya samada dia mengalami
masalah buang air besar, jawabnya baik2 saje. Saya mengagak kemungkinan bau
badannya disebabkan toksin yang masih terperangkap di dalam tubuhnya. Lalu saya
mengesyorkan kepadanya supaya mengamalkan meminum jus buah setiap hari, samada
epal, oren, mangga, pisang dsb yang dikisar dengan blender. Saya juga
memintanya supaya mengelakkan mengambil minuman coklat seperti milo dsb.
Selanjutnya dia bertanya
tentang produk2 yang boleh diambil. Saya mengesyorkan supaya menggunakan
mandian anti-bakteria seperti Dettol dan menggunakan deodoran bebas bahan kimia
seperti Deodoran CNI. Elakkan deodoran yang mengandungi alkohol.
Jika anda juga mengalami
masalah seperti kenalan Aromakasih ini, boleh lah mencuba petua2 di atas. Selamat mencuba.
0 ulasan:
Catat Ulasan