Khamis

Bibir Menawan, Gigi Putih Berseri



Bentuk mulut adalah kejadian azali yang tidak dapat diubah. Bagi orang Islam, adalah haram untuk merubah bentuk mulut melalui pembedahan malainkan atas dasar rawatan kerana kemalangan ataupun cacat semulajadi. Namun begitu, kita masih dibenarkan dan digalakkan untuk memperelokkan bahagian mulut seperti bibir dan gigi, malah dalam islam sendiri terdapat hadith-hadith sahih berkenaan dengan penjagaan gigi juga mulut agar bersih dan berbau harum. Pada catatan kali ini, Aromakasih memberikan tips untuk anda menjadikan bibir anda cantik dipandang dan gigi anda putih berseri.
   
Merawat Bibir Merekah

Amalkan sehari sekali meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah.

Menghilangkan lebam di bibir akibat rokok dll

Ambil halia, tumbuk sehingga keluar air, ambil air tu kemudian sapu di bibir.

Bibir Merah Semulajadi

Untuk mendapatkan bibir yang merah semulajadi, amalkan dengan meyapu madu lebah atau mentega atau majerin dibibir sebelum tidur. Biarkan semalaman sehingga bangun pagi.

Memutihkan Gigi

Petua 1: Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi, gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BICARBONATE terlebih dahulu. Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu 2 atau 3 kali.



Petua 2: Ambil buah pinang dan bakarkan ia hingga menjadi arang, lalu tumbuk sehingga menjadi halus. Gosokkan pinang yang telah ditumbuk tadi ke bahagian gigi anda yang kekuningan atau pun hitam. Lakukan petua ini setiap hari. Anda akan dapati gigi anda akan berubah warna menjadi putih cantik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...