DALAM usaha membantu wanita bertudung mengatasi masalah rambut akibat kurang pendedahan udara, Qhurnea Therapy Sdn Bhd memperkenalkan produk penyegar rambut Hairumma. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Syarifah Hafizah Syed Mohamad, berkata produk berkenaan yang pertama seumpamanya di negara ini berfungsi membantu wanita mengalami masalah rambut tampil lebih meyakinkan.
“Kebanyakan wanita bertudung mengalami masalah rambut berbau kerana seharian rambut tidak didedahkan kepada udara menyebabkan ia menghasilkan bau kurang menyenangkan apatah lagi sekiranya tudung dipakai ketika rambut belum kering sepenuhnya. Maka, kami memperkenalkan produk ini yang dapat membantu mengatasi masalah berkenaan dan pada masa sama dapat menyuburkan rambut."
Menurutnya, produk berkenaan berjaya dihasilkan selepas menjalankan kajian selama dua tahun dan lebih istimewa ia terdiri daripada lima bahan penting untuk mendapatkan rambut sihat.
“Bahan utama yang digunakan dalam Hairumma adalah minyak kelapa dara, rosemary, geranium, ekstrak limau nipis, ekstrak inai dan pandan. Semua bahan berkenaan elemen terbaik untuk rawatan rambut dan kami yakin pengguna akan berpuas hati dengan kesan diberi,” katanya.
Menurutnya, pihaknya meletakkan sasaran memasarkan sehingga 5,000 botol dalam tempoh sebulan dan menjangkakan mendapatkan 200 pengedar dalam tempoh enam bulan.
Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar bolehlah menghubungi 013-244 1388 atau e-mail aromakasih@gmail.com kami akan berusaha untuk segera menjawab semua pertanyaan dan pesanan dari anda!
0 ulasan:
Catat Ulasan