Isnin

Susu Harimau Halal Diminum???


Kali pertama Aromakasih terbaca mengenai susu harimau melalui majalah bulanan CNI bulan Mac 2012 yang baru diterima Aromakasih petang semalam, perkara pertama yang bermain di kepala Aromakasih adalah “Halal ke nak minum susu harimau?” Ini kerana pada tanggapan Aromakasih susu harimau yang dimaksudkan adalah sama seperti susu kambing dan susu lembu yang terus diperolehi daripada haiwan-haiwan tersebut. Jika benarlah begitu, sudah tentu tidak boleh memakan susu harimau kerana harimau merupakan binatang yang dilarang untuk dimakan di dalam Islam.

Rupa-rupanya susu harimau yang dimaksudkan adalah sejenis cendawan, yang juga dikenali sebagai Lignosus rhinocerus dalam istilah sains. Ia merupakan cendawan herba yang boleh ditemui di muka bumi negara kita, Malaysia.  Menurut penceritaan orang asli, cendawan ini dipercayai tumbuh di atas tumpahan titisan susu harimau yang jatuh ke bumi semasa ibu harimau menyusukan anaknya namun tidak dapat dibuktikan kebenaranya, namun begitu dari zahirnya cendawan ini seolah-olah satu ketumbuhan di payudara. Benih (sclerotium) berwarna putih akan terbentuk dan tertanam di dalam tanah untuk suatu jangka masa yang agak lama. Kadang-kalanya berbulan-bulan, bertahun-tahun atau berabad lamanya.  Apabila tiba masanya, ianya akan bercambah keluar dan membentuk payung cendawan yang berkembang mekar.  Cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat di dalam hutan-hutan tebal di banjaran titiwangsa. Menurut kepercayaan orang-orang asli juga, hanya orang yang bertuah dan dimurahi rezeki sahaja yang akan menemui cendawan ini.

Aromakasih mendapat tahu bahawa cendawan yang baik mempunyai berat bila di timbang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong. Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan.

Dari segi perubatan, cendawan susu harimau mempunyai pelbagai khasiat yang menakjubkan.  Sejak sekian lamanya, ianya digunakan sebagai herba tradisional untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan. Pengamal perubatan traditional masyarakat Melayu menggunakannya untuk mengubati barah payudara, barah rahim, penyakit ulser usus, penyakit buah pinggang, dan bengkak-bengkak mata dan di seluruh badan.  Manakala pengamal perubatan traditional masyarakat Cina pula menggunakannya untuk mengubati derman, lelah, asma, menigkatkan sistem immunologi dan menguatkan kesihatan badan.


Sesiapa yang berminat untuk merasai kehebatan susu harimau, bolehlah menghubungi aromakasih@gmail.com atau sms ke 019-2080922/013-2441388 (Puan Suhana).

Ahad

Memahami Suami dan Isteri


Lelaki dan perempuan diciptakan dengan pelbagai perbezaan. Apabila berkahwin, kita menyedari, secara umumnya, dan secara kebiasaannya, betapa rumitnya seorang isteri, dan betapa 'simple'nya seorang suami. Itulah menunjukkan kekayaan yang maha Mencipta. Gambar di atas sudah cukup membayangkan betapa teliti seorang yang bergelar wanita. Sebagai seorang isteri, atau seorang suami, seharusnya kita kena selalu berfikiran positif, agar tercipta sebuah rumahtangga harmoni yang hidup bahagia di dalam rumahku syurgaku!

Di bawah ini Aromakasih ingin berkongsi satu kisah yang dipetik dari dua buah buku catatan, sebuah buku catatan milik isteri dan sebuah lagi milik suami. Kisah pada suatu hari yang penuh dengan teka-teki, penuh dengan misteri yang tiada jawapan...... selamat membaca!


BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang, dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya di rumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan menonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia terus tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....


mari kita lihat apakah catatan si suami di dalam bukunya.... :-


BUKU HARIAN SUAMI

Chelsea kalah, SIAL BETUL! ARGHHHHH

Rabu

Bau Wangi boleh Mencerdaskan Minda?

Aromakasih telah banyak kali menulis mengenai kebaikan pemakaian wangian atau perfume kepada kita semua. Pada kali ini, Aromakasih mendapat tahu dan ingin berkongsi dengan anda semua bahawa bau yang wangi boleh memberi kecerdasan kepada akal fikiran kita. Tidak percaya? Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga! Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau bunga mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan bunga dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Secara purata, markah yang mereka dapat pada keesokan harinya adalah 97.2%.

Pada malam berikutnya mereka tidur di dalam bilik yang sama tanpa bauan ros. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya. Nak tahu keputusannya? Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah, tetapi kali ini mereka hanya mendapat 86 markah sahaja tanpa menghidu bau ros!

Oleh itu, Aromakasih menyeru anda semua untuk memakai perfume semasa ingin tidur. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...