AromaKasih telah menulis beberapa artikel mengenai jerawat. Kebanyakannya adalah mengenai punca jerawat serta cara untuk menghapuskan jerawat. Pada kali ini AromaKasih ingin berkongsi satu ilmu perubatan, yang mana kita sebenarnya boleh mengesan masalah-masalah yang ada pada badan kita melalui jerawat. Teruskan membaca!
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak
Jerawat pada HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi
Jerawat pada DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat pada PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
Jerawat pada PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal
Jerawat pada BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
0 ulasan:
Catat Ulasan