Jumaat

Hukum Merancang Keluarga Dalam Islam


Mempunyai anak-anak yang ramai dengan usia yang rapat-rapat agak menjadi bebanan kepada ibu bapa dari segi kewangan, pendidikan, kesihatan dan kebahagiaan keluarga secara umum. Oleh itu, tidak hairanlah tindakan menjarakkan kelahiran anak telah menjadi amalan sejak zaman dahulu lagi sebagai satu strategi untuk merancang keluarga. Merancang keluarga melalui pencegahan kehamilan pernah menjadi isu dalam majlis fatwa sekitar tahun 70an dahulu. Akhirnya Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-12 pada 20 Januari 1977 telah menjelaskan mengenai kedudukan hukum merancang keluarga di dalam Islam.

Secara asasnya, ada dua cara yang kita boleh pilih untuk mencegah kehamilan iaitu secara kekal atau tidak kekal. Kaedah kekal adalah melalui sterilisasi ataupun dalam bahasa mudah difahami adalah pemandulan. Melalui kaedah ini, untuk perempuan, tiub fallopio perlu diikat atau dipotong secara pembedahan. Manakala bagi lelaki pula dipanggil vasektomi iaitu vas defence lelaki yang menghubungkan kilang sperma dan hujung testis perlu dipotong dan diikat. Ini juga dilakukan secara pembedahan.

Kaedah secara tidak kekal pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu dengan menggunakan hormone dan tidak menggunakan hormon. Hormon yang dimaksudkan adalah seperti menggunakan pil perancang atau suntikan atau implan atau iucd. Manakala kaedah yang tidak menggunakan hormon bermaksud menggunakan kaedah semulajadi dengan memastikan air mani yang menagndungi sperma tidak memasuki rahim pasangan. Kaedah semulajadi sebegini adalah yang terbaik, di mana pada zaman Rasululullah ada sahabat yang mengamalkan ‘anzal’ iaitu air mani dipancutkan di luar faraj isteri. Walaubagaimanapun kaedah ini kebanyakannya gagal lantaran tidak berjaya memastikan keseluruhan air mani tidak dipancutkan terus di dalam faraj. Oleh hal yang demikian, pada zaman moden ini, kondom digunakan sebagai suatu inisiatif mengekalkan kaedah semulajadi tanpa hormon untuk merancang keluarga.

Mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, hukum mencegah kehamilan secara kekal dengan memandulkan lelaki atau perempuan adalah haram. Walaubagaimanapun merancang keluarga dengan mencagah kehamilan melalui kaedah yang tidak kekal atau bersifat sementara, dengan menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagian keluarga adalah harus.

Manakala bagi isu penggunaan kondom dalam Islam, hukumnya juga harus dan dibenarkan selagi ianya tidak memberikan kemudaratan kepada si pemakai dan tidak mengandungi najis. Penggunaan kondom juga hendaklah dengan mendapat persetujuan kedua-dua pihak suami dan isteri.


Khamis

Malunya nak beli kondom!!


Kisah di atas diambil dari catatan seorang blogger yang bekerja di 7-Eleven, mendedahkan realiti yang sememangnya berlaku kepada kita tentang betapa sukarnya membeli kondom. Menyedari akan hal ini, Aromakasih menyediakan ruang yang sangat bermanfaat untuk anda mendapatkan kondom iaitu dengan membuat pembelian melalui internet. Hanya dengan menghantar email kepada aromakasih@gmail.com dengan tajuk "BELI KONDOM" anda hanya perlu nyatakan nama, alamat, dan jumlah pesanan anda. Pihak kami seterusnya akan memberikan no akaun untuk anda membuat pembayaran secara bank-in. Ternyata amat mudah, dan anda tidak perlu lagi berasa malu-malu untuk membeli kondom di 7-Eleven seperti cerita-cerita di atas. Sila klik gambar di bawah untuk keterangan lanjut:


Rabu

Beli KONDOM online

Apabila kita bercakap tentang kondom, pasti ada di antara kita tersenyum sinis. Ada yang menganggap kondom hanya untuk kegiatan ‘nakal-nakal’ sahaja. Tidak kurang juga mahu berkongsi maklumat dan pengalaman menggunakan kondom. Apa-apapun, kita semua terutamanya lelaki perlu menerima hakikat bahawa tiada apa yang ingin dimalukan. Mahu atau tidak mereka tetap memerlukan kondom. Penggunaan kondom merupakan suatu perkara yang wajib untuk pasangan suami isteri terutama bagi yang ingin merancang keluarga.



Kondom pada kebiasaan dibuat daripada getah (latex) namun ada juga kondom yang diperbuat daripada polyurethane atau polyisopre. Ianya nipis dan dipakai pada alat kelamin lelaki semasa mengadakan hubungan seks. Kondom ini berupaya menakung dan menahan air mani yang dipancut oleh suami daripada memasuki badan pasangan semasa hubungan seks.

Kini anda boleh membeli kondom jenama DUREX secara online melalui AromaKasih, dengan menghantar email bertajuk "BELI KONDOM" ke alamat aromakasih@gmail.com. Nyatakan juga jumlah kondom (keping) yang anda mahukan. Aromakasih seterusnya akan memberikan no akaun kepada anda untuk anda memasukkan bayaran secara terus kedalam bank.

Sila klik gambar di bawah untuk keterangan lanjut:- 



Ahad

Mengatasi Masalah Bau Badan


Saya mengalami masalah badan berbau bermula apabila saya tumbuh bulu ketiak” ujar seorang kenalan Aromakasih yang meminta pandangan untuk mengatasi masalahnya. Sekarang dia berumur 21 tahun. Persoalannya, kenapa masalah badan berbau hanya bermula selepas akil baligh? Kenapa semasa kanak-kanak, kita tidak mengalami masalah ini?

Perlu kita tahu bahawa peluh dihasilkan oleh kelenjar accrine dan apoccrine yang berada di lapisan kulit kita. Kelenjar accrine terdapat di seluruh badan kita. Kelenjar ini sudah ada sejak kita kecil lagi. Fungsi utamanya ialah untuk mengatur suhu badan kita melalui proses berpeluh. Tetapi kelenjar apoccrine banyak terdapat di bahagian ketiak dan bahagian-bahagian lain yang berbulu. Kelenjar ini juga berfungsi mengeluarkan peluh secara lebih aktif sebaik sahaja usia kita meningkat remaja. Peluh yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh rangsangan emosi. Peluh dari kelenjar apoccrine mengandungi banyak lemak dan protin. Inilah yang menjadi punca bau badan yang menyerlah sebaik sahaja kita meningkat remaja. Kanak-kanak tidak mengalami gejala ini.

Bau busuk adalah berpunca dari penguraian bahan-bahan protin yang terkandung dalam peluh yang dikeluarkan oleh apoccrine. Mikrob mengurai peluh untuk makan. Penguraian bahan protin ini menghasilkan sejenis bahan amonia. Kita tahu amonia memang sifatnya berbau busuk. Inilah punca bau badan. 

“Jadi bagaimana cara mengatasinya?” Ujar kenalan itu lagi. Tubuhnya ramping, dengan tinggi 157cm dan berat 40kg, saya kira BMInya cukup cantik. Saya bertanya samada dia mengalami masalah buang air besar, jawabnya baik2 saje. Saya mengagak kemungkinan bau badannya disebabkan toksin yang masih terperangkap di dalam tubuhnya. Lalu saya mengesyorkan kepadanya supaya mengamalkan meminum jus buah setiap hari, samada epal, oren, mangga, pisang dsb yang dikisar dengan blender. Saya juga memintanya supaya mengelakkan mengambil minuman coklat seperti milo dsb. 

Selanjutnya dia bertanya tentang produk2 yang boleh diambil. Saya mengesyorkan supaya menggunakan mandian anti-bakteria seperti Dettol dan menggunakan deodoran bebas bahan kimia seperti Deodoran CNI. Elakkan deodoran yang mengandungi alkohol.

Jika anda juga mengalami masalah seperti kenalan Aromakasih ini, boleh lah mencuba petua2 di atas. Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...