Rabu

17 Tips Melindungi Kaki Dari Berbau

Kaki adalah bahagian organ tubuh yang paling mudah terkena kuman sehingga dapat menimbulkan bau yang tidak enak. Tak hairan bahawa kaki kadangkala dapat menimbulkan bau tidak enak, kerana organ tubuh ini adalah organ yang paling dekat dengan bumi yang kita pijak. Tempatnya memang di bawah, tapi kaki yang berbau akan merosakkan penampilan keseluruhan Kita. Masalah bau kaki ini jelas bukan masalah ringan, kerana kesannya luar biasa, boleh menyebabkan rakan kita menutup hidung atau menyindir kita! Jadi, jangan sampai bau kaki membuatkan penampilan Kita kurang meyakinkan.

Bau kaki bisa terjadi kepada siapa saja, tidak kira muda atau tua, tidak peduli dia cantik atau tampan, walaupun Kita terlihat sangat bersih, tapi ketika Kita membuka kasut kita, wow!! “keharuman” Kita semerbak dimana-mana hingga semua orang menutup hidungnya. Oleh itu Kita harus bisa menjaga agar hal ini tidak terjadi pada Kita. Mesti tak selesa kan kalau bau kaki kita busuk. Nak buka kasut pun malu.

Faktor utama bau kaki adalah disebabkan oleh peluh yang mengendap pada kaki dan bercampur bakteria. Penyebab utama bau di tubuh adalah peluh. Bahagian kaki sendiri menghasilkan sehingga hampir 570ml peluh dalam sehari. Namun, sebenarnya peluh hanya terdiri dari air dan garam yang tidak mengeluarkan bau. Ketika bercampur dengan bakteria, barulah peluh akan berbau. Kenapa peluh pada kaki menjadi lebih berbau daripada peluh di tubuh? Ini disebabkan oleh stokin dan kasut kita yang mengandungi bakteria. Peluh di kaki juga tidak mudah menguap seperti peluh di tapak tangan, dan malah mengumpul di kulit dan stokin kaki. Bakteria pula menyukai tempat gelap, lembab, dan banyak “makanan”. Ketika Kita membuka kasut, bau yang menampar kita itu adalah produk buangan bakteria yang terkumpul di kaki, stokin kaki, dan kasut kita.


Di bawah ini AromaKasih menyenaraikan 17 tips untuk melindungi kaki kita dari berbau:-

1. Jaga kebersihan kaki.

Ketika mandi, biasakan gosok bersih kaki Kita. Usahakan juga untuk memilih sabun anti bakteria untuk membersihkan kaki. Sabun yang mengandung sulfur juga sangat baik untuk menghilangkan bau. Gosokkan sabun tersebut dengan lembut menggunakan jari tangan. Cucilah kaki sebelum tidur, bersihkan betul-betul agar kuman-kuman yang menempel tidak mengendap sewaktu tidur. Hal terpenting adalah Kita perlu mencuci kaki dengan rutin, kemudian mengeringkannya. Gosok dan sela jari untuk mengeluarkan sisa-sisa sel kulit mati.

2. Potong kuku

Potong kuku kaki secara teratur dan rutin untuk menghindari penompokan kotoran. Jangan lupa untuk membersihkan dan memotong kuku kaki secara rutin. Tak jarang, kotoran di kuku kaki lah yang menyebabkan timbulnya bau kaki. Kuman yang menempel di kuku adalah salah satu faktor utama penyebab bau. Rajin-rajinlah memotong kuku. Jangan biarkan kotoran menumpuk. Selain tidak enak dipkitang, kuku kotor membuat kaki Kita berbau tak enak. 

3. Jangan guna losyen pelembap sebelum memakai kasut

Kaki yang lembap adalah punca bakteria membiak. Jangan mengoleskan krim pelembap sebelum memakai kasut terutamanya di antara jari-jari kaki. Sebaliknya gunakan bedak antijamur. Losyen pelembap boleh digunakan pada malam hari sebelum tidur.

4. Gunakan alas kaki ketika berjalan di luar rumah

Ketika keluar rumah walaupun ke halaman rumah, pastikan pakai selipar/sandal. Hindari kebiasaan bertelanjang kaki, kerana dapat menjadi sarang bakteria. Sarang bakteria dapat menimbulkan bau dan penyakit yang mengintai kita. Bertelanjang kaki sama saja membiarkan bakteria dan kotoran bersarang di kaki. Biasakan memakai selipar/sandal agar kaki tetap terlindung. Selain itu, kebersihan selipar/sandal juga perlu dijaga. Jika selipar/sandal kotor hendaknya dibersihkan terlebih dahulu.

5. Rajin mengganti stokin kaki Kita.

Jangan gunakan stokin kaki selama berhari-hari. Jangan memakai stokin kaki yang sama selama berhari-hari tanpa mencucinya terlebih dahulu. Jagalah kebersihan stokin kaki kita. Stokin kaki harus ganti sekurang-kurangnya 2 hari sekali, bergantung kepada pemakaiannya. Sangat disarankan mengganti stokin kaki setiap hari untuk mencegah berkembangnya bakteria. Jika kerap menggunakan kasut sukan atau kasut tertutup, sebaiknya Kita memiliki stokin kaki dalam jumlah yang cukup banyak.

6. Belilah stokin yang bagus

Jangan membeli stokin semata-mata sebab harganya, tak kira mahal atau murah. Sebaliknya anda kena pandai memilih stokin yang betul. Jangan sesekali memakai stokin yang tak serap peluh, kerana inilah yang menyebabkan kaki anda berbau. Sekarang sudah banyak dijual stokin kaki jenis antibakteria. Jika Kita ingin menggunakan stokin, pilihlah yang terbuat dari bahan cotton. 

7. Jangan pakai kasut dalam jangkamasa yang lama

Jangan memakai kasut tertutup dalam jangkamasa yang lama kerana ini akan menggalakkan perkembangan bakteria.

8. Tidak menggunakan kasut yang sama setiap hari

Tukar kasut yang dipakai selama 24 jam atau lebih sebelum memakainya kembali. Jangan lupa untuk membiarkan kasut berstirehat sehari semalam sehingga bau yang sempat mengendap dapat hilang. Gunakan kasut lain di hari berikutnya. 

9. Miliki kasut yang cukup untuk kegiatan berbeza

Sesuaikan jenis kasut dengan kegiatan Kita. Sebaiknya kasut kerja tidak digunakan untuk berjalan-jalan atau kegiatan yang kira-kira akan memancing banyak peluh. Kasut kerja tidak dibuat untuk hal-hal sedemikian.

10. Seringlah mencuci bahagian dalam kasut

Seringlah mencuci bahagian dalam kasut untuk mengurangkan bakteria pada kasut. Bersihkan kasut Kita paling kurang satu bulan dua kali.

11. Pilih kasut berdasarkan material buatannya

Kasut yang dibuat daripada plastik/pvc akan membuat kaki menjadi cepat panas dan berpeluh. Jadi, hindarilah. Bahagian dalam kasut lebih baik berbahan dasar kain. Kain dapat menyerap peluh dengan baik dan juga nyaman. Selain bahan yang tidak sesuai, perekat yang digunakan dalam pembuatan kasut juga dapat mengundang bau. Sebelum membeli kasut, tak apa jika Kita coba menciumnya terlebih dulu. Jika bau bahan perekatnya terlalu menyengat, lebih baik tinggalkan. 

12. Pilih kasut dengan dengan saiz yang betul.

Memakai kasut terlalu ketat akan membuat kulit kaki sukar bernafas. Kuman dan kotoran pun mengendap dan menimbulkan bau yang tidak enak. Jangan menggunakan kasut yang ketat, kerana dapat menimbulkan bau dan menimbun bakteria kerana kurangnya udara dalam kasut. Untuk bentuk kasut (selain kasut sukan), pilih yang lebih terbuka. Kasut terbuka atau peep toe shoes dan kasut dengan tali di belakang atau sling back shoes dapat menjadi pilihan. Dengan begitu, peluh akan menjadi lebih cepat menguap. 

13. Gunakan pelapik dalam kasut.

Pelapik dalam kasut sangat bagus untuk dipakai kerana senang dikeluarkan dari kasut untuk dibersihkan.

14. Simpan di tempat yang sesuai

Simpanlah kasut di tempat yang teduh dan aliran udaranya lancar. Letak silica gel di dalam kasut juga dapat menghindarkan dari bau-bau tidak enak. Silica gel menyerap bau dan kelembapan secara konsisten dan dapat ditempatkan di dalam kasut untuk jangka waktu cukup lama. Biarkan kasut bernafas. Setelah dipakai, lepaskan tali kasut Kita kemudian keluarkan pelapik dalam kasut. Letakkan di tempat yang terbuka. Angin akan membawa udara segar ke dalam dan sekaligus mengeringkan peluh. Selain itu, menggunakan kembali kasut yang telah dianginkan akan membuat Kita merasa lebih nyaman.

15. Jangan gunakan kasut dan stokin kaki yang belum kering

Jangan paksakan gunakan kasut dan stokin kaki yang belum benar-benar kering, kerana ini juga menggalakkan tumbuhnya bakteria yang pastinya menyebabkan bau kaki yang tidak enak. Jika kasut basah, letakkan di tempat terbuka. Jika hujan, pastikan dulu kasut Kita kering sebelum meletakkannya di tempat kasut atau sebelum memakainya kembali. Jika ada air di dalamnya, kasut akan segera berbau busuk dalam jangka waktu kurang dari satu hari.

16. Jangan pakai kasut masa kaki basah atau lembap

Kalau kaki masih basah, keringkan dulu sekering-keringnya, barulah pakai stokin dan kasut.

17. Perhatikan apa yang dimakan


Makanan pedas akan membuat tubuh kita menjadi lebih cepat berpeluh. Tidak terkecuali kaki. Kurangi makanan pedas jika tidak terlalu ingin berpeluh. Pengambilan kalori berlebih juga dapat membuat kaki Kita cenderung berpeluh. Makanlah makanan yang sehat dan tidak berlebihan. Berat badan berlebih dapat membuat kaki bekerja lebih berat dan berpeluh lebih banyak.

Ahad

Islam dan Perfume

Pembuatan minyak wangi kali pertamanya dilakukan di Mesir, bukan di Perancis walaupun kini  Perancis merupakan pengeluar utama dalam pasaran minyak wangi. Penemu asal minyak wangi ialah seorang tokoh Islam yang sangat disegani iaitu Al-Khindi atau nama penuhnya Abu Yusuf Yakub ibn Ishaq Al-Khindi. Beliau telah menemukan minyak wangi melalui proses kimiawi. Bahan-bahan awal yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi adalah dupa dan kayu manis, sejenis bahan-bahan yang senang didapati pada waktu itu. Minyak wangi diperoleh daripada bahan-bahan tersebut melalui proses giling, parut, dan tumbuk. Antara kegunaan awal minyak wangi di Mesir ialah dalam upacara kelahiran anak sehinggalah ke upacara kematian. Minyak wangi merupakan alat biasa yang sering digunakan dalam upacara-upacara yang beristiadat.

Seterusnya minyak wangi berkembang pesat hinggalah hari ini dan terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk. Kini pembuatan minyak wangi lebih maju dengan penggunaan teknologi yang lebih canggih. Wangian diperoleh dari wap air melalui proses penyulingan.

Perubahan zaman telah merperlihatkan kewujudan pelbagai jenis haruman sama ada dalam bentuk oles atau semburan di pasaran-pasaran sekarang ini. Ianya pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti EDT, EDC, dan EDP. Haruman-haruman ini diperoleh daripada bermacam-macam bahan asas seperti dedaun, dammar, bunga-bungaa, biji benih, haiwan dan sintetik. Pilihan yang banyak menyebabkan manusia lebih cenderung memilih wangian yang berjenama sedangkan kebenarannya wangian haruslah dipilih daripada campuran wangian yang sesuai dengan bau badan.

Rasulullah saw bersabda “Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang warna dan tersembunyi baunya” (Riwayat al-Tarmizi).

Adalah sunat bagi lelaki untuk memakai wangi-wangian.  Menurut Imam Syafie R .A.bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. Sabda Rasulullah S.A.W: "Hendaklah kamu mandi pada hari Jumaat dan basuhlah kepala, sekalipun kamu tidak junub dan pakailah bau-bauan” (Riwayat  Al-Bukhari). Kaum lelaki digalakkan mengenakan pakaian yang bersih dan sempurna ketika hendak menunaikan solat Jumaat. Mereka juga digalakkan memakai wangi-wangian. Ia juga merupakan sunah nabi ketika menyambut Aidilfitri untuk bangun awal dan membersihkan diri serta mengenakan pakaian yang terbaik. Di samping itu pakailah juga bau- bauan bagi kaum lelaki.

Nabi Saw sendiri amat menyukai wangi-wangian dan benci akan bau busuk dan kotor. Nabi saw tidak akan menolak jika diberi wangi-wangian. Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah ia menolaknya, kerana sesungguhnya ia ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasai, Muslim, dan Abu Dawud dari Abu Hurairah).

Telah diriwayatkan oleh Saidina Umar AS bahawa dia berkata: "Barangsiapa yang membelanjakan 1/3 daripada hartanya untuk bau-bauan yang harum maka tidaklah ia membazir." (Riwayat Al- Bukhari & Muslim). Sejak zaman Rasulullah lagi, berwangi-wangian itu amat digalakkan dengan tujuan menjaga penampilan diri. Malah wangi-wangian merupakan kegemaran Rasulullah SAW.

Iman Ibnu Qayyim r.a.h. pernah menulis, "SesungguhnyaAllah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga. Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."

Abu Sufyan dan Jabir r.a memberitakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Allah s.w.t berfirman kepada Syurga, ‘Wangilah untuk penghuni engkau!’, lalu Syurga pun bertambah mewangi. Maka demikianlah bahawa hawa dingin (serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia) dikala dinihari. Iaitu sebagaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya, juga kegelisahan dan dukacitanya sebagai peringatan tentang api di Akhirat." (Hadis Riwayat Abu Nuaim).

Melalui kedua-dua ayat di atas dapat kita lihat terdapatnya perkaitan antara wangian dan syurga. Malah wangian turut dinyatakan sebagai antara contoh ciri-ciri syurga yang mana ia merupakan sesuatu yang indah dan menyenangkan. Syurga Allah itu sendiri turut berbau harum memberikan gambaran yang cukup menyenangkan. Wangian juga bolehlah dikaitkan dengan kehidupan seharian kita sebagai manusia di mana apabila sesuatu yang berbau wangi atau harum itu pada kebiasaanyya merujuk kepada benda-benda yang baik dan menarik. Sebagai contoh antara barang-barang yang harum dan wangi baunya selalunya adalah sesuatu yang bernilai tinggi. Manakala bagi benda-benda yang kurang baik selalunya dikaitkan dengan bau busuk seperti sampah, makanan basi, dan najis. Perkara-perkara kurang baik juga pada kebiasaannya dikaitakan dengan busuk seperti busuk hati.

Bagi kaum wanita, pemakaian wangian punyai batasnya, tetapi tidak bagi lelaki yang boleh memakainya secara bebas. Wangian dapat mengelakkan dari bau busuk badan seterusnya memberi tanggapan yang baik kepada seseorang itu dari orang lain. Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Diberi kecintaan kepadaku dari (urusan) dunia kamu, ialah wanita, harum-haruman/wangi-wangian, dan dijadikan kesejukan mataku di dalam sholat.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari Anas bin Malik).

Sabtu

Petua Merawat Faraj Berair dan Berbau



Petua 1:

Ambil segenggam serbuk teh dan letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 3 minit. Selepas itu, basuh rata-rata dengan air teh itu. Amalkannya 2 kali, pada waktu pagi dan malam.

Petua 2:

Ambil bahan-bahan seperti di bawah dan tumbuk sehingga lumat:
1.       2 biji kulit pisang muda
2.       3 helai daun sireh bertemu urat
3.       1 biji kulit pinang,
4.       Gambir sebanyak 3 keping
5.       Sedikit kapur sireh.


Setelah ditumbuk hingga lumat, rendamkannya dengan setengah baldi air suam panas. Basuh faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari, pagi dan malam, agar ia sentiasa bersih dan segar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...