Ahad

Islam dan Perfume

Pembuatan minyak wangi kali pertamanya dilakukan di Mesir, bukan di Perancis walaupun kini  Perancis merupakan pengeluar utama dalam pasaran minyak wangi. Penemu asal minyak wangi ialah seorang tokoh Islam yang sangat disegani iaitu Al-Khindi atau nama penuhnya Abu Yusuf Yakub ibn Ishaq Al-Khindi. Beliau telah menemukan minyak wangi melalui proses kimiawi. Bahan-bahan awal yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi adalah dupa dan kayu manis, sejenis bahan-bahan yang senang didapati pada waktu itu. Minyak wangi diperoleh daripada bahan-bahan tersebut melalui proses giling, parut, dan tumbuk. Antara kegunaan awal minyak wangi di Mesir ialah dalam upacara kelahiran anak sehinggalah ke upacara kematian. Minyak wangi merupakan alat biasa yang sering digunakan dalam upacara-upacara yang beristiadat.

Seterusnya minyak wangi berkembang pesat hinggalah hari ini dan terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk. Kini pembuatan minyak wangi lebih maju dengan penggunaan teknologi yang lebih canggih. Wangian diperoleh dari wap air melalui proses penyulingan.

Perubahan zaman telah merperlihatkan kewujudan pelbagai jenis haruman sama ada dalam bentuk oles atau semburan di pasaran-pasaran sekarang ini. Ianya pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti EDT, EDC, dan EDP. Haruman-haruman ini diperoleh daripada bermacam-macam bahan asas seperti dedaun, dammar, bunga-bungaa, biji benih, haiwan dan sintetik. Pilihan yang banyak menyebabkan manusia lebih cenderung memilih wangian yang berjenama sedangkan kebenarannya wangian haruslah dipilih daripada campuran wangian yang sesuai dengan bau badan.

Rasulullah saw bersabda “Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang warna dan tersembunyi baunya” (Riwayat al-Tarmizi).

Adalah sunat bagi lelaki untuk memakai wangi-wangian.  Menurut Imam Syafie R .A.bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. Sabda Rasulullah S.A.W: "Hendaklah kamu mandi pada hari Jumaat dan basuhlah kepala, sekalipun kamu tidak junub dan pakailah bau-bauan” (Riwayat  Al-Bukhari). Kaum lelaki digalakkan mengenakan pakaian yang bersih dan sempurna ketika hendak menunaikan solat Jumaat. Mereka juga digalakkan memakai wangi-wangian. Ia juga merupakan sunah nabi ketika menyambut Aidilfitri untuk bangun awal dan membersihkan diri serta mengenakan pakaian yang terbaik. Di samping itu pakailah juga bau- bauan bagi kaum lelaki.

Nabi Saw sendiri amat menyukai wangi-wangian dan benci akan bau busuk dan kotor. Nabi saw tidak akan menolak jika diberi wangi-wangian. Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah ia menolaknya, kerana sesungguhnya ia ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasai, Muslim, dan Abu Dawud dari Abu Hurairah).

Telah diriwayatkan oleh Saidina Umar AS bahawa dia berkata: "Barangsiapa yang membelanjakan 1/3 daripada hartanya untuk bau-bauan yang harum maka tidaklah ia membazir." (Riwayat Al- Bukhari & Muslim). Sejak zaman Rasulullah lagi, berwangi-wangian itu amat digalakkan dengan tujuan menjaga penampilan diri. Malah wangi-wangian merupakan kegemaran Rasulullah SAW.

Iman Ibnu Qayyim r.a.h. pernah menulis, "SesungguhnyaAllah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga. Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."

Abu Sufyan dan Jabir r.a memberitakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Allah s.w.t berfirman kepada Syurga, ‘Wangilah untuk penghuni engkau!’, lalu Syurga pun bertambah mewangi. Maka demikianlah bahawa hawa dingin (serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia) dikala dinihari. Iaitu sebagaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya, juga kegelisahan dan dukacitanya sebagai peringatan tentang api di Akhirat." (Hadis Riwayat Abu Nuaim).

Melalui kedua-dua ayat di atas dapat kita lihat terdapatnya perkaitan antara wangian dan syurga. Malah wangian turut dinyatakan sebagai antara contoh ciri-ciri syurga yang mana ia merupakan sesuatu yang indah dan menyenangkan. Syurga Allah itu sendiri turut berbau harum memberikan gambaran yang cukup menyenangkan. Wangian juga bolehlah dikaitkan dengan kehidupan seharian kita sebagai manusia di mana apabila sesuatu yang berbau wangi atau harum itu pada kebiasaanyya merujuk kepada benda-benda yang baik dan menarik. Sebagai contoh antara barang-barang yang harum dan wangi baunya selalunya adalah sesuatu yang bernilai tinggi. Manakala bagi benda-benda yang kurang baik selalunya dikaitkan dengan bau busuk seperti sampah, makanan basi, dan najis. Perkara-perkara kurang baik juga pada kebiasaannya dikaitakan dengan busuk seperti busuk hati.

Bagi kaum wanita, pemakaian wangian punyai batasnya, tetapi tidak bagi lelaki yang boleh memakainya secara bebas. Wangian dapat mengelakkan dari bau busuk badan seterusnya memberi tanggapan yang baik kepada seseorang itu dari orang lain. Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Diberi kecintaan kepadaku dari (urusan) dunia kamu, ialah wanita, harum-haruman/wangi-wangian, dan dijadikan kesejukan mataku di dalam sholat.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari Anas bin Malik).

1 ulasan:

  1. Ayoo Main di Pelangi Togel
    TOTAL HADIAH RATUSAN JUTAAN UNTUK DIBAGIKAN

    KEPADA MEMBER PERMAINAN TOGEL
    - Semua Pasti Menang Dan dapat ^_^ , No Zonk

    Telp : +85581569708
    BBM : D8E23B5C
    Line : togelpelangi
    Link: http://www.togelpelangi.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...