Jumaat

Hukum Merancang Keluarga Dalam Islam


Mempunyai anak-anak yang ramai dengan usia yang rapat-rapat agak menjadi bebanan kepada ibu bapa dari segi kewangan, pendidikan, kesihatan dan kebahagiaan keluarga secara umum. Oleh itu, tidak hairanlah tindakan menjarakkan kelahiran anak telah menjadi amalan sejak zaman dahulu lagi sebagai satu strategi untuk merancang keluarga. Merancang keluarga melalui pencegahan kehamilan pernah menjadi isu dalam majlis fatwa sekitar tahun 70an dahulu. Akhirnya Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-12 pada 20 Januari 1977 telah menjelaskan mengenai kedudukan hukum merancang keluarga di dalam Islam.

Secara asasnya, ada dua cara yang kita boleh pilih untuk mencegah kehamilan iaitu secara kekal atau tidak kekal. Kaedah kekal adalah melalui sterilisasi ataupun dalam bahasa mudah difahami adalah pemandulan. Melalui kaedah ini, untuk perempuan, tiub fallopio perlu diikat atau dipotong secara pembedahan. Manakala bagi lelaki pula dipanggil vasektomi iaitu vas defence lelaki yang menghubungkan kilang sperma dan hujung testis perlu dipotong dan diikat. Ini juga dilakukan secara pembedahan.

Kaedah secara tidak kekal pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu dengan menggunakan hormone dan tidak menggunakan hormon. Hormon yang dimaksudkan adalah seperti menggunakan pil perancang atau suntikan atau implan atau iucd. Manakala kaedah yang tidak menggunakan hormon bermaksud menggunakan kaedah semulajadi dengan memastikan air mani yang menagndungi sperma tidak memasuki rahim pasangan. Kaedah semulajadi sebegini adalah yang terbaik, di mana pada zaman Rasululullah ada sahabat yang mengamalkan ‘anzal’ iaitu air mani dipancutkan di luar faraj isteri. Walaubagaimanapun kaedah ini kebanyakannya gagal lantaran tidak berjaya memastikan keseluruhan air mani tidak dipancutkan terus di dalam faraj. Oleh hal yang demikian, pada zaman moden ini, kondom digunakan sebagai suatu inisiatif mengekalkan kaedah semulajadi tanpa hormon untuk merancang keluarga.

Mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, hukum mencegah kehamilan secara kekal dengan memandulkan lelaki atau perempuan adalah haram. Walaubagaimanapun merancang keluarga dengan mencagah kehamilan melalui kaedah yang tidak kekal atau bersifat sementara, dengan menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagian keluarga adalah harus.

Manakala bagi isu penggunaan kondom dalam Islam, hukumnya juga harus dan dibenarkan selagi ianya tidak memberikan kemudaratan kepada si pemakai dan tidak mengandungi najis. Penggunaan kondom juga hendaklah dengan mendapat persetujuan kedua-dua pihak suami dan isteri.


Khamis

Malunya nak beli kondom!!


Kisah di atas diambil dari catatan seorang blogger yang bekerja di 7-Eleven, mendedahkan realiti yang sememangnya berlaku kepada kita tentang betapa sukarnya membeli kondom. Menyedari akan hal ini, Aromakasih menyediakan ruang yang sangat bermanfaat untuk anda mendapatkan kondom iaitu dengan membuat pembelian melalui internet. Hanya dengan menghantar email kepada aromakasih@gmail.com dengan tajuk "BELI KONDOM" anda hanya perlu nyatakan nama, alamat, dan jumlah pesanan anda. Pihak kami seterusnya akan memberikan no akaun untuk anda membuat pembayaran secara bank-in. Ternyata amat mudah, dan anda tidak perlu lagi berasa malu-malu untuk membeli kondom di 7-Eleven seperti cerita-cerita di atas. Sila klik gambar di bawah untuk keterangan lanjut:


Rabu

Beli KONDOM online

Apabila kita bercakap tentang kondom, pasti ada di antara kita tersenyum sinis. Ada yang menganggap kondom hanya untuk kegiatan ‘nakal-nakal’ sahaja. Tidak kurang juga mahu berkongsi maklumat dan pengalaman menggunakan kondom. Apa-apapun, kita semua terutamanya lelaki perlu menerima hakikat bahawa tiada apa yang ingin dimalukan. Mahu atau tidak mereka tetap memerlukan kondom. Penggunaan kondom merupakan suatu perkara yang wajib untuk pasangan suami isteri terutama bagi yang ingin merancang keluarga.



Kondom pada kebiasaan dibuat daripada getah (latex) namun ada juga kondom yang diperbuat daripada polyurethane atau polyisopre. Ianya nipis dan dipakai pada alat kelamin lelaki semasa mengadakan hubungan seks. Kondom ini berupaya menakung dan menahan air mani yang dipancut oleh suami daripada memasuki badan pasangan semasa hubungan seks.

Kini anda boleh membeli kondom jenama DUREX secara online melalui AromaKasih, dengan menghantar email bertajuk "BELI KONDOM" ke alamat aromakasih@gmail.com. Nyatakan juga jumlah kondom (keping) yang anda mahukan. Aromakasih seterusnya akan memberikan no akaun kepada anda untuk anda memasukkan bayaran secara terus kedalam bank.

Sila klik gambar di bawah untuk keterangan lanjut:- 



Ahad

Mengatasi Masalah Bau Badan


Saya mengalami masalah badan berbau bermula apabila saya tumbuh bulu ketiak” ujar seorang kenalan Aromakasih yang meminta pandangan untuk mengatasi masalahnya. Sekarang dia berumur 21 tahun. Persoalannya, kenapa masalah badan berbau hanya bermula selepas akil baligh? Kenapa semasa kanak-kanak, kita tidak mengalami masalah ini?

Perlu kita tahu bahawa peluh dihasilkan oleh kelenjar accrine dan apoccrine yang berada di lapisan kulit kita. Kelenjar accrine terdapat di seluruh badan kita. Kelenjar ini sudah ada sejak kita kecil lagi. Fungsi utamanya ialah untuk mengatur suhu badan kita melalui proses berpeluh. Tetapi kelenjar apoccrine banyak terdapat di bahagian ketiak dan bahagian-bahagian lain yang berbulu. Kelenjar ini juga berfungsi mengeluarkan peluh secara lebih aktif sebaik sahaja usia kita meningkat remaja. Peluh yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh rangsangan emosi. Peluh dari kelenjar apoccrine mengandungi banyak lemak dan protin. Inilah yang menjadi punca bau badan yang menyerlah sebaik sahaja kita meningkat remaja. Kanak-kanak tidak mengalami gejala ini.

Bau busuk adalah berpunca dari penguraian bahan-bahan protin yang terkandung dalam peluh yang dikeluarkan oleh apoccrine. Mikrob mengurai peluh untuk makan. Penguraian bahan protin ini menghasilkan sejenis bahan amonia. Kita tahu amonia memang sifatnya berbau busuk. Inilah punca bau badan. 

“Jadi bagaimana cara mengatasinya?” Ujar kenalan itu lagi. Tubuhnya ramping, dengan tinggi 157cm dan berat 40kg, saya kira BMInya cukup cantik. Saya bertanya samada dia mengalami masalah buang air besar, jawabnya baik2 saje. Saya mengagak kemungkinan bau badannya disebabkan toksin yang masih terperangkap di dalam tubuhnya. Lalu saya mengesyorkan kepadanya supaya mengamalkan meminum jus buah setiap hari, samada epal, oren, mangga, pisang dsb yang dikisar dengan blender. Saya juga memintanya supaya mengelakkan mengambil minuman coklat seperti milo dsb. 

Selanjutnya dia bertanya tentang produk2 yang boleh diambil. Saya mengesyorkan supaya menggunakan mandian anti-bakteria seperti Dettol dan menggunakan deodoran bebas bahan kimia seperti Deodoran CNI. Elakkan deodoran yang mengandungi alkohol.

Jika anda juga mengalami masalah seperti kenalan Aromakasih ini, boleh lah mencuba petua2 di atas. Selamat mencuba.

Selasa

RAHSIA GARAM


Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.


Pada zaman Yunani, Tentera Yunani (askar Greek) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka. Apabila dipenjarakan, mereka (penentang) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan. 

Dari Abdullah Bin Umar “Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya: Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda “Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam”.

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut (tepi pantai) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar, goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut: minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi. 


Petua berdasarkan kajian:


1.   Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
2.   Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
3.   Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
4.   Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
5.   Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Khamis

Petua Merawat Migrain


Pernah tak sakit kepala? Memang tak best kan? Nak buat apa pun tak boleh, kadang-kadang, nak tidur pun tak boleh. Itu pening kepala tu, kalau tiba-tiba kena serangan "Atuk Sakit Kepala" iaitu migrain, lagi teruk. Saya ada kawan yang selalu migrain, amat kesian kalau tengok dia migrain.

Saya ingat lagi, masa tu ada peperiksaan penting, dia tak boleh ambil periksa kerana migrain. Tadi ada kawan saya kongsikan cara untuk kurangkan migrain melalui blognya rajakamil.biz. Bagi yang malas nak bukak link blognya, saya snap blognya seperti kat bawah ni:-


Diharapkan dengan petua ini, mereka yang ada migrain takdelah dok terperap je di rumah hujung minggu ni. Bagi yang berkeluarga, boleh bawa ahli keluarga berkelah di pantai atau tepi tasik, bagi yang bujang, boleh jalan-jalan cari makan ke, dengar ceramah ke dan macam-macam aktiviti lain.

Selasa

7 Langkah 'Cakaran Harimau' dan 'Labah-Labah'


Ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran Allah ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik'. Ini bermakna sentuhan dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami isteri kerana `a'syir' (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna bersentuh-sentuhan.  Jadi kaedah urutan dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan.

Cuba bayangkan jika anak menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta, apatah lagi pasangan suami isteri.

Pada kali ini AromaKasih ingin berkongsi tentang urutan suami isteri yang dikenali sebagai 'Cakaran Harimau' dan 'Labah-Labah'. Urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri sebaliknya oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing dan sebagai menghargai pengorbanan isteri dan dengan itu terbentuklah slogan `rumahku syurgaku,' kerana masing-masing mendapat layanan terbaik.

Kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja.Ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi. Minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri.

Untuk memudahkan anda memahami langkah-langkah yang dinyatakan ini, sila rujuk pada gambar yang dipaparkan ini.


Langkah pertama: mengurut tengkuk pasangan dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah kedua: mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan

Langkah ketiga: membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

Langkah keempat:`cakaran harimau' menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.

Langkah kelima: cakaran harimau diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk.

Langkah keenam: menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah ketujuh: membuka tangan dan membuat aksi seolah-olah sedang menetak dengan perlahan-lahan di belakang badan pasangan.

Selepas itu, bisikkan kalimah sayang ke telinga suami seperti `I Love You' dan sebagainya. Ia sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

Semoga rumahtangga anda menjadi lebih erat dan mesra berkat mengamalkan petua di atas, insyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...