Selasa

7 Langkah 'Cakaran Harimau' dan 'Labah-Labah'


Ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran Allah ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik'. Ini bermakna sentuhan dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami isteri kerana `a'syir' (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna bersentuh-sentuhan.  Jadi kaedah urutan dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan.

Cuba bayangkan jika anak menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta, apatah lagi pasangan suami isteri.

Pada kali ini AromaKasih ingin berkongsi tentang urutan suami isteri yang dikenali sebagai 'Cakaran Harimau' dan 'Labah-Labah'. Urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri sebaliknya oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing dan sebagai menghargai pengorbanan isteri dan dengan itu terbentuklah slogan `rumahku syurgaku,' kerana masing-masing mendapat layanan terbaik.

Kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja.Ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi. Minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri.

Untuk memudahkan anda memahami langkah-langkah yang dinyatakan ini, sila rujuk pada gambar yang dipaparkan ini.


Langkah pertama: mengurut tengkuk pasangan dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah kedua: mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan

Langkah ketiga: membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

Langkah keempat:`cakaran harimau' menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.

Langkah kelima: cakaran harimau diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk.

Langkah keenam: menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah ketujuh: membuka tangan dan membuat aksi seolah-olah sedang menetak dengan perlahan-lahan di belakang badan pasangan.

Selepas itu, bisikkan kalimah sayang ke telinga suami seperti `I Love You' dan sebagainya. Ia sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

Semoga rumahtangga anda menjadi lebih erat dan mesra berkat mengamalkan petua di atas, insyaAllah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...