Pada kali ini AromaKasih ingin berkongsi beberapa ganjaran melakukan persetubuhan antara suami dan isteri selain untuk
memperolehi zuriat:
1. Sejenis senaman.
Hubungan seks ialah salah satu bentuk aktiviti fizikal. Ketika hubungan
berlaku, berlaku pelbagai perubahan fisilogi yang berlaku dalam badan
seolah-olah seperti seseorang lelaki sedang menjalani aktiviti senaman.
Contohnya, semasa hubungan seks, tahap kadar pernafasan akan meningkat.
Peningkatan pernafasan dan pernafasan yang dalam akan meningkatkan tahap
oksigen dalam badan dan boleh memperbaiki sel-sel yang rosak. Kapasiti
paru-paru juga akan meningkat. Begitu juga dengan degupan jantung, ia akan
meningkat ketika hubungan seks dan ini akan meningkatkan aliran darah dalam
badan.
Ketika
hubungan seks, pelbagai otot mengalami kontraksi dan selepas hubungan seks,
sering kali saudara dapati saudara letih dan berpeluh. Ini bermakna ada
aktiviti fizikal yang membakar kalori berlaku semasa hubungan seks.
Dianggarkan, jika saudara melakukan hubungan seks tiga kali seminggu dan setiap
kali hubungan memakan masa 15 minit, saudara akan menggunakan 7,500 kalori
setahun. Ini umpama saudara berjoging sejauh 120 km. Hormon testosterone yang
dikeluarkan ketika hubungan seks juga akan meningkatkan kekuatan otot dan
menguatkan tulang.
2. Penawar kesakitan.
Semasa hubungan seksual, sejenis hormon yang dipanggil ‘endophine’ akan
dirembeskan. Hormon endophine ini mempunyai fungsi melegakan kesakitan dan
sejenis hormon penahan sakit.
Satu kajian dijalankan menunjukkan semasa hubungan seksual terutama semasa
orgasma, seseorang tidak akan merasa kesakitan dan selepas hubungan seksual,
kesakitan ringan akan berkurangan.
3.
Perlindungan kepada kelenjar prostat.
Sebahagian besar dari cecair yang dikeluarkan semasa ejakulasi datangnya dari
kelenjar prostat. Hubungan seks yang kerap dapat membantu meningkat produksi
cecair yang baru serta dapat mengeluarkan cecair yang berada dalam kelenjar.
Jika ejakulasi lama tidak berlaku, akan terjadi pengumpulan cecair dalam
kelenjar dan ini boleh menimbulkan inflamasi atau keradangan pada kelenjar
prostat.
4. Pengurangan risiko mendapat masalah mati pucuk (ED)
Lima puluh peratus dari lelaki yang berumur lebih dari 40 tahun akan mengalami
masalah mati pucuk. Salah satu langkah pencegahan ialah dengan kerap melakukan
hubungan seks.
Semasa proses ereksi berlaku, banyak darah dari arteri akan dipamkan ke batang
zakar dan darah ini akan membawa oksigen dan nutrien kepada tisu batang zakar.
Proses
ini akan mengekalkan kesihatan batang zakar dan ketegangan batang zakar.
5. Mengurangkan stress.
Sudah terbukti dari segi kajian saintifik bahawa hubungan seks yang kerap dapat
mengurangkan stress. Ini adalah kerana semasa hubungan seks, badan akan
menghasilkan dopamine iaitu sejenis kimia dalam badan yang boleh mengurangkan
stress.
Sejenis kimia lagi yang dikenali sebagai oxytocin, juga dirembeskan dan hormon
ini bertindak sebagai hormon yang memberi kesan kelegaan serta kesan positif
terhadap keinginan dan nafsu seseorang lelaki.
6. Lain-lain kelebihan.
Kajian di negara Barat menunjukkan hubungan seks yang dinikmati dapat
mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan sakit kepala, mengurangkan
kemurungan serta dapat memberi kebaikan pada otot dan sendi. Selain itu,
hubungan seks juga dapat mengukuhkan hubungan dan mengeratkan kasih sayang
antara pasangan suami-isteri.
0 ulasan:
Catat Ulasan