Ramai yang tidak mengambil
berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran Allah ada
menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik'. Ini bermakna sentuhan
dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami
isteri kerana `a'syir' (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna
bersentuh-sentuhan. Jadi kaedah urutan
dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan.
Cuba bayangkan jika anak
menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta,
apatah lagi pasangan suami isteri.
Pada kali ini AromaKasih
ingin berkongsi tentang urutan suami isteri yang dikenali sebagai 'Cakaran
Harimau' dan 'Labah-Labah'. Urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri
sebaliknya oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing dan sebagai
menghargai pengorbanan isteri dan dengan itu terbentuklah slogan `rumahku
syurgaku,' kerana masing-masing mendapat layanan terbaik.
Kalau boleh urutan itu dilakukan
ketika pasangan sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah
tangga setelah masing-masing penat bekerja.Ketika melakukan urutan itu jangan
sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma
terapi. Minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh
meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri.
Untuk memudahkan anda
memahami langkah-langkah yang dinyatakan ini, sila rujuk pada gambar yang dipaparkan ini.
Langkah pertama: mengurut
tengkuk pasangan dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat
banyak urat tegang yang perlu diuraikan.
Langkah kedua: mengurut pada
bahagian bahu hingga ke lengan
Langkah ketiga: membuat
`jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.
Langkah keempat:`cakaran
harimau' menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk
membawa ke pinggang. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja
dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.
Langkah kelima: cakaran harimau
diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke
bahagian tengkuk.
Langkah keenam: menggenggam
kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan
suami dari atas hingga ke pinggang.
Langkah ketujuh: membuka
tangan dan membuat aksi seolah-olah sedang menetak dengan perlahan-lahan di
belakang badan pasangan.
Selepas itu, bisikkan kalimah
sayang ke telinga suami seperti `I Love You' dan sebagainya. Ia sebenarnya
merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan
seronok.
Semoga rumahtangga anda
menjadi lebih erat dan mesra berkat mengamalkan petua di atas, insyaAllah.