Ahad

Kelebihan Bersetubuh


Pada kali ini AromaKasih ingin berkongsi beberapa ganjaran melakukan persetubuhan antara suami dan isteri selain untuk memperolehi zuriat:


1. Sejenis senaman.

Hubungan seks ialah salah satu bentuk aktiviti fizikal. Ketika hubungan berlaku, berlaku pelbagai perubahan fisilogi yang berlaku dalam badan seolah-olah seperti seseorang lelaki sedang menjalani aktiviti senaman.

Contohnya, semasa hubungan seks, tahap kadar pernafasan akan meningkat. Peningkatan pernafasan dan pernafasan yang dalam akan meningkatkan tahap oksigen dalam badan dan boleh memperbaiki sel-sel yang rosak. Kapasiti paru-paru juga akan meningkat. Begitu juga dengan degupan jantung, ia akan meningkat ketika hubungan seks dan ini akan meningkatkan aliran darah dalam badan.


Ketika hubungan seks, pelbagai otot mengalami kontraksi dan selepas hubungan seks, sering kali saudara dapati saudara letih dan berpeluh. Ini bermakna ada aktiviti fizikal yang membakar kalori berlaku semasa hubungan seks. Dianggarkan, jika saudara melakukan hubungan seks tiga kali seminggu dan setiap kali hubungan memakan masa 15 minit, saudara akan menggunakan 7,500 kalori setahun. Ini umpama saudara berjoging sejauh 120 km. Hormon testosterone yang dikeluarkan ketika hubungan seks juga akan meningkatkan kekuatan otot dan menguatkan tulang.


2. Penawar kesakitan.

Semasa hubungan seksual, sejenis hormon yang dipanggil ‘endophine’ akan dirembeskan. Hormon endophine ini mempunyai fungsi melegakan kesakitan dan sejenis hormon penahan sakit.

Satu kajian dijalankan menunjukkan semasa hubungan seksual terutama semasa orgasma, seseorang tidak akan merasa kesakitan dan selepas hubungan seksual, kesakitan ringan akan berkurangan.


3. Perlindungan kepada kelenjar prostat.


Sebahagian besar dari cecair yang dikeluarkan semasa ejakulasi datangnya dari kelenjar prostat. Hubungan seks yang kerap dapat membantu meningkat produksi cecair yang baru serta dapat mengeluarkan cecair yang berada dalam kelenjar. Jika ejakulasi lama tidak berlaku, akan terjadi pengumpulan cecair dalam kelenjar dan ini boleh menimbulkan inflamasi atau keradangan pada kelenjar prostat.

4. Pengurangan risiko mendapat masalah mati pucuk (ED)

Lima puluh peratus dari lelaki yang berumur lebih dari 40 tahun akan mengalami masalah mati pucuk. Salah satu langkah pencegahan ialah dengan kerap melakukan hubungan seks.

Semasa proses ereksi berlaku, banyak darah dari arteri akan dipamkan ke batang zakar dan darah ini akan membawa oksigen dan nutrien kepada tisu batang zakar.


Proses ini akan mengekalkan kesihatan batang zakar dan ketegangan batang zakar.


5. Mengurangkan stress.

Sudah terbukti dari segi kajian saintifik bahawa hubungan seks yang kerap dapat mengurangkan stress. Ini adalah kerana semasa hubungan seks, badan akan menghasilkan dopamine iaitu sejenis kimia dalam badan yang boleh mengurangkan stress.

Sejenis kimia lagi yang dikenali sebagai oxytocin, juga dirembeskan dan hormon ini bertindak sebagai hormon yang memberi kesan kelegaan serta kesan positif terhadap keinginan dan nafsu seseorang lelaki.

6. Lain-lain kelebihan.

Kajian di negara Barat menunjukkan hubungan seks yang dinikmati dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan sakit kepala, mengurangkan kemurungan serta dapat memberi kebaikan pada otot dan sendi. Selain itu, hubungan seks juga dapat mengukuhkan hubungan dan mengeratkan kasih sayang antara pasangan suami-isteri.


Isnin

Tapak Kaki dan Kesihatan

Pada kali ini Aromakasih ingin mendedahkan tentang 'rahsia' perubatan yang perlu anda tahu pada bahagian bawah kaki, termasuklah tapak kaki, tumit kaki dan juga jari-jari kaki. Sebenarnya, bahagian bawah kaki adalah berhubung dengan semua anggota-anggota tubuh seperti hati, jantung, limpa, paru-paru, usus, pundi kencing, organ pembiakan, pancaindera dan banyak lagi. Jika anda mengalami masalah-masalah kesihatan, mungkin anda boleh mencuba untuk membuat rawatan bermula dari kaki anda. Selamat mencuba!


Khamis

Tudung dan Agama

Di bawah ini adalah pelbagai jenis fesyen tudung mengikut kepercayaan dari bermacam-macam agama:


Selasa

Pelukan Kasih Sayang

AromaKasih nak berkongsi info yang dapat dari suratkhabar hari ni.. :) 


Nak peluk lah kan hehehe :)

Khamis

Kenali Petanda Pada Jerawat



AromaKasih telah menulis beberapa artikel mengenai jerawat. Kebanyakannya adalah mengenai punca jerawat serta cara untuk menghapuskan jerawat. Pada kali ini AromaKasih ingin berkongsi satu ilmu perubatan, yang mana kita sebenarnya boleh mengesan masalah-masalah yang ada pada badan kita melalui jerawat. Teruskan membaca!

Jerawat pada DAHI


Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

Jerawat pada HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

Jerawat pada DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat pada PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

Jerawat pada PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

Jerawat pada BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Isnin

Susu Harimau Halal Diminum???


Kali pertama Aromakasih terbaca mengenai susu harimau melalui majalah bulanan CNI bulan Mac 2012 yang baru diterima Aromakasih petang semalam, perkara pertama yang bermain di kepala Aromakasih adalah “Halal ke nak minum susu harimau?” Ini kerana pada tanggapan Aromakasih susu harimau yang dimaksudkan adalah sama seperti susu kambing dan susu lembu yang terus diperolehi daripada haiwan-haiwan tersebut. Jika benarlah begitu, sudah tentu tidak boleh memakan susu harimau kerana harimau merupakan binatang yang dilarang untuk dimakan di dalam Islam.

Rupa-rupanya susu harimau yang dimaksudkan adalah sejenis cendawan, yang juga dikenali sebagai Lignosus rhinocerus dalam istilah sains. Ia merupakan cendawan herba yang boleh ditemui di muka bumi negara kita, Malaysia.  Menurut penceritaan orang asli, cendawan ini dipercayai tumbuh di atas tumpahan titisan susu harimau yang jatuh ke bumi semasa ibu harimau menyusukan anaknya namun tidak dapat dibuktikan kebenaranya, namun begitu dari zahirnya cendawan ini seolah-olah satu ketumbuhan di payudara. Benih (sclerotium) berwarna putih akan terbentuk dan tertanam di dalam tanah untuk suatu jangka masa yang agak lama. Kadang-kalanya berbulan-bulan, bertahun-tahun atau berabad lamanya.  Apabila tiba masanya, ianya akan bercambah keluar dan membentuk payung cendawan yang berkembang mekar.  Cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat di dalam hutan-hutan tebal di banjaran titiwangsa. Menurut kepercayaan orang-orang asli juga, hanya orang yang bertuah dan dimurahi rezeki sahaja yang akan menemui cendawan ini.

Aromakasih mendapat tahu bahawa cendawan yang baik mempunyai berat bila di timbang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong. Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan.

Dari segi perubatan, cendawan susu harimau mempunyai pelbagai khasiat yang menakjubkan.  Sejak sekian lamanya, ianya digunakan sebagai herba tradisional untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan. Pengamal perubatan traditional masyarakat Melayu menggunakannya untuk mengubati barah payudara, barah rahim, penyakit ulser usus, penyakit buah pinggang, dan bengkak-bengkak mata dan di seluruh badan.  Manakala pengamal perubatan traditional masyarakat Cina pula menggunakannya untuk mengubati derman, lelah, asma, menigkatkan sistem immunologi dan menguatkan kesihatan badan.


Sesiapa yang berminat untuk merasai kehebatan susu harimau, bolehlah menghubungi aromakasih@gmail.com atau sms ke 019-2080922/013-2441388 (Puan Suhana).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...