Isnin

Asal Usul Tuala Wanita Jenama Joshi Pad

Pada suatu masa dahulu, di negara Jepun, ada sebuah perkampungan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya bekerja sebagai petani dan pesawah membanting tulang setiap hari untuk menyara kehidupan. Mereka hidup dalam keadaan harmoni serta saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Namun begitu, pada satu ketika, kampung tersebut sudah tidak aman lagi. Setiap malam ada orang yang mati dibunuh secara misteri. Orang yang dibunuh mempunyai kesan gigitan, dipercayai dibunuh oleh manusia penghisap darah atau disebut sebagai drakula.

Ketua kampung tersebut berasa amat susah hati. Beliau mengumpulkan orang kampung dan mengisytiharkan bahawa barang siapa yang dapat menghapuskan drakula tersebut maka dia akan dikurniakan penganugerahan dan hadiah yang istimewa.

Maka keluarlah seorang pemuda yang bernama Joshi, menawarkan diri untuk menghapuskan drakula tersebut. Joshi merupakan seorang pengamal perubatan terkenal di negara Jepun yang singgah di kampung tersebut untuk mencari herba-herba terpilih untuk dibuat makanan kesihatan seperti Royal Ginkgo, Life Enzyme, Organik dan sebagainya. Joshi mempunyai kelebihan yang luar biasa yang mana beliau mampu berinteraksi dengan makhluk alam ghaib, termasuklah jin dan roh-roh yang telah mati.

Setelah mendapat mandat daripada Ketua Kampung, Joshi pun memulakan tugasnya dengan memasuki hutan berdekatan pada waktu siang. Akhirnya beliau menjumpai sebuah rumah besar tinggalan lama yang beliau percaya menjadi kediaman drakula tersebut.

Apabila beliau memasuki rumah tersebut, Joshi telah ternampak sebuah keranda yang terletak ditengah-tengah rumah. Apabila Joshi membuka keranda tersebut, beliau mendapati sesusuk tubuh drakula sedang tidur di dalam keranda tersebut. Joshi terus menikam drakula tersebut lalu drakula tersebut terus mati. Joshi menutup kembali keranda tersebut dan terus meninggalkan rumah besar tersebut. Beliau kembali ke kampung dan disambut dengan meriah dan dijulang sebagai seorang wira yang hebat dan luar biasa serta dikurniakan anugerah kepahlawanan dan hadiah seperti yang dijanjikan.

Ceritanya tidak berakhir begitu sahaja. Malam tersebut, semasa Joshi sedang tidur, roh drakula tersebut datang kepada Joshi dan mengejutkannya dari tidur. Roh tersebut merayu kepada Joshi supaya mengembalikannya ke alam dunia kerana roh drakula tersebut tidak sempat bertaubat . Roh drakula tersebut berkata, “Izinkan saya kembali ke dunia untuk membuat kebajikan kepada manusia sebagai penebus dosa-dosa yang telah saya lakukan”..

Lalu Joshi pun berkata dalam Bahasa Jepun, “Mana boleh, aku telah pun diberi upah oleh ketua kampung kerana berjaya membunuh kau, tiba-tiba kau hidup balik, nanti aku akan dimarahi pula oleh ketua kampung!”

Roh drakula terus merayu untuk dikembalikan. Akhirnya Joshi pun berkata, “Baiklah, aku akan beri kamu peluang untuk menebus dosa yang telah kau lakukan, tetapi bukan sebagai drakula lagi, malah kau tidak akan berupa manusia lagi supaya kau tidak dikenali oleh orang kampung. Kau hanya akan dijelmakan sebagai suatu benda bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih?" tanya Joshi.

“Baiklah, saya nak menjadi benda yang bernyawa, yang mempunyai sayap dan boleh menghisap darah, heh...heh...heh...". Dalam hatinya berfikir tidaklah nanti dia mati kelaparan sebab masih dapat menghisap darah yang menjadi makanan ruji baginya. Dia berjanji tidak akan menghisap darah manusia tetapi hanya darah binatang sahaja. Joshi pun bersetuju dan menukar drakula menjadi kelawar. Drakula tersebut sungguh gembira.

Drakula yang telah menjadi kelawar itu pun merayau-rayau ke kampung tempat dia membunuh dahulu. Dia terbang ke sana sini sehingga ke kebun tempat penduduk-penduduk bertani. Niatnya untuk membuat apa-apa sahaja kebajikan kepada penduduk kampung agar dapat menebus dosanya yang lalu. Tetapi seorang petani tiba-tiba nampak  kelawar tersebut sedang merayau-rayau, lalu petani tersebut membunuh kelawar tersebut yang disangkanya mahu merosakkan tanaman-tanamannya. 

Setelah mati dibunuh, sekali lagi roh drakula yang menjadi kelawar tersebut datang menghadap Joshi. Dia merayu “Saya masih tidak dapat membuat kebajikan kepada penduduk kampung. Jangan kata nak buat kebajikan, orang kampung nampak je saya terus dibunuhnya!”

"Aku akan memberi kamu satu lagi peluang" kata Joshi. "tetapi macam sebelum ini, bukan lagi sebagai manusia. Adakah kamu nak menjelma sebagai kelawar lagi?”

Dengan tersipu2 drakula ini menjawab "Saya tak nak jadi kelawar, nanti orang nampak saya dan bunuh saya. Saya masih nak jadi benda yang bernyawa, bersayap dan menghisap darah, tapi saya nak saiz kecik macam semut supaya susah orang nak nampak".

Joshi berfikir sekejap lalu berkata "baiklah, kalau itu yang kau mahu" dan menukarkan drakula menjadi nyamuk. Drakula yang menjadi nyamuk itu sangat gembira.

Drakula pergi lagi ke kampung tersebut dengan niat untuk membuat kebajikan, dia terbang ke sana ke sini, apabila lapar, dia menghisap darah haiwan, kerana dia sudah berjanji tidak akan menghisap darah manusia. Suatu hari, drakula yang menjadi nyamuk itu telah masuk ke rumah seorang penduduk dengan harapan ada apa-apa kebajikan yang dia boleh lakukan, tetapi semasa dia tengah nak berehat kat dinding, tiba-tiba SPLAT! dia dibunuh oleh anak tuan rumah tersebut yang berusia 5 tahun.

Dracula terasa bodoh sangat kerana hanya dibunuh oleh budak berusia 5 tahun. Apabila berhadapan dengan Joshi buat kali ke-3, dia berkata "Saya sudah serik menjadi benda yang bernyawa, kerana selalu sangat kena bunuh”. Lalu Joshi pun bertanya “Jadi kali ini kamu nak jadi benda yang tidak bernyawa? so, apa dia kali ini?" tanya Joshi.

Dracula menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada benda tak bernyawa, tetapi saya masih nak mempunyai  sayap dan saya nak hisap darah macam biasa... heh.. heh.. heh..". "No problem" kata Joshi dalam bahasa omputeh dan terus menukar Drakula menjadi Tuala Wanita yang dinamakan Joshi pad. 

Sehingga sekarang, Joshi pad berjaya memberikan jasa dan membuat kebajikan bukan sahaja kepada penduduk kampung tersebut bahkan kepada jutaan manuasia di atas muka bumi ini, tidak kira wanita atau lelaki. Pelbagai penyakit telah dapat disembuhkan seperti senggugut, keputihan, sembelit, sakit urat, panas badan akibat demam, malah Joshi Pad juga mampu menghilangkan bau busuk dalam almari-almari kasut, topi keledar dan sebagainya. Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Joshi Pad!!!


Iklan:
1) Panduan menikmati seks dengan hebat!
2) Panduan seks suami isteri
3) Buku cara-cara pancutkan isteri hanya RM40 sekarang!!!

Jumaat

Shhh, Anda tau Anda Sedang Terdedah dengan Jangkitan Faraj???

MASALAH KAUM WANITA PADA HARI INI:-

83% wanita seluruh dunia terdedah kepada jangkitan faraj yang boleh menyebabkan kanser pangkal rahim
62% daripada mereka adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang berkualiti rendah

Statistik Menunjukkan Penyakit Wanita Semakin Meningkat Dan Membimbangkan!






m e m p e r k e n a l k a n
JOSHI PAD

Tuala wanita yang dinamakan Joshi Pad atau Ginzaya dalam bahasa Jepun ini menggunakan teknologi dari negara Jepun. Ianya pasti selamat dan penggunanya dilindungi insurans sehingga RM1 juta. Kehebatan dan kelainan pad ini dengan yang biasa adalah seperti di bawah:

1. F.I.R (Far Infra Red) - membunuh aktiviti bakteria
·         Mencegah kutu, kulat dan virus dan membunuh 99.9% aktiviti bakteria yang menyebabkan gatal-gatal, jadi dapat tidur lena pada waktu malam kerana tidak terganggu oleh gatal-gatal di tepi peha/celahnya.
·         Kesan jangka masa panjang bakteria adalah mengundang kanser pangkal rahim. Kajian menunjukkan 83% wanita dalam dunia terdedah kepada jangkitan faraj yang boleh menyebabkan sakit fibroid atau kanser pangkal rahim!

2. F.I.R (Far Infra Red) – melancarkan perjalanan darah
·         Memastikan peredaran darah berjalan lancar dan turun sepenuhnya.
·         Menarik darah beku yang tertinggal di dalam rahim yang menjadi punca senggugut.

3. P.F.P (Pelapik resapan udara) – kekalkan kekeringan dan menyahkan bau
·         Lapisan yang mengekalkan kekeringan yang maksima dan tidak melekit.
·         Menyahbau yang terhasil dari gas ammonia yang dikeluarkan dari darah haid.

4. S.A.P (Super Absorbent Polymer / Polimer Serapan Super) – lapisan sehala (one way)
·         Fungsinya ibarat Lukah... 'Ikan dah masuk tidak dapat keluar lagi'.
·         Menghalang kebocoran dan tahan sehingga 5 kali basahan, jadi banyak mana pun darah ianya tak akan tembus (meresap).
·         Menurut kajian pakar sakit puan, wanita asia secara purata mengeluarkan 60ml cecair sahaja tetapi S.A.P Joshi Pad mampu menyerapkan cecair sehingga 70ml.

5. Bentuk yang unik
·         Ultrathin - hanya senipis 2mm dan hanya sepanjang 245mm (day use) dan 360mm (night use) mudah dibawa kemana-mana.
·         Sayap bergam - untuk mengekalkan kedudukan walaupun sewaktu aktiviti lasak.
·         Pelindung Stereoskopik - ada di  kedua-dua bahagian tepi pad untuk mencegah kebocoran.
·         Teknologi kejuruteraan somatologi memastikan padanan selesa dan perlindungan sempurna.
·         Rekaan Corong - ada di lapisan atas untuk menghindari kebocoran belakang.


SESUAI UNTUK WANITA DAN JUGA LELAKI!

Joshi Pad juga boleh digunakan oleh kaum lelaki setiap hari dan mudah dibawa kemana sahaja. Ia boleh diguna semasa bekerja atau pun dirumah. Anda boleh menggunakan Joshi Pad ini diwaktu dan ketika:
1. Demam - ambil sahaja sekeping Joshi Pad dan letak didahi.
2. Sakit pinggang & keletihan - tampalkan dibahagian pinggang anda.
3. Mengalami buasir – pakai bersama2 seluar dalam anda.
4. Topi keledar berbau – tampal sahaja di dalam topi keledar tersebut.
5. Dan banyak lagi yang boleh anda cuba sendiri!!!

Harga:
1 keping Joshi pad RM1.00
20 keping Joshi pad RM16.20

*tidak termasuk kos penghantaran.

Hubungi aromakasih@gmail.com untuk tempahan!


Isnin

Tumit Dan Tapak Kaki Berkematu Dan Pecah-Pecah

Masalah tumit dan tapak kaki berkematu dan pecah-pecah sememangnya adalah perkara yang sudah menjadi kebiasaan berlaku pada kita. Namun begitu, dalam keghairahan kita menjaga kecantikan muka dan tubuh badan yang lain, tak seharusnya kita lupa untuk menjaga tumit dan tapak kaki kita, terutamanya jika kita telah dan akan berumahtangga. Hakikatnya, di atas ranjang ketika hubungan intim berlaku antara suami dan isteri, keseluruhan tubuh akan dinikmati oleh pasangan, termasuklah tumit dan tapak kaki. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk kita membiarkan tumit dan tapak kaki kita berkematu dan pecah-pecah tanpa kita sendiri berusaha untuk merawatnya.

Masalah tumit dan tapak kaki berkematu dan pecah-pecah berpunca dari pembentukan sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki. Ia berlaku sebagai satu tindak balas bagi melindungi kaki akibat tekanan yang berlebihan dan geselan. Kematu, biasanya terbentuk pada tumit, benjolan tapak kaki atau bahagian bawah ibu jari kaki. Masalah ini biasanya disebabkan pemakaian kasut bertumit tinggi, kasut terlalu kecil, obesiti dan cara seseorang itu berjalan. Selain itu, tapak kaki yang rata, atau lengkungan tapak kaki terlalu dalam dan kehilangan lemak-lemak pada bawah tapak kaki juga punca seseorang itu menghidap kematu. 

Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

1.   Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering.
2.   Ambil beberapa helai daun betik, rendam dalam air suam. Kemudian ramas daun betik berkenaan. Rendamkan kedua kaki ke dalam bekas berisi daun betik muda selama 10 minit. Gosok kaki yang berkematu perlahan-lahan.
3.   Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah.
4.   Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
5.   Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
6.   Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
7.   Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.
8.   Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.

Rabu

17 Tips Melindungi Kaki Dari Berbau

Kaki adalah bahagian organ tubuh yang paling mudah terkena kuman sehingga dapat menimbulkan bau yang tidak enak. Tak hairan bahawa kaki kadangkala dapat menimbulkan bau tidak enak, kerana organ tubuh ini adalah organ yang paling dekat dengan bumi yang kita pijak. Tempatnya memang di bawah, tapi kaki yang berbau akan merosakkan penampilan keseluruhan Kita. Masalah bau kaki ini jelas bukan masalah ringan, kerana kesannya luar biasa, boleh menyebabkan rakan kita menutup hidung atau menyindir kita! Jadi, jangan sampai bau kaki membuatkan penampilan Kita kurang meyakinkan.

Bau kaki bisa terjadi kepada siapa saja, tidak kira muda atau tua, tidak peduli dia cantik atau tampan, walaupun Kita terlihat sangat bersih, tapi ketika Kita membuka kasut kita, wow!! “keharuman” Kita semerbak dimana-mana hingga semua orang menutup hidungnya. Oleh itu Kita harus bisa menjaga agar hal ini tidak terjadi pada Kita. Mesti tak selesa kan kalau bau kaki kita busuk. Nak buka kasut pun malu.

Faktor utama bau kaki adalah disebabkan oleh peluh yang mengendap pada kaki dan bercampur bakteria. Penyebab utama bau di tubuh adalah peluh. Bahagian kaki sendiri menghasilkan sehingga hampir 570ml peluh dalam sehari. Namun, sebenarnya peluh hanya terdiri dari air dan garam yang tidak mengeluarkan bau. Ketika bercampur dengan bakteria, barulah peluh akan berbau. Kenapa peluh pada kaki menjadi lebih berbau daripada peluh di tubuh? Ini disebabkan oleh stokin dan kasut kita yang mengandungi bakteria. Peluh di kaki juga tidak mudah menguap seperti peluh di tapak tangan, dan malah mengumpul di kulit dan stokin kaki. Bakteria pula menyukai tempat gelap, lembab, dan banyak “makanan”. Ketika Kita membuka kasut, bau yang menampar kita itu adalah produk buangan bakteria yang terkumpul di kaki, stokin kaki, dan kasut kita.


Di bawah ini AromaKasih menyenaraikan 17 tips untuk melindungi kaki kita dari berbau:-

1. Jaga kebersihan kaki.

Ketika mandi, biasakan gosok bersih kaki Kita. Usahakan juga untuk memilih sabun anti bakteria untuk membersihkan kaki. Sabun yang mengandung sulfur juga sangat baik untuk menghilangkan bau. Gosokkan sabun tersebut dengan lembut menggunakan jari tangan. Cucilah kaki sebelum tidur, bersihkan betul-betul agar kuman-kuman yang menempel tidak mengendap sewaktu tidur. Hal terpenting adalah Kita perlu mencuci kaki dengan rutin, kemudian mengeringkannya. Gosok dan sela jari untuk mengeluarkan sisa-sisa sel kulit mati.

2. Potong kuku

Potong kuku kaki secara teratur dan rutin untuk menghindari penompokan kotoran. Jangan lupa untuk membersihkan dan memotong kuku kaki secara rutin. Tak jarang, kotoran di kuku kaki lah yang menyebabkan timbulnya bau kaki. Kuman yang menempel di kuku adalah salah satu faktor utama penyebab bau. Rajin-rajinlah memotong kuku. Jangan biarkan kotoran menumpuk. Selain tidak enak dipkitang, kuku kotor membuat kaki Kita berbau tak enak. 

3. Jangan guna losyen pelembap sebelum memakai kasut

Kaki yang lembap adalah punca bakteria membiak. Jangan mengoleskan krim pelembap sebelum memakai kasut terutamanya di antara jari-jari kaki. Sebaliknya gunakan bedak antijamur. Losyen pelembap boleh digunakan pada malam hari sebelum tidur.

4. Gunakan alas kaki ketika berjalan di luar rumah

Ketika keluar rumah walaupun ke halaman rumah, pastikan pakai selipar/sandal. Hindari kebiasaan bertelanjang kaki, kerana dapat menjadi sarang bakteria. Sarang bakteria dapat menimbulkan bau dan penyakit yang mengintai kita. Bertelanjang kaki sama saja membiarkan bakteria dan kotoran bersarang di kaki. Biasakan memakai selipar/sandal agar kaki tetap terlindung. Selain itu, kebersihan selipar/sandal juga perlu dijaga. Jika selipar/sandal kotor hendaknya dibersihkan terlebih dahulu.

5. Rajin mengganti stokin kaki Kita.

Jangan gunakan stokin kaki selama berhari-hari. Jangan memakai stokin kaki yang sama selama berhari-hari tanpa mencucinya terlebih dahulu. Jagalah kebersihan stokin kaki kita. Stokin kaki harus ganti sekurang-kurangnya 2 hari sekali, bergantung kepada pemakaiannya. Sangat disarankan mengganti stokin kaki setiap hari untuk mencegah berkembangnya bakteria. Jika kerap menggunakan kasut sukan atau kasut tertutup, sebaiknya Kita memiliki stokin kaki dalam jumlah yang cukup banyak.

6. Belilah stokin yang bagus

Jangan membeli stokin semata-mata sebab harganya, tak kira mahal atau murah. Sebaliknya anda kena pandai memilih stokin yang betul. Jangan sesekali memakai stokin yang tak serap peluh, kerana inilah yang menyebabkan kaki anda berbau. Sekarang sudah banyak dijual stokin kaki jenis antibakteria. Jika Kita ingin menggunakan stokin, pilihlah yang terbuat dari bahan cotton. 

7. Jangan pakai kasut dalam jangkamasa yang lama

Jangan memakai kasut tertutup dalam jangkamasa yang lama kerana ini akan menggalakkan perkembangan bakteria.

8. Tidak menggunakan kasut yang sama setiap hari

Tukar kasut yang dipakai selama 24 jam atau lebih sebelum memakainya kembali. Jangan lupa untuk membiarkan kasut berstirehat sehari semalam sehingga bau yang sempat mengendap dapat hilang. Gunakan kasut lain di hari berikutnya. 

9. Miliki kasut yang cukup untuk kegiatan berbeza

Sesuaikan jenis kasut dengan kegiatan Kita. Sebaiknya kasut kerja tidak digunakan untuk berjalan-jalan atau kegiatan yang kira-kira akan memancing banyak peluh. Kasut kerja tidak dibuat untuk hal-hal sedemikian.

10. Seringlah mencuci bahagian dalam kasut

Seringlah mencuci bahagian dalam kasut untuk mengurangkan bakteria pada kasut. Bersihkan kasut Kita paling kurang satu bulan dua kali.

11. Pilih kasut berdasarkan material buatannya

Kasut yang dibuat daripada plastik/pvc akan membuat kaki menjadi cepat panas dan berpeluh. Jadi, hindarilah. Bahagian dalam kasut lebih baik berbahan dasar kain. Kain dapat menyerap peluh dengan baik dan juga nyaman. Selain bahan yang tidak sesuai, perekat yang digunakan dalam pembuatan kasut juga dapat mengundang bau. Sebelum membeli kasut, tak apa jika Kita coba menciumnya terlebih dulu. Jika bau bahan perekatnya terlalu menyengat, lebih baik tinggalkan. 

12. Pilih kasut dengan dengan saiz yang betul.

Memakai kasut terlalu ketat akan membuat kulit kaki sukar bernafas. Kuman dan kotoran pun mengendap dan menimbulkan bau yang tidak enak. Jangan menggunakan kasut yang ketat, kerana dapat menimbulkan bau dan menimbun bakteria kerana kurangnya udara dalam kasut. Untuk bentuk kasut (selain kasut sukan), pilih yang lebih terbuka. Kasut terbuka atau peep toe shoes dan kasut dengan tali di belakang atau sling back shoes dapat menjadi pilihan. Dengan begitu, peluh akan menjadi lebih cepat menguap. 

13. Gunakan pelapik dalam kasut.

Pelapik dalam kasut sangat bagus untuk dipakai kerana senang dikeluarkan dari kasut untuk dibersihkan.

14. Simpan di tempat yang sesuai

Simpanlah kasut di tempat yang teduh dan aliran udaranya lancar. Letak silica gel di dalam kasut juga dapat menghindarkan dari bau-bau tidak enak. Silica gel menyerap bau dan kelembapan secara konsisten dan dapat ditempatkan di dalam kasut untuk jangka waktu cukup lama. Biarkan kasut bernafas. Setelah dipakai, lepaskan tali kasut Kita kemudian keluarkan pelapik dalam kasut. Letakkan di tempat yang terbuka. Angin akan membawa udara segar ke dalam dan sekaligus mengeringkan peluh. Selain itu, menggunakan kembali kasut yang telah dianginkan akan membuat Kita merasa lebih nyaman.

15. Jangan gunakan kasut dan stokin kaki yang belum kering

Jangan paksakan gunakan kasut dan stokin kaki yang belum benar-benar kering, kerana ini juga menggalakkan tumbuhnya bakteria yang pastinya menyebabkan bau kaki yang tidak enak. Jika kasut basah, letakkan di tempat terbuka. Jika hujan, pastikan dulu kasut Kita kering sebelum meletakkannya di tempat kasut atau sebelum memakainya kembali. Jika ada air di dalamnya, kasut akan segera berbau busuk dalam jangka waktu kurang dari satu hari.

16. Jangan pakai kasut masa kaki basah atau lembap

Kalau kaki masih basah, keringkan dulu sekering-keringnya, barulah pakai stokin dan kasut.

17. Perhatikan apa yang dimakan


Makanan pedas akan membuat tubuh kita menjadi lebih cepat berpeluh. Tidak terkecuali kaki. Kurangi makanan pedas jika tidak terlalu ingin berpeluh. Pengambilan kalori berlebih juga dapat membuat kaki Kita cenderung berpeluh. Makanlah makanan yang sehat dan tidak berlebihan. Berat badan berlebih dapat membuat kaki bekerja lebih berat dan berpeluh lebih banyak.

Ahad

Islam dan Perfume

Pembuatan minyak wangi kali pertamanya dilakukan di Mesir, bukan di Perancis walaupun kini  Perancis merupakan pengeluar utama dalam pasaran minyak wangi. Penemu asal minyak wangi ialah seorang tokoh Islam yang sangat disegani iaitu Al-Khindi atau nama penuhnya Abu Yusuf Yakub ibn Ishaq Al-Khindi. Beliau telah menemukan minyak wangi melalui proses kimiawi. Bahan-bahan awal yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi adalah dupa dan kayu manis, sejenis bahan-bahan yang senang didapati pada waktu itu. Minyak wangi diperoleh daripada bahan-bahan tersebut melalui proses giling, parut, dan tumbuk. Antara kegunaan awal minyak wangi di Mesir ialah dalam upacara kelahiran anak sehinggalah ke upacara kematian. Minyak wangi merupakan alat biasa yang sering digunakan dalam upacara-upacara yang beristiadat.

Seterusnya minyak wangi berkembang pesat hinggalah hari ini dan terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk. Kini pembuatan minyak wangi lebih maju dengan penggunaan teknologi yang lebih canggih. Wangian diperoleh dari wap air melalui proses penyulingan.

Perubahan zaman telah merperlihatkan kewujudan pelbagai jenis haruman sama ada dalam bentuk oles atau semburan di pasaran-pasaran sekarang ini. Ianya pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti EDT, EDC, dan EDP. Haruman-haruman ini diperoleh daripada bermacam-macam bahan asas seperti dedaun, dammar, bunga-bungaa, biji benih, haiwan dan sintetik. Pilihan yang banyak menyebabkan manusia lebih cenderung memilih wangian yang berjenama sedangkan kebenarannya wangian haruslah dipilih daripada campuran wangian yang sesuai dengan bau badan.

Rasulullah saw bersabda “Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang warna dan tersembunyi baunya” (Riwayat al-Tarmizi).

Adalah sunat bagi lelaki untuk memakai wangi-wangian.  Menurut Imam Syafie R .A.bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. Sabda Rasulullah S.A.W: "Hendaklah kamu mandi pada hari Jumaat dan basuhlah kepala, sekalipun kamu tidak junub dan pakailah bau-bauan” (Riwayat  Al-Bukhari). Kaum lelaki digalakkan mengenakan pakaian yang bersih dan sempurna ketika hendak menunaikan solat Jumaat. Mereka juga digalakkan memakai wangi-wangian. Ia juga merupakan sunah nabi ketika menyambut Aidilfitri untuk bangun awal dan membersihkan diri serta mengenakan pakaian yang terbaik. Di samping itu pakailah juga bau- bauan bagi kaum lelaki.

Nabi Saw sendiri amat menyukai wangi-wangian dan benci akan bau busuk dan kotor. Nabi saw tidak akan menolak jika diberi wangi-wangian. Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah ia menolaknya, kerana sesungguhnya ia ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasai, Muslim, dan Abu Dawud dari Abu Hurairah).

Telah diriwayatkan oleh Saidina Umar AS bahawa dia berkata: "Barangsiapa yang membelanjakan 1/3 daripada hartanya untuk bau-bauan yang harum maka tidaklah ia membazir." (Riwayat Al- Bukhari & Muslim). Sejak zaman Rasulullah lagi, berwangi-wangian itu amat digalakkan dengan tujuan menjaga penampilan diri. Malah wangi-wangian merupakan kegemaran Rasulullah SAW.

Iman Ibnu Qayyim r.a.h. pernah menulis, "SesungguhnyaAllah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga. Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."

Abu Sufyan dan Jabir r.a memberitakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Allah s.w.t berfirman kepada Syurga, ‘Wangilah untuk penghuni engkau!’, lalu Syurga pun bertambah mewangi. Maka demikianlah bahawa hawa dingin (serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia) dikala dinihari. Iaitu sebagaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya, juga kegelisahan dan dukacitanya sebagai peringatan tentang api di Akhirat." (Hadis Riwayat Abu Nuaim).

Melalui kedua-dua ayat di atas dapat kita lihat terdapatnya perkaitan antara wangian dan syurga. Malah wangian turut dinyatakan sebagai antara contoh ciri-ciri syurga yang mana ia merupakan sesuatu yang indah dan menyenangkan. Syurga Allah itu sendiri turut berbau harum memberikan gambaran yang cukup menyenangkan. Wangian juga bolehlah dikaitkan dengan kehidupan seharian kita sebagai manusia di mana apabila sesuatu yang berbau wangi atau harum itu pada kebiasaanyya merujuk kepada benda-benda yang baik dan menarik. Sebagai contoh antara barang-barang yang harum dan wangi baunya selalunya adalah sesuatu yang bernilai tinggi. Manakala bagi benda-benda yang kurang baik selalunya dikaitkan dengan bau busuk seperti sampah, makanan basi, dan najis. Perkara-perkara kurang baik juga pada kebiasaannya dikaitakan dengan busuk seperti busuk hati.

Bagi kaum wanita, pemakaian wangian punyai batasnya, tetapi tidak bagi lelaki yang boleh memakainya secara bebas. Wangian dapat mengelakkan dari bau busuk badan seterusnya memberi tanggapan yang baik kepada seseorang itu dari orang lain. Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Diberi kecintaan kepadaku dari (urusan) dunia kamu, ialah wanita, harum-haruman/wangi-wangian, dan dijadikan kesejukan mataku di dalam sholat.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari Anas bin Malik).

Sabtu

Petua Merawat Faraj Berair dan Berbau



Petua 1:

Ambil segenggam serbuk teh dan letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 3 minit. Selepas itu, basuh rata-rata dengan air teh itu. Amalkannya 2 kali, pada waktu pagi dan malam.

Petua 2:

Ambil bahan-bahan seperti di bawah dan tumbuk sehingga lumat:
1.       2 biji kulit pisang muda
2.       3 helai daun sireh bertemu urat
3.       1 biji kulit pinang,
4.       Gambir sebanyak 3 keping
5.       Sedikit kapur sireh.


Setelah ditumbuk hingga lumat, rendamkannya dengan setengah baldi air suam panas. Basuh faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari, pagi dan malam, agar ia sentiasa bersih dan segar.

Ahad

Pendedahan Minyak Wangi oleh Olivier Funel

[Olivier Funel (kanan) merupakan pakar minyak wangi di dunia, pencipta minyak wangi BONIA]

TEKAN dan serta-merta semburan wangian tersebar ke seluruh tubuh anda. Semudah itu anda mendapat haruman yang menyegarkan jiwa dan minda namun pernahkah anda terfikir proses bagaimana ia dihasilkan?

Memang tidak semudah yang disangka. Dan mungkin jawapan yang paling mudah ialah minyak wangi diperbuat daripada bunga. Namun jawapan dari Master Parfumeur, Olivier Funel, pasti mengejutkan anda. Katanya, minyak wangi sebenarnya dihasilkan bermula dengan industri kulit asli.

"Pada asalnya minyak wangi terhasil ialah apabila ekstrak bunga diletakkan di atas kulit yang menghasilkan satu bauan wangi yang betul-betul kuat. Inilah cerita asal usul minyak wangi di Perancis," cerita Funel yang ditemui pada majlis pelancaran minyak wangi Bonia di Bangsar Village II, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Gambar di atas menunukkan Olivier Funel (kanan) memperkenalkan minyak wangi Bonia ketika majlis pelancaran minyak wangi tersebut.

Perancis memang terkenal sebagai syurga minyak wangi memandangkan negara tersebut subur dengan pelbagai jenis bunga-bungaan segar.

Funel yang juga merupakan pewaris empayar Atelier des Parfums amat teruja kerana diberi kepercayaan oleh Bonia untuk menghasilkan rumusan minyak wangi terbarunya.

Ujarnya, untuk menghasilkan satu wangian umpama menyediakan ramuan untuk memasak. Hasilkan formula, letakkan ramuan wangian secukup rasa, mengikut kesesuaian.

"Antara bunga asas yang digunakan dalam penghasilan minyak wangi ialah bunga ros, jasmin, lavender dan untuk sejenis minyak wangi biasanya ada lima hingga 10 komponen di dalamnya.

"Untuk Bonia Femme (perempuan) kami mengadunkan 145 komponen manakala untuk Bonia Homme (lelaki) juga jumlah yang sama," jelasnya yang merupakan generasi kelima dalam perusahaan minyak wangi oleh keluarganya.

Cerita Funel, kalau pada tahun 1946 dulu ketika perniagaan keluarga diterajui generasi terdahulu mereka menggunakan mesin pengekstrak bunga dan proses tersebut memakan masa hingga berhari lamanya.

"Namun kini terdapatnya mesin dan robot yang menyediakan adunan yang mengambil masa hanya 4 hingga 5 minit sahaja," ujarnya.

Menurut Funel, bahan asas dalam menghasilkan minyak wangi Bonia adalah dari bunga, daun, benih, akar, buah, dan setiap unsur ini mempunyai nilai haruman yang sungguh berkualiti kerana ia adalah dari alam semula jadi.

Maka disebabkan itu jugalah, jika anda mahukan minyak wangi yang elok dan tahan lama anda perlulah menyimpannya di tempat sejuk.

"Memang peti sejuk merupakan tempat yang baik untuk mengekalkan kualiti serta kesegaran minyak wangi, namun siapa sanggup untuk turun ke dapur setiap hari dan mengambil minyak wangi untuk disembur ke badan bukan. Cadangan saya, simpankan minyak wangi anda dalam kabinet yang diletakkan di dalam bilik air anda kerana suhu sejuk di bilik air mampu mengekalkan kualiti minyak wangi anda," jelasnya.

Bonia pour Femme dan Bonia pour Homme dijual pada harga pengenalan RM132.00 setiap satu.

Jumaat

Komedo: Masalah Kulit Muka


Anda mengalami masalah kulit muka seperti dalam gambar di atas? Apa tu? Nak kata jerawat bukan, nak kata kurap lagi la bukan. Inilah namanya komedo. Komedo adalah cikal bakal jerawat, dan ia digolongkan sebagai jerawat kategori ringan. Komedo terhasil daripada sel mati yang tersumbat di celah lapisan epidermis kulit. Sel mati itu pula terbentuk kesan daripada pengeluaran sebum yang berlebihan pada kulit.

Komedo boleh dibahagikan kepad 2 jenis iaitu komedo terbuka (black-head) terlihat sebagai bintik hitam dipermukaan kulit dan komedo tertutup (white-head) tampak seperti bintil kecil sewarna kulit atau sedikit putih kekuningan.

Untuk menghilangkannya diperlukan rawatan biasa untuk jerawat, contohnya dengan menggunakan oxy, nutrimoist dll. Ada juga yang sanggup mengeluarkan komedo dari kulit mereka dengan menggunakan "comedo extractor" namun harus dilakukan oleh mereka yang sudah terlatih.

Jika anda masih tidak mempunyai komedo, anda sepatutnya mencegah supaya ianya tidak timbul di kulit anda. Kunci utama untuk mencegah timbulnya komedo atu jerawat, antara lain:
- menjaga kesihatan kulit.
- cukup minum air.
- cukup tidur.
- bersenam.
- mengambil serat yang mengandungi vitamin dan mineral.
- menghindari kosmetik "oil-based".
- menghindari daripada memicit komedo tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...