Ahad

Pendedahan Minyak Wangi oleh Olivier Funel

[Olivier Funel (kanan) merupakan pakar minyak wangi di dunia, pencipta minyak wangi BONIA]

TEKAN dan serta-merta semburan wangian tersebar ke seluruh tubuh anda. Semudah itu anda mendapat haruman yang menyegarkan jiwa dan minda namun pernahkah anda terfikir proses bagaimana ia dihasilkan?

Memang tidak semudah yang disangka. Dan mungkin jawapan yang paling mudah ialah minyak wangi diperbuat daripada bunga. Namun jawapan dari Master Parfumeur, Olivier Funel, pasti mengejutkan anda. Katanya, minyak wangi sebenarnya dihasilkan bermula dengan industri kulit asli.

"Pada asalnya minyak wangi terhasil ialah apabila ekstrak bunga diletakkan di atas kulit yang menghasilkan satu bauan wangi yang betul-betul kuat. Inilah cerita asal usul minyak wangi di Perancis," cerita Funel yang ditemui pada majlis pelancaran minyak wangi Bonia di Bangsar Village II, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Gambar di atas menunukkan Olivier Funel (kanan) memperkenalkan minyak wangi Bonia ketika majlis pelancaran minyak wangi tersebut.

Perancis memang terkenal sebagai syurga minyak wangi memandangkan negara tersebut subur dengan pelbagai jenis bunga-bungaan segar.

Funel yang juga merupakan pewaris empayar Atelier des Parfums amat teruja kerana diberi kepercayaan oleh Bonia untuk menghasilkan rumusan minyak wangi terbarunya.

Ujarnya, untuk menghasilkan satu wangian umpama menyediakan ramuan untuk memasak. Hasilkan formula, letakkan ramuan wangian secukup rasa, mengikut kesesuaian.

"Antara bunga asas yang digunakan dalam penghasilan minyak wangi ialah bunga ros, jasmin, lavender dan untuk sejenis minyak wangi biasanya ada lima hingga 10 komponen di dalamnya.

"Untuk Bonia Femme (perempuan) kami mengadunkan 145 komponen manakala untuk Bonia Homme (lelaki) juga jumlah yang sama," jelasnya yang merupakan generasi kelima dalam perusahaan minyak wangi oleh keluarganya.

Cerita Funel, kalau pada tahun 1946 dulu ketika perniagaan keluarga diterajui generasi terdahulu mereka menggunakan mesin pengekstrak bunga dan proses tersebut memakan masa hingga berhari lamanya.

"Namun kini terdapatnya mesin dan robot yang menyediakan adunan yang mengambil masa hanya 4 hingga 5 minit sahaja," ujarnya.

Menurut Funel, bahan asas dalam menghasilkan minyak wangi Bonia adalah dari bunga, daun, benih, akar, buah, dan setiap unsur ini mempunyai nilai haruman yang sungguh berkualiti kerana ia adalah dari alam semula jadi.

Maka disebabkan itu jugalah, jika anda mahukan minyak wangi yang elok dan tahan lama anda perlulah menyimpannya di tempat sejuk.

"Memang peti sejuk merupakan tempat yang baik untuk mengekalkan kualiti serta kesegaran minyak wangi, namun siapa sanggup untuk turun ke dapur setiap hari dan mengambil minyak wangi untuk disembur ke badan bukan. Cadangan saya, simpankan minyak wangi anda dalam kabinet yang diletakkan di dalam bilik air anda kerana suhu sejuk di bilik air mampu mengekalkan kualiti minyak wangi anda," jelasnya.

Bonia pour Femme dan Bonia pour Homme dijual pada harga pengenalan RM132.00 setiap satu.

1 ulasan:

  1. Ayoo Main di Pelangi Togel
    TOTAL HADIAH RATUSAN JUTAAN UNTUK DIBAGIKAN

    KEPADA MEMBER PERMAINAN TOGEL
    - Semua Pasti Menang Dan dapat ^_^ , No Zonk

    Telp : +85581569708
    BBM : D8E23B5C
    Line : togelpelangi
    Link: http://www.togelpelangi.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...