Khamis

Rahsia Memiliki Kulit Cantik dan Gebu

Sejak dahulu kita telah ketahui bahawa santan mempunyai pelbagai kebaikan dalam makanan mahupun dalam kecantikan. Selain untuk kulit cantik, santan turut digunakan sebagai petua untuk mendapatkan kening yang cantik dan rambut lebat bersinar. Selain daripada itu, khasiat santan yang mengandungi asid lemak tepu juga berfungsi dalam mengekalkan daya ketahanan badan dan melindungi kulit.

Pernahkah anda mendengar mengenai lulur santan? Tahukah anda bahawa lulur santan dapat menjadikan kulit cantik dan gebu? Ini lah kebaikan dan khasiat pada lulur santan yang akan dipaparkan oleh AromaKasih pada artikel kali ini.

Lulur santan adalah semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia bertindak untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang kulit menjadi lebih anjal dan membantu mengekalkan kelambapan kulit untuk kulit cantik berseri. Di samping itu, lulur santan juga boleh megurangkan kesan kegelapan kulit apabila berjemur.

Asid laurik yang terdapat dalam lulur santan turut berupaya meransang pembentukan kolagen dalam sel kulit dan juga melindungi kulit daripada kuman. Kulit akan cerah secara semula jadi tanpa pengelupasan melalui penyingkiran sel kulit mati dan kotosan yang melekat pada badan. Inilah fungsi lulur santan.


Kaedah Lulur Santan

1.     Oles Lulur santan pada badan dari atas bahu hingga ke tapak kaki.
2.     Bilas badan dengan air suam.
3.     Sapu serbuk susu pada keseluruhan badan
4.     Setelah itu urut daripada kaki hingga ke kepala.
5.     Kemudian berendamlah di dalam tab mandi yang mengandungi air suam dan krim mandian santan selama 15 minit.
6.     Akhir sekali minum teh halia untuk menghilangkan angin-angin yang terkandung dalam badan.

Kebaikan Lulur Santan

1.     Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
2.     Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
3.     Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah ketiak.
4.     Mengurangkan tekanan & keletihan.
5.     Mengekalkan tenaga.
6.     Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
7.     Memperbaiki tekstur kulit.
Mengurangkan dehidrasi.

3 ulasan:

  1. ok. this is cool...
    nak try buat la..
    tapi bleh kan guna santan kotak?.. hihiihi

    BalasPadam
  2. Ayoo Main di Pelangi Togel
    TOTAL HADIAH RATUSAN JUTAAN UNTUK DIBAGIKAN

    KEPADA MEMBER PERMAINAN TOGEL
    - Semua Pasti Menang Dan dapat ^_^ , No Zonk

    Telp : +85581569708
    BBM : D8E23B5C
    Line : togelpelangi
    Link: http://www.togelpelangi.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...