Anda mengalami masalah kulit muka seperti dalam gambar di atas? Apa tu? Nak kata jerawat bukan, nak kata kurap lagi la bukan. Inilah namanya komedo. Komedo adalah cikal bakal jerawat, dan ia digolongkan sebagai jerawat kategori ringan. Komedo terhasil daripada sel mati yang tersumbat di celah lapisan epidermis kulit. Sel mati itu pula terbentuk kesan daripada pengeluaran sebum yang berlebihan pada kulit.
Komedo boleh dibahagikan kepad 2 jenis iaitu komedo terbuka (black-head) terlihat sebagai bintik hitam dipermukaan kulit dan komedo tertutup (white-head) tampak seperti bintil kecil sewarna kulit atau sedikit putih kekuningan.
Untuk menghilangkannya diperlukan rawatan biasa untuk jerawat, contohnya dengan menggunakan oxy, nutrimoist dll. Ada juga yang sanggup mengeluarkan komedo dari kulit mereka dengan menggunakan "comedo extractor" namun harus dilakukan oleh mereka yang sudah terlatih.
Jika anda masih tidak mempunyai komedo, anda sepatutnya mencegah supaya ianya tidak timbul di kulit anda. Kunci utama untuk mencegah timbulnya komedo atu jerawat, antara lain:
- menjaga kesihatan kulit.
- cukup minum air.
- cukup tidur.
- bersenam.
- mengambil serat yang mengandungi vitamin dan mineral.
- menghindari kosmetik "oil-based".
- menghindari daripada memicit komedo tersebut.
Saya mempunyai masalah Komedo seperti diatas..
BalasPadamBagaimana caranya untuk menghilangkan komedo ini?