Selasa

Penggunaan Perfume Dalam Rawatan Islam

Perkongsian AromaKasih kali ini disumbangkan oleh pembaca AromaKasih iaitu Somutmerah Taiko Mlm. Sekalung penghargaan buat beliau. Semoga Allah swt menjadikan perkongsian beliau sebagai sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua.

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab iaitu “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, ada menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan perfume atau Bahasa Melayu disebut sebagai minyak wangi.

Beliau menyatakan bahawa kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka. Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’ iaitu jin yang sangat suka berdamping dengan seseorang pesakit atas pelbagai alasan.

Tekniknya adalah pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:

1: Sapu pada ubun-ubun.
2: Belakang telinga kiri dan kanan.
20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang.
1: Lubang pusat.
2: Leher kiri dan kanan.

Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia. Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...