1) Lelaki biasanya akan menganggap bende remeh temeh seperti cara pemakaian baju, jam tangan, topi, kasut dan sebagainya. Bila nak keluar, ramai yang akan kata, "Ah, bedal jelah...." Sebenarnya benda yang anda rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar dalam membentuk penampilan diri anda yang mesti diberi perhatian sewajarnya.
2) Lelaki biasanya malas untuk membaca buku-buku fesyen atau menonton program-program yang bersifat santai dan fesyen di internet atau televisyen. Saya percaya orang yang melawat blog AromaKasih juga terdiri daripada 90% wanita. Ini kerana sememangnya wanita yang lebih mengutamakan soal kecantikan (baca kehenseman) diri. Sebenarnya inilah yang menjadi rahsia lelaki-lelaki hensem dan macho di seluruh dunia, iaitu dengan memberikan (walau sedikit) perhatian dan penekanan kepada soal penampilan diri.
3) Ramai lelaki yang bergaya tak bertempat. Anda perlu sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi. Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal. Jika anda pergi ke event yang dihadiri oleh bos anda, takkan anda nak nampak lebih menyerlah berbanding bos anda. Anda perlu sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin dan renung diri sendiri serta fikir samada nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana!
4) Jangan amalkan keluar shopping berseorangan. Ajak isteri, adik beradik atau member seorang pun jadilah. Tapi member bukan sekadar member, cari member yang boleh bagi pendapat jujur. Sesungguhnya kata-kata member yang jujur lagi boleh dipercayai berbanding penjual berkenaan.
5) Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai. Sebaliknya teruskan membentuk image tersendiri. Cuba bentuk style anda yang tersendiri.
6) Jangan beli kerana brand sebaliknya beli kerana ianya kena dengan anda. Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal tapi langsung tak sesuai dengan gaya dan penampilan anda. Oleh itu sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart.
7) Jangan malu untuk meminta pendapat, sebaliknya anda kena rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.
8) Jangan takut untuk memakai sesuatu yang baru. Jika selalunya anda pakai baju yang gelebeh, cuba pakai baju yang fit untuk nampak lebih tegap. Jika selalu anda sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikan anda.
0 ulasan:
Catat Ulasan