Tidur bukan hanya penting untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan. Walaubagaimanapun pada zaman sekarang, ramai orang yang tidak dapat tidur dengan baik kerana masalah penyakit yang dikenali sebagai sleep disorder, yang biasanya terjadi di negara-negara maju. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh National Sleep Fondation pada tahun 2009, rata-rata perempuan Amerika kekurangan tidur sebanyak 122 jam setiap tahun.
Seseorang yang kekurangan tidur dapat menyebabkan timbulnya jerawat, kulit menjadi kusam dan yang lebih parah lagi timbul lingkaran gelap di bawah mata yang tentu saja menggangu penampilan anda. Berikut Aromakasih menyenaraikan beberapa manfaat tidur bagi kecantikan anda:
A. Kulit menjadi lebih cerah
Menurut sebuah kajian dalam the journal of the american heart association, tekanan mental yang diakibatkan oleh kekurangan tidur menyebabkan pembuluh darah mengecut, seterusnya menyebabkan kurangnya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Aliran darah yang tidak lancar ini menyebabkan warna kulit menjadi gelap dan tidak bermaya, juga menjadikan wajah nampak kusam.
Selain itu tekanan mental yang diakibatkan oleh kekurangan tidur juga menghasilkan minyak yang berlebihan di wajah, seterusnya menyebabkan timbulnya masalah jerawat.
Sel-sel di seluruh tubuh badan kita termasuk sel-sel di kulit akan bertukar dan diperbaharui pada waktu malam. Sebenarnya dengan tidur, kita membantu sel-sel ini bertukar dan diperbaharui dengan lebih baik. Jika sel-sel kulit tidak bertukar dan diperbaharui dengan baik, maka kulit kita akan cenderung untuk cepat berkerut dan kendur sebelum waktunya, kerana kita kehilangan sel-sel baru yang membantu menjaga kulit agar sentiasa tetap tegang dan tidak berkedut. Kekurangan sel-sel baru ini juga akan mengurangkan kemampuan kulit untuk mempertahankan dan melindungi kulit itu sendiri terhadap sinar matahari dan pencemaran pada keesokan harinya.
B. Mata lebih cerah
Jika kelopak mata tidak terpejam cukup lama akan membuat mata kering. Itu sebabnya mata kita nampak merah jika kita kurang tidur. Pakar mata mengatakan bahawa lingkaran gelap dibawah mata muncul kerana fatigue atau kelelahan memperlambatkan circulation dan darah tergenang di dalam kulit yang senipis kertas di sekitar mata.
C. Rambut sihat berkilau.
Terus menerus kurang tidur atau tidur larut malam membuatkan tubuh kita selalu berada dalam keadaan krisis sehingga hanya mengeluarkan tenaga dalam jumlah terbatas. Padahal bahan bakar ini biasanya memberikan banyak nutrien ke akar rambut. Kerana jumlah nutrien terbatas, nutrien yang ada akan hanya diberikan pada organ tubuh yang memerlukan. Tanpa kecukupan nutrien, rambut kehilangan kilau dan mudah patah.
Ayoo Main di Pelangi Togel
BalasPadamTOTAL HADIAH RATUSAN JUTAAN UNTUK DIBAGIKAN
KEPADA MEMBER PERMAINAN TOGEL
- Semua Pasti Menang Dan dapat ^_^ , No Zonk
Telp : +85581569708
BBM : D8E23B5C
Line : togelpelangi
Link: http://www.togelpelangi.com/