Khamis

Jangan sarung cincin ke jari kaki!

Tertanya-tanya kenapa tajuk AromaKasih pelik sedikit pada kali ini? Bukan bermaksud apa-apa, cuma memang kita tak menyarungkan cincin ke jari kaki, sebab kalau kita buat gitu, alamatnya kita kena pegi cek otak kita kat Hospital Bahagia lahhhh hehehe.. Hmmm tajuk hari ini sebenarnya pasal menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis, kenapa biasanya pengantin sarung cincin perkahwinan di jari manis?

Banyak jawapannya. Apa-apapun, kita perlu faham bahawa menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis hanya merupakan adat kita je, bukan ajaran mana-mana agama... Cuma hari ni AromaKasih nak bagi satu jawapan kenapa adat menyuruh kita menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis? Hehe ini adalah kerana jari manis itu mewakili pasangan hidup kita. Kita tidak menyarungkan cincin ke jari lain kerana ibu jari mewakili ibu bapa / orang tua kita, jari telunjuk mewakili saudara kita (abang, kakak, adik) sementara anak jari mewakili anak-anak kita.

Untuk lebih memahami maksud pernyataan di atas, AromaKasih ingin berkongsi satu permainan menarik yang menunjukkan bahawa kita boleh memisahkan semua jari-jari lain (yang mewakili orang-orang lain dalam hidup kita) tetapi kita tidak boleh pisahkan pasangan hidup kita.

Cara memulakan permainan ini, satukan kedua tangan anda dan tekuk jari hantu ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan hujungnya (lihat gambar).



1.     Cuba buka ibu jari anda, ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili ibu bapa / orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian, oleh kerana demikian ibu bapa / orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.     Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili saudara kita (abang, kakak, adik). Mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.     Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking / anak jari anda, jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.     Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Anda akan dapati bahawa jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili pasangan hidup kita samada suami atau isteri, oleh itu tandanya selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain, sehidup semati.

Sebab itulah kita menyarungkan cincin perkahwinan yang dihadiahkan oleh pasangan hidup kita di jari manis. Tapi AromaKasih nak tanya satu soalan, kalau cincin tu dihadiahkan oleh ibu bapa/orang tua kita sempena hari lahir kita, kita kena pakai di ibu jari ke???

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...