Selasa

Tips Memakai Perfume - Video

Pada ruangan sebelum ini AromaKasih memberikan tips berkenaan dengan pemakaian perfume dalam bentuk penulisan artikel. Untuk menjadikannya lebih menarik dan senang difahami, pada kali ini AromaKasih menunjukkan satu video berkenaan dengan perkara yang sama agar lebih mudah difahami dan diikuti oleh para pembaca setia AromaKasih.

Isnin

Rahsia Bau Perfume kepada Pemakai




Perfume biasanya dijual dengan beberapa jenis haruman. Sebagai contoh, The One Mon Amour dijual dengan empat jenis haruman pada satu harga. Setiap haruman yang berbeza pastinya mempunyai peminat yang tersendiri. Contohnya ada orang yang suka kepada bau bunga-bungaan, ada yang suka kepada bau buah-buahan, ada yang suka kepada bau kayu-kayan dan sebagainya. Dengan melihat kepada jenis haruman yang suka dipakai oleh seseorang, kita boleh memastikan personaliti si pemakai tersebut. 

Secara ringkas, terdapat  enam kategori haruman yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai yang ingin dikongsikan oleh AromaKasih iaitu:-

BUNGA-BUNGAAN

Jika anda suka memakai perfume dengan haruman bunga-bungaan,  ia akan menampakkan personaliti anda sebagai seorang yang romantik. Jika anda adalah seorang perempuan, anda akan dilihat lebih feminin. Oleh itu, perfume dengan haruman bunga-bungaan ini amat sesuai dipakai oleh suami dan isteri di saat romantis seperti sewaktu berbulan madu, pada waktu malam ketika ingin beradu dan sebagainya.

BUAH-BUAHAN

Jika anda suka memakai perfume dengan haruman buah-buahan,  ia akan memperlihatkan personaliti anda sebagai seorang yang segar dan bersemangat. Perfume jenis ini amat sesuai dipakai untuk ke pejabat agar bau yang terhasil akan membangkitkan aura-aura positif untuk bekerja.

LAUTAN (OCEANIC)

Perfume yang mempunyai haruman ini adalah biasanya perfume moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan haruman yang menjurus kepada lautan. Jika anda suka memakai perfume dengan haruman oceanic,  ia akan memperlihatkan personaliti anda sebagai seorang yang tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.

HIJAUAN SEMULAJADI

Perfume yang mempunyai haruman ini memberikan kesegaran dan tenaga, justeru itu, perfume dengan haruman hijauan semulajadi ini akan melambangkan personaliti anda sebagai seorang yang gemarkan aktiviti luar!

ORIENTAL

Seksi, eksotik, dan gigih! Mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini. Contoh bau-bauan yang tergolong sebagai 'oriental' adalah seperti musk, vanilla dan bau yang keras.

KAYU-KAYAN

Wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang anda boleh jumpai di dalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.



Ahad

Tips Pemakaian Perfume



1. Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.


2. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, oleskan perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.

3. Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Ada 7 point utk mengekalkan keharuman perfume iaitu:
1. belakang telinga
2. nadi pada sendi tangan
3. siku
4. ruang bawah dada
5. celah paha
6. belakang lutut
7. pergelangan kaki

4. Sesiapa yang suka bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai perfume di pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian juga mungkin boleh rosak disebabkan oleh perfume tersebut.

5. Bagi mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadap perfume, cuba gunakan bau yang lebih ringan.

6. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.

Jumaat

Bau Perfume Berbeza-beza Mengikut Pemakai

"Mengapa bila kau pakai The One Mon Amour Perfume ni wanginya lain, aku pakai rasanya lain bau wanginya, si Hana tu pakai wangi lain macam pulak".. Pernah terdengar ungkapan sebegitu? Jika anda memang penggemar perfume yang sejati, anda pasti sedar bahawa bau perfume yang sama bila dipakai oleh orang yang berbeza akan menghasilkan bau yang berlainan, walaupun semuanya wangi. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi hal ini yang mana ingin dikongsikan oleh AromaKasih pada ruangan ini.

Faktor pertama adalah bau asal badan seseorang. Kita maklum bahawa setiap orang mempunyai  bau badan yang tersendiri. Ini bergantung kepada keadaan kulit masing-masing,  gaya hidup dan pemakanan yang seimbang. Faktor inilah yang menjadikan perfume yang dipakai, walaupun sama, akan menghasilkan bau yang berbeza.


Faktor kedua adalah kerana bau perfume itu dipengaruhi oleh keadaan persekitaran seperti tahap kepanasan atau kelembapan suhu dan aroma sekeliling. Contohnya, sewaktu anda ingin membeli perfume di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yang kuat dan keadaan suhu kedai yang sesuai.  Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah kalau anda perasan, baunya agak berbeza bila dibawa pulang.

Faktor ketiga, kita perlu mengambilkira keserasian perfume tersebut dengan peredaran darah. Peredaran darah yang baik menyebabkan bau perfume dapat dicapai dengan semaksima mungkin. Oleh sebab itu, pada peringkat awal pemakaian perfume, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, setelah perfume sudah serasi dengan peredaran darah, barulah bau perfume tersebut  timbul dengan baik.

Khamis

Tips Membeli Perfume

Pada ruangan-ruangan sebelum ini, AromaKasih biasanya berkongsi mengenai tips, petua dan rahsia mengenai kecantikan diri. Namun begitu, dalam memelihara kecantikan diri, jangan kita lupa untuk memastikan badan kita bebas dari bau yang tidak menyenangkan. Kalau anda adalah seorang anak dara, cuba anda bayangkan, anda sedang menuju ke perhentian bas, dalam perjalanan, anda terpandang seorang pemuda yang kacak bergaya sedang berdiri menunggu bas di situ. Hati anda mengatakan anda tertarik dengan penampilannya yang begitu memikat. Apabila anda menedekatinya, masya Allah baunya!!! BUSUK!!! Serta merta ke’kacak’kannya terus pudar dan hilang dek kerana baunya yang tidak menyenangkan. Begitu juga dengan anda, jika anda menghiaskan diri anda sedemikian rupa, tetapi jika anda tidak memelihara bau badan anda, nescaya “FAIL” semuanya!!!

Oleh itu kita dapat lihat di sini betapa pentingnya memelihara bau badan anda. Sebenarnya badan yang wangi mampu mengeluarkan aura-aura yang positif dari badan anda, bergantung kepada jenis wangian yang anda pakai. AromaKasih akan membincangkan lebih lanjut mengenai hal ini pada artikel-artikel seterusnya. Cuma pada artikel kali ini, AromaKasih ingin berkongsi mengenai panduan membeli perfume badan.

Perkara pertama bagi seorang Muslim adalah untuk memastikan perfume yang ingin dibeli mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM. Ini kerana perfume yang tidak mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM mungkin dapat merosakkan amal ibadah harian kita. Sia-sia sahaja kita beribadah siang dan malam tetapi tidak diterima oleh Allah hanya disebabkan perfume yang kita pakai.

Selain memastikan pengiktirafan HALAL dari JAKIM, kita juga hendaklah maklum bahawa setiap perfume mempunyai akronim EDC, EDT, EDP yang mewakili peranan yang berbeza yang tertera di setiap botol perfume. Pada ruangan kali ini, AromaKasih ingin berkongsi maksud akronim-akronim tersebut:

1. Eau de Cologne (EDC) : Hanya mengandungi 3 hingga 5 peratus esen perfume. Ia cuma mampu bertahan sehingga tengahari.

2. Eau de Toilette (EDT) : Hanya mengandungi 4 hingga 8 peratus esen perfume. Semburannya cuma mampu bertahan sehingga lewat petang.

3. Eau de Perfume (EDP) : Mengandungi 8 hingga 15 peratus esen perfume. Semburannya boleh bertahan sehingga lewat malam.


Oleh itu, jika kita ingin membeli perfume badan, pilihlah perfume yang mempunyai akronim EDP yang merupakan perfume terbaik di mana semburannya pada waktu pagi mampu bertahan sehingga lewat malam.



Rabu

Peristiwa di Pertandingan Ratu Cantik: Bahagian 2


It is the final round of the miss universe. The 3 finalists are miss USA, miss Malaysia and miss Singapore, and they were asked 3 simple questions.

Mc: the first question is... give me a name of an electrical appliance starting with ‘L’:
Miss USA: lamp
Miss Malaysia: light bulb
Miss Singapore: ladio
Judge: no, no, radio does not start with the letter 'L'

Mc: i am going to give you 3 more chances. Now, name me an animal starting with the letter 'L' 
Miss USA: lion
Miss Malaysia: leopard
Miss Singapore: labbit
Judge: no, no, no!

Mc: your next chance. The name of a famous car that starts with 'L' 
Miss USA: Lexus
Miss Malaysia: Lamborghini
Miss Singapore: lolls- loyce
Judge: oh my god!

Mc: i am going to give you one last chance! Give me a name of a fruit starting with the letter 'L'
Miss USA: lemon
Miss Malaysia: lychee
Miss Singapore, with full of confidence, smiles and says: liewlian!! (durian)


Hahahahaha.....!!!!!


Selasa

Jerawat memeningkan kepala? (Bahagian 3)



Jerawat tidak mengenal bangsa, darjat dan keturunan. Hampir 80% remaja gadis dan lelaki di Malaysia mengalami masalah jerawat akibat dari pencemaran dalam makanan dan udara. Jerawat atau acne merupakan masalah kulit yang bukan hanya akan meninggalkan parut di muka sahaja tetapi akan menjadikan seseorang itu merasa rendah diri. Disebabkan tekanan perasaan akibat rasa rendah diri, ramai yang terjebak dengan produk-produk kosmetik yang merbahaya. Akibatnya masalah jerawat dan kulit semakin bertambah teruk.

Punca sebenar terjadinya jerawat: bila kita bernafas atau makan kita akan mengumpul toksin. Hati kita akan bekerja keras untuk meneutralkan toksin-toksin tersebut. Jika anda sembelit, maka hati anda lagi sukar untuk meneutralkan toksin-toksin yang terhasil, lalu akan menjurus kepada pengeluaran toksin ke kulit dan muka. Sebab itu dalam artikel sebelum ini AromaKasih pernah menyatakan rata-rata orang yang berjerawat mengalami masalah sembelit. Akhirnya toksin yang berlebihan itu akan menyebabkan pengeluaran toksin ke kulit muka, yang mengakibatkan masalah jerawat. Hati  bertanggungjawab untuk menyahtoksin darah yang datang dari usus besar, paru-paru dan sistem limfatik. Bila sudah dineutralkan, darah tersebut akan bergerak ke seluruh tubuh. Darah yang dineutral itu akan membekalkan sel-sel dengan oksigen dan fungsinya untuk proses penghadaman nutrisi. Dan hormon adalah berunsur kimia di dalam tubuh yang digunakan sebagai utusan di antara organ dan memberi isyarat untuk organ-organ tersebut bertindak apa yang sepatutnya. Hormone androgenic akan memberi arahan kepada kelenjar minyak di kulit untuk menghasilkan sebum atau minyak di kulit dengan kuantiti yang sepatutnya untuk “dikeluarkan”. Jika hormone androgenic terjadi dengan banyak dan terapung di sekitar kelenjar minyak atau sebum, maka terjadilah “pengeluaran berlebihan” sebum atau minyak di kulit.

Mengapa jerawat terjadi semasa akil baligh? Jerawat sering terjadi bila seseorang menghampiri atau baru akil baligh kerana terjadi gelombang yang besar (seolah-olah litar pintas) pada kadar serentak atau sekaligus yang dihasilkan oleh androgenic hormone. Apabila proses ini terjadi, hati akan menjadi “sesak”, proses peneutralan menjadi perlahan akibat “kerja tambahan” selain untuk meneutral toksin yang dihasilkan sebelum ini, lalu terjadi pertindihan hormon-hormon serta darah bertoksin didalam hati akibat “serbuan” tersebut. Bila hati gagal untuk “bekerja kuat”. Darah akan dipenuhi lebihan hormone androgenic dan darah bertoksin yang akan mengakibatkan “breakout” yang menggila di muka remaja tersebut.

Jadi, bagaimana untuk mencuci sebum atau minyak yang bertoksid dari badan yang berkumpul di kulit muka seterusnya membentuk jerawat? Sebelum ini Aromakasih telah memberikan 13 petua untuk mencuci muka yang berjerawat. Pada ruangan kali ini, AromaKasih ingin memberikan petua yang ke14.

Mula-mula basuh muka bersih-bersih. Kemudian ambil periuk, isikan air dan isi kunyit, tak kiralah kunyit serbuk atau sebiji kunyit. Didihkan edua-dua bahan tersebut atas api. Bila menggelegak padam api, letak periuk tadi atas lantai dan pastikan anda duduk atas bangku kecik, turunkan sikit kepala betul-betul menghadap atas periuk tadi. Ambil tuala, tutup separuh kepala dan juntaikan tuala ke depan menutup sekeliling periuk. Wapkan muka sehingga muka mengeluarkan titisan air. Sabar tau, sebab panas sikit. Pastikan air dari muka kuar tau. Air yang kuar masa kita wap adalah air jernih yang bercampur dengan air dalam kunyit dalam periuk yang disejat. Air jernih kuar sebab wap air kunyit tu panas dan meluaskan permukaan pori-pori di muka. Bila panas, air kuar dan jerawat mengembang dan naik ke lapisan atas kulit. Time ni amek kain lampin yang bersih or any kain yang lembut. Picitkan jerawat menghala ke atas, jgn pcit dr sisi. Kalau pedih tahan sikit tau, kuatkan semangat untuk hilangkan jerawat jahat tu. Bila dah siap picit, campurkan air kunyit tadi dengan air sejuk biasa supaya jadi suam. Basuh muka dengan air tu. Ambil serbuk bunga tanjung, sapukan pada muka dengan putaran menghala keluar secara lembut. Proses ni akan membuat kulit muka menjadi licin, dgn sekali cucian jer dah rasa kelembutan kulit. But part kulit yang takder jerawat la, yang ader jerawat still la rasa menggelembung. Kalau nak tau, serbuk ni jika diamalkan, mampu menghilangkan parut tau. Pastu amek tepung beras, campur air suam, wat macam masker. Rehatkan diri selamat 15 minit, pastikan 15 minit, tak lebih tak kurang. Selepas tepat kiraan 15 minit, kita akan rasa segar sangat. Bila tepung dah kering, amik hirisan limau nipis, perahkan sikit2 atas tepung yang beku kat muka tadi. Bila dah sedikit lembut, cuci dengan limau tadi. Kemudian cuci muka seperti biasa. Dah siap, minum air masak sebanyak mungkin utk pastikan kelembapan kulit.

Isnin

Jerawat memeningkan kepala? (Bahagian 2)

Kali ini Aromakasih masih lagi berbincang mengenai jerawat, dan Aromakasih ingin menyambung perbincangan mengenai cara untuk memastikan minyak yang bertoksid dari badan disingkirkan dari badan dan tidak berkumpul di epidermis kulit muka seterusnya membentuk jerawat.

Apa yang jangan dilakukan:

Jerawat adalah sesuatu yang sensitif, so jangan sesekali picit jerawat dengan tangan untuk elakkan dari berparut, jangan menggaru-garu jerawat menggunakan jari, jangan sentuh kulit muka menggunakan tapak tangan walaupun nak mengesat peluh sebaliknya gunakan belakang tangan atau kain bersih. Jangan amalkan petua yang menyarankan kita menyapu muka dengan campuran bedak sejuk, garam dan air asam jawa kerana mengikut testimoni yang diterima oleh Aromakasih, petua ini bukan sahaja tidak berkesan malah jerawat bertambah teruk dan muka menjadi semakin buruk!

Apa yang boleh dilakukan:

Petua 1 : ini adalah petua yang paling berkesan dan mendapat maklumbalas positif yang paling banyak. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 2 : petua ini mendapat sedikit maklumbalas positif. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

Petua 3: campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara . Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. Insyaallah, muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 4: didihkan sebungkus daun teh (masih hijau) kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5: bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6: sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 8: campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9: sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. Insyaallah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Petua 10: ambil daun pudina dan lumatkan. Kemudian campurkan dengan sedikit tepung beras dan air. Sapukan kat muka setiap malam sebelum tidur.

Petua 11: bedak sejuk dicampur dengan air pegaga kampung kemudian tampal kat jerawat sebelum tidur, jangan campur air paip, air pegaga tu sahaja dengan bedak sejuk, lagi baik kalau ada kesan tompok hitam, tompok hitam tu lekang terus dari muka, tapi jangan tampal banyak sangat.

Petua 12: ambil pucuk daun pokok jambu batu, tumbuk sampai hancur. letak kat muka. daun ni bgetah, so baik la untuk hilangkan jerawat2 dan noda2 lain kat muka.

Petua 13: hiriskan lemon (kuning or hijau), lepas tu tempel kat muka terutama area yang ada jerawat, tunggu sekurang2nya 15-30 minit (sehingga kering), basuh dengan air suam, kemudian keringkan muka dengan tuala bersih. Memang pedih skit sebab nak matikan bakteria2 kat muka, tapi lepas 2-3 kali buat dah tak pedih la. Cuba 3 kali seminggu. Keberkesanannya terpulang kepada jenis kulit.

Petua 14: akan disambung pada bahagian 3..

Ahad

Jerawat memeningkan kepala? (Bahagian 1)


Setiap perempuan menginginkan muka yang cantik, dan lumrah manusia mengatakan jerawat merupakan salah satu punca menyebabkan muka tak cantik. Sebenarnya jerawat ni hal biasa, normal bagi seseorang yang berjerawat ni, jangan pening2 kepala, just terima seadanya kerana jerawat tu kan tanda dewasa, horman tengah naik. Kalau takde jerawat tu kira2 belum baligh lah.

Sebelum AromaKasih bercakap pasal petua menghilangkan jerawat, perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita bahawa hanya Allah taala sahaja yang mampu menghilangkan semua masalah kita, kerana hanya Dialah yang memberi dan Dia jugalah yang berkuasa untuk mengambilnya. Maka, sentiasalah kita mendekatkan diri anda kepada Allah. Tapi tak salah kalau kita amalkan sebarang petua sebagai ikhtiar dengan syarat tidak bertentangan dengan agama, dan lepas buat tu, kita hendaklah bertawakkal. Perlu kita ingat bahawa sebarang petua langsung tak berkesan kalau Allah tak bagi.  Sebenarnya, apa saja yang kita pakai, tak kira la apa-apa acne cream, kalau Allah tak nak sembuhkan jerawat atau penyakit apa-apa pun, semuanya tak kan sembuh. Tapi kita juga diperintahkan untuk berusaha kerana Allah hanya memberi bantuan jika kita berusaha.

Dari sudut agama, agar usaha kita seiring dengan konsep tawakkal, kita hendaklah mengiringi setiap usaha kita dengan doa agar petua yang kita amalkan ini berkesan. Iringi juga petua kita dengan memperbanyakkan amalan agama, banyakkan berwudhuk, 5-6 kali sehari, dan jangan mengeluh jika wudhu’ kita terbatal kerana setiap wudhu’ itu pastinya mampu menghapuskan dosa-dosa kecil kita malah mampu memberi kejernihan pada air muka kita menyebabkan muka kita bertambah seri dan cantik. Banyakkan juga solat dan baca al-Quran setiap hari, amalkan juga membaca surah Yusuf setiap hari, insyaAllah muka jadi bersih dan putih. Betapa ramai antara kita yang berdoa dan bersalawat semasa menatap cermin tak kiralah semasa bermake-up ke atau menyikat rambut ke atau sebagainya...??

Dari sudut sains, punca jerawat dalah minyak yang berlebihan dalam badan dan disalurkan melalui epidermis untuk dinyahkan lalu minyak berlebihan yang bercampur dengan toksin ini jika tidak dibersihkan akan membentuk jerawat. Berdasarkan punca dari sudut sains ini, ada 2 kaedah untuk menghilangkan jerawat:

1. Mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan dari badan dengan mengamalkan petua-petua tertentu; dan

2. Memastikan penyingkiran minyak yang bertoksid dari badan tidak berkumpul di epidermis kulit dengan cara mencuci kulit dengan petua-petua tertentu.

Pertama, AromaKasih akan bincangkan bagaimana untuk mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan dari badan dengan memberikan petua-petua tertentu yang melibatkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Perkara yang paling penting, minum air kosong banyak2 untuk membantu menyingkirkan minyak-minyak bertoksid dari badan melalui air pembuangan air kecil dan air besar. Kita dapat melihat rata-rata orang yang berjerawat mengalami masalah pembuangan air besar, oleh itu pemakanan organik seperti sayur-sayuran dan buah-buahan amatlah penting untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, makan tu jangan la makan makanan berminyak seperti ayam goreng, kacang goreng dan sebagainya. Hanya makan ikan bakar, kukus atau stim sehingga anda melihat keberkesanannya. Mengenai gaya hidup pula, jangan tension, hadapi stress dengan tenang, tidur biar cukup, sentiasa senyum, berzikir dan berselawat supaya hati tenang. Apabila hati tenang, badan akan menghasilkan sedikit minyak, kalau tension atau stress, lagi banyak minyak dihasilkan. Banyakkan juga bersenam supaya minyak bertoksid dari badan dapat dikeluarkan melalui proses perpeluhan.

Kedua, aromakasih akan membincangkan bagaimana untuk memastikan penyingkiran minyak yang bertoksid dari badan tidak berkumpul di epidermis kulit dengan cara mencuci kulit dengan petua-petua tertentu. Orang kata muka berminyak adalah penyebab jerawat. Sebenarnya muka berminyak kerana kurang dicuci. Muka mesti selalu dcuci. Malam sebelum tidur jangan lupa cuci muka guna air bersih (air tapis yang dirawat) sambil berselawat. Untuk memastikan muka benar-benar bersih dari minyak yang bertoksid, terdapat beberapa petua yang khusus. Ini kerana kulit muka adalah lebih halus dan sensitif dari kulit-kulit lain di tubuh badan kita. Aromakasih akan memberi sebanyak mungkin petua-petua untuk mencuci kulit muka dalam artikel seterusnya. Terima kasih. Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...