"Mengapa bila kau pakai The One Mon Amour Perfume ni wanginya lain, aku pakai rasanya lain bau wanginya, si Hana tu pakai wangi lain macam pulak".. Pernah terdengar ungkapan sebegitu? Jika anda memang penggemar perfume yang sejati, anda pasti sedar bahawa bau perfume yang sama bila dipakai oleh orang yang berbeza akan menghasilkan bau yang berlainan, walaupun semuanya wangi. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi hal ini yang mana ingin dikongsikan oleh AromaKasih pada ruangan ini.
Faktor pertama adalah bau asal badan seseorang. Kita maklum bahawa setiap orang mempunyai bau badan yang tersendiri. Ini bergantung kepada keadaan kulit masing-masing, gaya hidup dan pemakanan yang seimbang. Faktor inilah yang menjadikan perfume yang dipakai, walaupun sama, akan menghasilkan bau yang berbeza.
Faktor kedua adalah kerana bau perfume itu dipengaruhi oleh keadaan persekitaran seperti tahap kepanasan atau kelembapan suhu dan aroma sekeliling. Contohnya, sewaktu anda ingin membeli perfume di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yang kuat dan keadaan suhu kedai yang sesuai. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah kalau anda perasan, baunya agak berbeza bila dibawa pulang.

Faktor ketiga, kita perlu mengambilkira keserasian perfume tersebut dengan peredaran darah. Peredaran darah yang baik menyebabkan bau perfume dapat dicapai dengan semaksima mungkin. Oleh sebab itu, pada peringkat awal pemakaian perfume, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, setelah perfume sudah serasi dengan peredaran darah, barulah bau perfume tersebut timbul dengan baik.
0 ulasan:
Catat Ulasan