Kali ini Aromakasih masih lagi berbincang mengenai jerawat, dan Aromakasih ingin menyambung perbincangan mengenai cara untuk memastikan minyak yang bertoksid dari badan disingkirkan dari badan dan tidak berkumpul di epidermis kulit muka seterusnya membentuk jerawat.
Apa yang jangan dilakukan:
Jerawat adalah sesuatu yang sensitif, so jangan sesekali picit jerawat dengan tangan untuk elakkan dari berparut, jangan menggaru-garu jerawat menggunakan jari, jangan sentuh kulit muka menggunakan tapak tangan walaupun nak mengesat peluh sebaliknya gunakan belakang tangan atau kain bersih. Jangan amalkan petua yang menyarankan kita menyapu muka dengan campuran bedak sejuk, garam dan air asam jawa kerana mengikut testimoni yang diterima oleh Aromakasih, petua ini bukan sahaja tidak berkesan malah jerawat bertambah teruk dan muka menjadi semakin buruk!
Apa yang boleh dilakukan:
Petua 1 : ini adalah petua yang paling berkesan dan mendapat maklumbalas positif yang paling banyak. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 2 : petua ini mendapat sedikit maklumbalas positif. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
Petua 3: campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara . Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. Insyaallah, muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 4: didihkan sebungkus daun teh (masih hijau) kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5: bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6: sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Petua 8: campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9: sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. Insyaallah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
Petua 10: ambil daun pudina dan lumatkan. Kemudian campurkan dengan sedikit tepung beras dan air. Sapukan kat muka setiap malam sebelum tidur.
Petua 11: bedak sejuk dicampur dengan air pegaga kampung kemudian tampal kat jerawat sebelum tidur, jangan campur air paip, air pegaga tu sahaja dengan bedak sejuk, lagi baik kalau ada kesan tompok hitam, tompok hitam tu lekang terus dari muka, tapi jangan tampal banyak sangat.
Petua 12: ambil pucuk daun pokok jambu batu, tumbuk sampai hancur. letak kat muka. daun ni bgetah, so baik la untuk hilangkan jerawat2 dan noda2 lain kat muka.
Petua 13: hiriskan lemon (kuning or hijau), lepas tu tempel kat muka terutama area yang ada jerawat, tunggu sekurang2nya 15-30 minit (sehingga kering), basuh dengan air suam, kemudian keringkan muka dengan tuala bersih. Memang pedih skit sebab nak matikan bakteria2 kat muka, tapi lepas 2-3 kali buat dah tak pedih la. Cuba 3 kali seminggu. Keberkesanannya terpulang kepada jenis kulit.
0 ulasan:
Catat Ulasan