Ahad

Pendedahan Minyak Wangi oleh Olivier Funel

[Olivier Funel (kanan) merupakan pakar minyak wangi di dunia, pencipta minyak wangi BONIA]

TEKAN dan serta-merta semburan wangian tersebar ke seluruh tubuh anda. Semudah itu anda mendapat haruman yang menyegarkan jiwa dan minda namun pernahkah anda terfikir proses bagaimana ia dihasilkan?

Memang tidak semudah yang disangka. Dan mungkin jawapan yang paling mudah ialah minyak wangi diperbuat daripada bunga. Namun jawapan dari Master Parfumeur, Olivier Funel, pasti mengejutkan anda. Katanya, minyak wangi sebenarnya dihasilkan bermula dengan industri kulit asli.

"Pada asalnya minyak wangi terhasil ialah apabila ekstrak bunga diletakkan di atas kulit yang menghasilkan satu bauan wangi yang betul-betul kuat. Inilah cerita asal usul minyak wangi di Perancis," cerita Funel yang ditemui pada majlis pelancaran minyak wangi Bonia di Bangsar Village II, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Gambar di atas menunukkan Olivier Funel (kanan) memperkenalkan minyak wangi Bonia ketika majlis pelancaran minyak wangi tersebut.

Perancis memang terkenal sebagai syurga minyak wangi memandangkan negara tersebut subur dengan pelbagai jenis bunga-bungaan segar.

Funel yang juga merupakan pewaris empayar Atelier des Parfums amat teruja kerana diberi kepercayaan oleh Bonia untuk menghasilkan rumusan minyak wangi terbarunya.

Ujarnya, untuk menghasilkan satu wangian umpama menyediakan ramuan untuk memasak. Hasilkan formula, letakkan ramuan wangian secukup rasa, mengikut kesesuaian.

"Antara bunga asas yang digunakan dalam penghasilan minyak wangi ialah bunga ros, jasmin, lavender dan untuk sejenis minyak wangi biasanya ada lima hingga 10 komponen di dalamnya.

"Untuk Bonia Femme (perempuan) kami mengadunkan 145 komponen manakala untuk Bonia Homme (lelaki) juga jumlah yang sama," jelasnya yang merupakan generasi kelima dalam perusahaan minyak wangi oleh keluarganya.

Cerita Funel, kalau pada tahun 1946 dulu ketika perniagaan keluarga diterajui generasi terdahulu mereka menggunakan mesin pengekstrak bunga dan proses tersebut memakan masa hingga berhari lamanya.

"Namun kini terdapatnya mesin dan robot yang menyediakan adunan yang mengambil masa hanya 4 hingga 5 minit sahaja," ujarnya.

Menurut Funel, bahan asas dalam menghasilkan minyak wangi Bonia adalah dari bunga, daun, benih, akar, buah, dan setiap unsur ini mempunyai nilai haruman yang sungguh berkualiti kerana ia adalah dari alam semula jadi.

Maka disebabkan itu jugalah, jika anda mahukan minyak wangi yang elok dan tahan lama anda perlulah menyimpannya di tempat sejuk.

"Memang peti sejuk merupakan tempat yang baik untuk mengekalkan kualiti serta kesegaran minyak wangi, namun siapa sanggup untuk turun ke dapur setiap hari dan mengambil minyak wangi untuk disembur ke badan bukan. Cadangan saya, simpankan minyak wangi anda dalam kabinet yang diletakkan di dalam bilik air anda kerana suhu sejuk di bilik air mampu mengekalkan kualiti minyak wangi anda," jelasnya.

Bonia pour Femme dan Bonia pour Homme dijual pada harga pengenalan RM132.00 setiap satu.

Jumaat

Komedo: Masalah Kulit Muka


Anda mengalami masalah kulit muka seperti dalam gambar di atas? Apa tu? Nak kata jerawat bukan, nak kata kurap lagi la bukan. Inilah namanya komedo. Komedo adalah cikal bakal jerawat, dan ia digolongkan sebagai jerawat kategori ringan. Komedo terhasil daripada sel mati yang tersumbat di celah lapisan epidermis kulit. Sel mati itu pula terbentuk kesan daripada pengeluaran sebum yang berlebihan pada kulit.

Komedo boleh dibahagikan kepad 2 jenis iaitu komedo terbuka (black-head) terlihat sebagai bintik hitam dipermukaan kulit dan komedo tertutup (white-head) tampak seperti bintil kecil sewarna kulit atau sedikit putih kekuningan.

Untuk menghilangkannya diperlukan rawatan biasa untuk jerawat, contohnya dengan menggunakan oxy, nutrimoist dll. Ada juga yang sanggup mengeluarkan komedo dari kulit mereka dengan menggunakan "comedo extractor" namun harus dilakukan oleh mereka yang sudah terlatih.

Jika anda masih tidak mempunyai komedo, anda sepatutnya mencegah supaya ianya tidak timbul di kulit anda. Kunci utama untuk mencegah timbulnya komedo atu jerawat, antara lain:
- menjaga kesihatan kulit.
- cukup minum air.
- cukup tidur.
- bersenam.
- mengambil serat yang mengandungi vitamin dan mineral.
- menghindari kosmetik "oil-based".
- menghindari daripada memicit komedo tersebut.

Khamis

Orang Cukup Tidur Cantik Wajahnya?


Tidur bukan hanya penting untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan. Walaubagaimanapun pada zaman sekarang, ramai orang yang tidak dapat tidur dengan baik kerana masalah penyakit yang dikenali sebagai sleep disorder, yang biasanya terjadi di negara-negara maju. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh National Sleep Fondation pada tahun 2009, rata-rata perempuan Amerika kekurangan tidur sebanyak 122 jam setiap tahun.

Seseorang yang kekurangan tidur dapat menyebabkan timbulnya jerawat, kulit menjadi kusam dan yang lebih parah lagi timbul lingkaran gelap di bawah mata yang tentu saja menggangu penampilan anda. Berikut Aromakasih menyenaraikan beberapa manfaat tidur bagi kecantikan anda:

A. Kulit menjadi lebih cerah

Menurut sebuah kajian dalam the journal of the american heart association, tekanan mental yang diakibatkan oleh kekurangan tidur menyebabkan pembuluh darah mengecut, seterusnya menyebabkan kurangnya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Aliran darah yang tidak lancar ini menyebabkan warna kulit menjadi gelap dan tidak bermaya, juga menjadikan wajah nampak kusam.

Selain itu tekanan mental yang diakibatkan oleh kekurangan tidur juga menghasilkan minyak yang berlebihan di wajah, seterusnya menyebabkan timbulnya masalah jerawat.

Sel-sel di seluruh tubuh badan kita termasuk sel-sel di kulit akan bertukar dan diperbaharui pada waktu malam. Sebenarnya dengan tidur, kita membantu sel-sel ini bertukar dan diperbaharui dengan lebih baik. Jika sel-sel kulit tidak bertukar dan diperbaharui dengan baik, maka kulit kita akan cenderung untuk cepat berkerut dan kendur sebelum waktunya, kerana kita kehilangan sel-sel baru yang membantu menjaga kulit agar sentiasa tetap tegang dan tidak berkedut. Kekurangan sel-sel baru ini juga akan mengurangkan kemampuan kulit untuk mempertahankan dan melindungi kulit itu sendiri terhadap sinar matahari dan pencemaran pada keesokan harinya.

B. Mata lebih cerah

Jika kelopak mata tidak terpejam cukup lama akan membuat mata kering. Itu sebabnya mata kita nampak merah jika kita kurang tidur. Pakar mata mengatakan bahawa lingkaran gelap dibawah mata muncul kerana fatigue atau kelelahan memperlambatkan circulation dan darah tergenang di dalam kulit yang senipis kertas di sekitar mata.

C. Rambut sihat berkilau.

Terus menerus kurang tidur atau tidur larut malam membuatkan tubuh kita selalu berada dalam keadaan krisis sehingga hanya mengeluarkan tenaga dalam jumlah terbatas. Padahal bahan bakar ini biasanya memberikan banyak nutrien ke akar rambut. Kerana jumlah nutrien terbatas, nutrien yang ada akan hanya diberikan pada organ tubuh yang memerlukan. Tanpa kecukupan nutrien, rambut kehilangan kilau dan mudah patah.

Selasa

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kuku



Kuku adalah keratin protein yang mana keratin protein tersebut juga boleh ditemui di dalam kulit dan rambut. Kuku terbahagi kepada beberapa bahagian:
·     Nail Plate (lapisan kuku paling atas) – Bahagian yang jelas dilihat pada kuku jari dan kaki.
·     Nail Bed dan matrix – Kawasan di bawah kulit kuku (cuticle), bahagian kuku yang tersembunyi ketika proses pertumbuhan kuku.
·     Lunula – Sebahagian daripada matrix dan ia berwarna putih. Berbentuk seperti bulan sabit di bahagian pangkal kuku dan jelas dilihat di ibu jari.
·     Kulit kuku (cuticle) – Tisu yang bertindan antara lapisan pangkal dan bingkai kuku.
·     Lekuk kuku (nail folds) – Lekuk kulit yang membingkai dan menyokong kuku dari tiga arah.

Faktor Kuku Rosak

Ada banyak faktor menyebabkan kuku tidak sihat. Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh menjadi satu faktor mengapa kuku tidak sihat. Fungus pada kuku menyebabkan perubahan warna, tekstur dan bentuk kuku. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan perubahan warna dan jika jangkitan itu serius anda mungkin hilang nail plate (lapisan kuku paling atas). Kuku juga boleh rosak sebagai tanda kaitannya dengan penyakit kronik seperti berikut:
·         Sakit berkaitan hati – Kuku yang berwarna putih
·         Sakit buah pinggang – Kuku yang separuh berwarna pink dan separuh berwarna putih
·         Sakit jantung – Nail bed berwarna merah
·         Sakit paru-paru – Kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang
·         Kurang darah (anemia) – Kuku berwarna pucat
·         Diabetes – Kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya

Tip Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki

·     Guna losyen tangan lepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan.
·     Rajin urut cuticles supaya kuku naik dengan baik.
·     Makan banyak buah-buahan dan protein.
·     Ambil makanan tambahan jika rasa pengambilan diet seharian tidak cukup, ia bukan saja untuk kuku tapi untuk seluruh tubuh.
·     Penjagaan kuku kaki dan tangan sedikit berbeza. Kaki harus discrub untuk membuang tumit keras terutama di tumit.
·     Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari dan keringkan sebaiknya.
·     Jangan potong kuku terlalu pendek dan jangan mengorek cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit.
·     Jika anda berstokin, tukar setiap hari, jangan pakai stokin yang terlalu ketat atau singkat.
·     Pakai kasut yang sesuai dengan saiz anda. Mereka yang memakai kasut ketat sebenarnya menzalimi kaki sendiri. Kaki yang tersumbat dalam kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku juga terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi memakainya dalam masa lama dan kerap.
·     Sesetengah orang cepat berpeluh, justeru pertimbangkan untuk memakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas tapi bukan sintetik. Sandal mungkin sesuai.
·     Bagus jika anda boleh bertukar kasut setiap hari.
·     Sapukan bedak khas untuk kaki.
·     Jika berhadapan dengan masalah cekam yang serius dan membimbangkan, jumpa doktor jangan cuba mengoreknya.

Penggunaan Perfume Dalam Rawatan Islam

Perkongsian AromaKasih kali ini disumbangkan oleh pembaca AromaKasih iaitu Somutmerah Taiko Mlm. Sekalung penghargaan buat beliau. Semoga Allah swt menjadikan perkongsian beliau sebagai sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua.

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab iaitu “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, ada menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan perfume atau Bahasa Melayu disebut sebagai minyak wangi.

Beliau menyatakan bahawa kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka. Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’ iaitu jin yang sangat suka berdamping dengan seseorang pesakit atas pelbagai alasan.

Tekniknya adalah pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:

1: Sapu pada ubun-ubun.
2: Belakang telinga kiri dan kanan.
20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang.
1: Lubang pusat.
2: Leher kiri dan kanan.

Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia. Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut.

Isnin

Perfume Mampu Membuatkan Jin Muntah

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang dipelawa wangian, janganlah dia menolaknya." (Hadis Riwayat Muslim). Pernahkah anda terfikir, apakah hikmah di sebalik saranan pemakaian perfume atau dalam bahasa melayunya minyak wangi oleh Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. di kalangan umat Baginda? Kali ini AromaKasih ingin berkongsi tentang peranan perfume/minyak wangi dalam agama Islam yang jarang didengar oleh kita semua. Perkongsian pada kali ini disumbangkan oleh salah seorang pembaca blog AromaKasih yag dikenali sebagai Somutmerah Taiko Mlm.

Bau wangi merupakan santapan roh. Ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia.

Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya. Manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana di antara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan. Minyak wangi yang disapu pada hidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah. Jin yang mengganggu akan mengeluh minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. 

Kerana itulah di antara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya.

Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi.

Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu akan "membunuh" zat bunga tersebut.

Di dalam ilmu kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual.

Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayat Al-Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat Al-Quran, selawat atau zikir-zikir tertentu. 

Pada rencana berikutnya, Somutmerah Taiko Mlm akan berkongsi bersama-sama pembaca AromaKasih semua tentang penggunaan perfume dalam rawatan Islam. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Ahad

Mengatasi Bau Ketiak


Bau ketiak yang tidak sedap memang sering mendatangkan masalah. Bagaimana cara mengatasi bau ketiak tersebut? Kita maklum bahawa bau ketiak dihasilkan oleh peluh di ketiak. Peluh ini berasal dari mana? Sebenarnya peluh kita dihasilkan oleh dua kelenjar, iaitu kelenjar accrine dan kelenjar apocrine.

Kelenjar accrine menghasilkan peluh yang tidak berbau yang dikeluarkan sejak bayi, dan biasanya muncul di tapak tangan, tapak kaki, leher, dahi dan sebagainya. Kelenjar accrine mengeluarkan cairan yang banyak mengandung air yang tidak berbau. Cairan tersebut berfungsi menurunkan paras suhu badan kita pada waktu tertentu.

Sementara kelenjar apocrine mengandung asam lemak penuh dengan cairan lebih kental dan berminyak. Kelenjar apocrine terdapat di tempat-tempat tertentu, seperti di ketiak dan di kemaluan. Kelenjar apocrine bersifat aktif setelah kita akil baligh. Sebenarnya, bulu di sekitar kemaluan juga boleh membuatkan bau badan menjadi tak sedap, namun karena letaknya jauh dari hidung selaku pancaindera untuk menghidu, maka bau yang muncul pun tak terlalu dirasakan sepeti di ketiak.

Cairan yang dihasilkan oleh kelenjar apocrine ini berbau lemak. Kemudian, di setiap kelenjar apocrine terdapat bakteria yang berperan dalam proses pembusukan, maka timbullah bau ketiak yang tak sedap. Ada orang yang mempunyai kelenjar apocrine besar, menyebabkan pengeluaran peluhnya lebih banyak dan pembusukan bakterianya juga lebih banyak.

Banyak cara dilakukan untuk menghilangkan bau ketiak yang tak sedap. Kini, banyak produk penghilang bau ketiak yang dijual di pasaran, seperti deodoran, minuman kesihatan, bedak, suntikan botox dan pembedahan. Namun cara yang paling mudah dan selamat untuk mencegah bau ketiak sebenarnya lebih mudah dan murah dengan memahami faktor-faktor ketiak berbau seperti berikut:-

1. Kegemukan

Faktor bau ketiak pertama adalah kegemukan. Orang gemuk banyak lemak. Lemak ini disingkirkan dari badan melalui proses perpeluhan. Pada orang gemuk juga, peluh lebih mudah terperangkap di antara lipatan-lipatan kulit di ketiaknya. Oleh hal yang demikian, untuk mengurangkan bau ketiak anda, pastikan anda mengamalkan diet-diet tertentu untuk mengurangkan lemak seterusnya mengurangkan kegemukan anda.

2. Tidak menjaga kebersihan ketiak

Bau ketiak dapat dicegah jika kita rajin menjaga kebersihan ketiak. Yang terpenting adalah bagaimana caranya selalu menjaga kebersihan ketiak. Kebersihan ketiak boleh dijaga dengan menukar pakaian yang kita kenakan secara teratur, kemudian membersihkan ketiak atau mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita selalu menjaga kebersihan ketiak, maka bau ketiak tidak akan muncul. Ini kerana, jika keringat yang dihasilkan kelenjar apocrine dihilangkan, bakteria pun tidak akan melakukan proses pembusukan. Jika kelenjar apocrine mengeluarkan keringat sedikit tapi kita tidak membersihkannya dan kemudian tercampur bakteria, bau ketiak pun akan muncul di tubuh kita. Oleh itu kita hendaklah selalu membersihkan ketiak dengan sabun antiseptik setiap kali mandi. Setelah mandi, keringkan ketiak dan sapu bedak antiseptik.

3. Bulu ketiak

Bulu ketiak juga adalah penyebab bau ketiak. Dalam ilmu perubatan, bulu ketiak berfungsi memperluaskan permukaan lubang-lubang pada epidermis kulit untuk mengeluarkan peluh. Apabila lubang-lubang pada epidermis kulit semakin luas dan besar, maka semakin banyak peluh dihasilkan.

4. Pemakanan

Untuk mengurangkan bau peluh pada ketiak, kita hendaklah menjaga makanan yang kita ambil. Jika kita sering mengambil makanan seperti daging kambing, durian, bawang goreng, merokok, minuman keras, dan ubat antibiotik, semuanya itu akan menghasilkan lemak yang menyebabkan peluh kita berbau. Oleh itu itu, perlulah kita memperbanyakkan memakan buah, sayur, serta minum air kosong agar dapat menyebabkan bau peluh pada ketiak menjadi berkurang.

5. Tekanan

Keadaan jiwa seseorang, seperti stress atau emosi, sebenarnya juga mempengaruhi kelenjar apocrine bekerja lebih efektif dan produktif, sehingga mempengaruhi bau ketiak.

6. Faktor genetik

Bau ketiak yang tak sedap juga dipengaruhi oleh faktor genetik. Namun, perkara ini tidak menjamin 100%.

Jumaat

Cara Salah Pemakaian Perfume





Anda pakai perfume tapi tak wangi macam kawan anda, padahal sama-sama pakai perfume yang berkualiti iaitu The One Mon Amour. Anda tak puas hati, orang di sekeliling semua memujinya dek kerana wangi badannya, tapi seorang pun tak puji anda. Kenapa? Kalau anda nak tau, sebabnya adalah anda menggunakan perfume dengan cara yang salah! Gambar di atas adalah contoh memakai perfume dengan cara yang salah. Jangan tiru aksinya, jika anda meniru, AromaKasih tidak akan bertanggungjawab di atas segala kemalangan yang berlaku atas tindakan tersebut! Selain daripada contoh di atas, di bawah ini AromaKasih senaraikan 8 lagi cara yang salah memakai perfume:- 

1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah 

Biasanya kita memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan agak kering. Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda. 

2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama 

Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau. 

3. Pakai di tempat yang salah 

Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Sila klik di sini untuk mengetahui 7 point pada tubuh kita yang paling sesuai disapu perfume bagi mengekalkan keharuman perfume. 

4. Pakai dari atas ke bawah 

Selalunya kita pakai perfume mulda dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut. 

5. Pakai perfume di baju 

Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju. 

6. Menggosok perfume selepas pakai 

Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama. 

7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan 

Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut. 

8. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk 

Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

Khamis

Jangan sarung cincin ke jari kaki!

Tertanya-tanya kenapa tajuk AromaKasih pelik sedikit pada kali ini? Bukan bermaksud apa-apa, cuma memang kita tak menyarungkan cincin ke jari kaki, sebab kalau kita buat gitu, alamatnya kita kena pegi cek otak kita kat Hospital Bahagia lahhhh hehehe.. Hmmm tajuk hari ini sebenarnya pasal menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis, kenapa biasanya pengantin sarung cincin perkahwinan di jari manis?

Banyak jawapannya. Apa-apapun, kita perlu faham bahawa menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis hanya merupakan adat kita je, bukan ajaran mana-mana agama... Cuma hari ni AromaKasih nak bagi satu jawapan kenapa adat menyuruh kita menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis? Hehe ini adalah kerana jari manis itu mewakili pasangan hidup kita. Kita tidak menyarungkan cincin ke jari lain kerana ibu jari mewakili ibu bapa / orang tua kita, jari telunjuk mewakili saudara kita (abang, kakak, adik) sementara anak jari mewakili anak-anak kita.

Untuk lebih memahami maksud pernyataan di atas, AromaKasih ingin berkongsi satu permainan menarik yang menunjukkan bahawa kita boleh memisahkan semua jari-jari lain (yang mewakili orang-orang lain dalam hidup kita) tetapi kita tidak boleh pisahkan pasangan hidup kita.

Cara memulakan permainan ini, satukan kedua tangan anda dan tekuk jari hantu ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan hujungnya (lihat gambar).



1.     Cuba buka ibu jari anda, ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili ibu bapa / orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian, oleh kerana demikian ibu bapa / orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.     Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili saudara kita (abang, kakak, adik). Mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.     Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking / anak jari anda, jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.     Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Anda akan dapati bahawa jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili pasangan hidup kita samada suami atau isteri, oleh itu tandanya selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain, sehidup semati.

Sebab itulah kita menyarungkan cincin perkahwinan yang dihadiahkan oleh pasangan hidup kita di jari manis. Tapi AromaKasih nak tanya satu soalan, kalau cincin tu dihadiahkan oleh ibu bapa/orang tua kita sempena hari lahir kita, kita kena pakai di ibu jari ke???

Rabu

Tips Menjadi Lelaki Hensem Kacak Bergaya (Bahagian 2)

Pada ruangan sebelum ini AromaKasih menyatakan bahawa penampilan dan keyakinan diri amat penting bagi seorang lelaki untuk membentuk karisma yang tinggi bagi menyerlahkan lagi kehenseman semulajadi. Cuba perhatikan kat shopping complex ramai lelaki yang memiliki muka yang hensem ala2 babyface, tapi sayang sebab bila jalan pandang ke lantai je. Cara berjalan tak mencerminkan hemah yang tinggi. Seolah-olah tak yakin diri tu yang terbaik. Pada ruangan ini AromaKasih ingin memberikan tips berkaitan dengan sikap untuk meningkatkan lagi penampilan dan juga keyakinan diri, istimewa buat insan yang bergelar lelaki...

1)      Lelaki biasanya akan menganggap bende remeh temeh seperti cara pemakaian baju, jam tangan, topi, kasut dan sebagainya. Bila nak keluar, ramai yang akan kata, "Ah, bedal jelah...." Sebenarnya benda yang anda rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar dalam membentuk penampilan diri anda yang mesti diberi perhatian sewajarnya.

2)      Lelaki biasanya malas untuk membaca buku-buku fesyen atau menonton program-program yang bersifat santai dan fesyen di internet atau televisyen. Saya percaya orang yang melawat blog AromaKasih juga terdiri daripada 90% wanita. Ini kerana sememangnya wanita yang lebih mengutamakan soal kecantikan (baca kehenseman) diri. Sebenarnya inilah yang menjadi rahsia lelaki-lelaki hensem dan macho di seluruh dunia, iaitu dengan memberikan (walau sedikit) perhatian dan penekanan kepada soal penampilan diri.

3)      Ramai lelaki yang bergaya tak bertempat. Anda perlu sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi. Kalau dah bercadang nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal. Jika anda pergi ke event yang dihadiri oleh bos anda, takkan anda nak nampak lebih menyerlah berbanding bos anda. Anda perlu sentiasa pastikan anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin dan renung diri sendiri serta fikir samada nampak pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah lagi orang kat luar sana!

4)      Jangan amalkan keluar shopping berseorangan. Ajak isteri, adik beradik atau member seorang pun jadilah. Tapi member bukan sekadar member, cari member yang boleh bagi pendapat jujur. Sesungguhnya kata-kata member yang jujur lagi boleh dipercayai berbanding penjual berkenaan.

5)      Jangan biasakan mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama. Kekal dengan citarasa yang anda suka. Tak guna kalau membeli pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai. Sebaliknya teruskan membentuk image tersendiri. Cuba bentuk style anda yang tersendiri.

6)      Jangan beli kerana brand sebaliknya beli kerana ianya kena dengan anda. Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal tapi langsung tak sesuai dengan gaya dan penampilan anda. Oleh itu sebelum anda beli sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart.

7)      Jangan malu untuk meminta pendapat, sebaliknya anda kena rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.

8)     Jangan takut untuk memakai sesuatu yang baru. Jika selalunya anda pakai baju yang gelebeh, cuba pakai baju yang fit untuk nampak lebih tegap. Jika selalu anda sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian anda dan bukannya kepelikan anda.

Selasa

Tips Menjadi Lelaki Hensem Kacak Bergaya (Bahagian 1)



Sesuai dengan tema AromaKasih iaitu Kecantikan Adalah Idaman Setiap Insan, tidak kira lelaki atau perempuan, maka pada ruangan kali ini AromaKasih ingin membicarakan tentang kecantikan lelaki. Oleh kerana perkataan kecantikan tak berapa sesuai digunakan untuk ditujukan kepada lelaki, maka AromaKasih senang untuk menggantikannya dengan perkataan “kehenseman”.

Sebenarnya semua lelaki diciptakan Tuhan dengan kehenseman yang semulajadi. Namun sebagaimana wanita, bergantung kepada mereka untuk menyerlahkan kehenseman masing-masing. Bagaimana untuk menyerlahkan kehenseman tersebut? Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan, seperti juga wanita, iaitu penampilan diri dan juga keyakinan diri. Tak guna kalau anda adalah seorang yang bijak dan pandai macam mana sekalipun jika anda tak ada karisma dan keyakinan diri yang tinggi. 

Apa kena mengena antara keyakinan diri dengan kehenseman? Secara asasnya, apabila anda dah ada keyakinan diri ataupun dalam bahasa moden disebut karisma yang tinggi, aura anda akan nampak lebih bertenaga. Contohnya, seringkali kita melihat lelaki yang tak berapa hensem atau yang biasa-biasa je berkahwin (atau berjaya mengorat) perempuan yang cun giler. Sebaliknya, tak kurang ramainya yang kita lihat lelaki yang hensem dan baby face tapi isterinya biasa-biasa jer macam kita (atau isteri kita)...

Apapun, mungkin tips ni akan sedikit sebanyak membantu untuk tujuan meningkatkan penampilan diri dan juga keyakinan diri.

Kepala

Ada sesetengah lelaki yang rambutnya lambat panjang, dan sesetengah yang lain cepat panjang. Anda perlu tahu dan sedar apabila rambut anda perlu (atau wajib) dipotong supaya sentiasa kelihatan kemas dan menarik. 

Cuba gayakan sikit rambut tu, pakai hair cream / hair gel bila keluar, supaya tak nampak kering. Tapi tak semua jenis style rambut sesuai dengan muka anda oleh itu anda mesti tahu nak buat style rambut yang sesuai. 

Kalau nak pakai topi, biarlah kena dengan tempat. Jangan asal keluar je mesti pakai topi. Takkan dalam bangunan pun nak pakai topi, pergi kenduri kawin pakai topi, majlis akad nikah pakai topi, adussss! Topi plak 1 jenis tu jer. Pastu kalau tanya, alasannya macam-macam, kebanyakannya disebabkan nak menutup rambut yang tak lawa. Rilex lah bro. Kena berani sikit. Tuhan dah bagi rambut kepada lelaki sebab itu salah satu perhiasan diri. Dan kalau nak jugak tutup rambut tu, cuba pakai topi yang sesuai. Barulah nampak stylo! 

Muka

Perhatikan wajah anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak terurus? Bulu hidung tu ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak macam Elvis Presley? Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala bulu roma yang dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat penting. 

Selalu juga masalah lelaki ni muka berminyak dan kering. Dahi tu dah jadi macam cermin dah bila muka berminyak. Cubalah amalkan facial cleanser yang sesuai dengan semua jenis kulit. Kalau rajin lagi, lepas guna facial cleanser tu, gunakan pulak pelembap. Tak salah kalau ada dalam poket tu loose powder, kalau dah tengah panas terik tu, muka dah minyak2, sambil2 masuk toilet buang air, sapu la loose powder tu kat muka, sambil mencangkung berak pun boleh, apa nak malu, bukan ada orang tau pun, yang penting muka korang sentiasa nampak cool tak berminyak.

Baju

Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.

Kalau badan tu berisi, lebihkan pakai banyak baju warna gelap untuk nampak lebih kurus. Kalau badan tu kurus kering, pakailah baju warna cerah untuk nampak lebih berisi. Anda juga perlu tahu tentang gelombang warna yang sesuai dengan diri anda. Sila email aromakasih@gmail.com untuk mengetahui warna yang sesuai dengan diri anda untuk menghasilkan gelombang dan aura-aura positif. 

Kalau minat baju berjalur, bagi yang badan berisi kena pakai yang berjalur menegak, nanti baru nampak tinggi dan kurus. Bagi yang kurus pulak pakai berjalur melintang. 

Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.

Apapun, cuba jangan beli baju yang terlalu besar sampai menggelebeh. Dah la menggelebeh, lepas tu rambut skema je, memang nampak nerd! Jangan pula terlalu ketat tapi pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat. Jika baju anda berlengan pendek, pastikan lengan baju tidak sampai ke siku. 

Bau badan

Anda adalah seorang pemuda yang kacak bergaya lagi bijaksana sedang berdiri menunggu bas di sebuah perhentian bas. Di hujung perhentian bas tersebut ada seorang gadis yang cun giler ah macam awek dalam cerita Korea sedang duduk tersenyum nak memikat anda. Anda pun apa lagi, berbunga-bunga la hati anda! Dia kemudiannya bangun dari tempat duduknya ingin mendekati anda, tapi apabila dia mendekati anda, tiba-tiba senyumannya terhenti dan dia terus memalingkan muka sambil hidungnya bergerak seperti menahan bau yang tidak menyenangkan. Baru anda ingat yang anda lupa pakai deodoran, apatah lagi perfume! Cissss melepasssss peluang anda nak memiliki awek cun giler tadi!!! 

Dari cerita ini kita dapat lihat betapa pentingnya memelihara bau badan. Sebenarnya badan yang wangi mampu mengeluarkan aura-aura yang positif dari badan anda, bergantung kepada jenis perfume yang anda pakai. Sila klik di sini untuk mengetahuinya. Untuk mengetahui jenis-jenis perfume yang bagus untuk dibeli supaya anda tidak membazirkan wang membeli perfume yang hampeh, sila klik di sini.

Kasut

Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut. Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.

Sikap 

Bersambung ke bahagian 2...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...