Selasa

Tips Menjadi Lelaki Hensem Kacak Bergaya (Bahagian 1)



Sesuai dengan tema AromaKasih iaitu Kecantikan Adalah Idaman Setiap Insan, tidak kira lelaki atau perempuan, maka pada ruangan kali ini AromaKasih ingin membicarakan tentang kecantikan lelaki. Oleh kerana perkataan kecantikan tak berapa sesuai digunakan untuk ditujukan kepada lelaki, maka AromaKasih senang untuk menggantikannya dengan perkataan “kehenseman”.

Sebenarnya semua lelaki diciptakan Tuhan dengan kehenseman yang semulajadi. Namun sebagaimana wanita, bergantung kepada mereka untuk menyerlahkan kehenseman masing-masing. Bagaimana untuk menyerlahkan kehenseman tersebut? Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan, seperti juga wanita, iaitu penampilan diri dan juga keyakinan diri. Tak guna kalau anda adalah seorang yang bijak dan pandai macam mana sekalipun jika anda tak ada karisma dan keyakinan diri yang tinggi. 

Apa kena mengena antara keyakinan diri dengan kehenseman? Secara asasnya, apabila anda dah ada keyakinan diri ataupun dalam bahasa moden disebut karisma yang tinggi, aura anda akan nampak lebih bertenaga. Contohnya, seringkali kita melihat lelaki yang tak berapa hensem atau yang biasa-biasa je berkahwin (atau berjaya mengorat) perempuan yang cun giler. Sebaliknya, tak kurang ramainya yang kita lihat lelaki yang hensem dan baby face tapi isterinya biasa-biasa jer macam kita (atau isteri kita)...

Apapun, mungkin tips ni akan sedikit sebanyak membantu untuk tujuan meningkatkan penampilan diri dan juga keyakinan diri.

Kepala

Ada sesetengah lelaki yang rambutnya lambat panjang, dan sesetengah yang lain cepat panjang. Anda perlu tahu dan sedar apabila rambut anda perlu (atau wajib) dipotong supaya sentiasa kelihatan kemas dan menarik. 

Cuba gayakan sikit rambut tu, pakai hair cream / hair gel bila keluar, supaya tak nampak kering. Tapi tak semua jenis style rambut sesuai dengan muka anda oleh itu anda mesti tahu nak buat style rambut yang sesuai. 

Kalau nak pakai topi, biarlah kena dengan tempat. Jangan asal keluar je mesti pakai topi. Takkan dalam bangunan pun nak pakai topi, pergi kenduri kawin pakai topi, majlis akad nikah pakai topi, adussss! Topi plak 1 jenis tu jer. Pastu kalau tanya, alasannya macam-macam, kebanyakannya disebabkan nak menutup rambut yang tak lawa. Rilex lah bro. Kena berani sikit. Tuhan dah bagi rambut kepada lelaki sebab itu salah satu perhiasan diri. Dan kalau nak jugak tutup rambut tu, cuba pakai topi yang sesuai. Barulah nampak stylo! 

Muka

Perhatikan wajah anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak terurus? Bulu hidung tu ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak macam Elvis Presley? Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala bulu roma yang dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat penting. 

Selalu juga masalah lelaki ni muka berminyak dan kering. Dahi tu dah jadi macam cermin dah bila muka berminyak. Cubalah amalkan facial cleanser yang sesuai dengan semua jenis kulit. Kalau rajin lagi, lepas guna facial cleanser tu, gunakan pulak pelembap. Tak salah kalau ada dalam poket tu loose powder, kalau dah tengah panas terik tu, muka dah minyak2, sambil2 masuk toilet buang air, sapu la loose powder tu kat muka, sambil mencangkung berak pun boleh, apa nak malu, bukan ada orang tau pun, yang penting muka korang sentiasa nampak cool tak berminyak.

Baju

Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.

Kalau badan tu berisi, lebihkan pakai banyak baju warna gelap untuk nampak lebih kurus. Kalau badan tu kurus kering, pakailah baju warna cerah untuk nampak lebih berisi. Anda juga perlu tahu tentang gelombang warna yang sesuai dengan diri anda. Sila email aromakasih@gmail.com untuk mengetahui warna yang sesuai dengan diri anda untuk menghasilkan gelombang dan aura-aura positif. 

Kalau minat baju berjalur, bagi yang badan berisi kena pakai yang berjalur menegak, nanti baru nampak tinggi dan kurus. Bagi yang kurus pulak pakai berjalur melintang. 

Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.

Apapun, cuba jangan beli baju yang terlalu besar sampai menggelebeh. Dah la menggelebeh, lepas tu rambut skema je, memang nampak nerd! Jangan pula terlalu ketat tapi pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat. Jika baju anda berlengan pendek, pastikan lengan baju tidak sampai ke siku. 

Bau badan

Anda adalah seorang pemuda yang kacak bergaya lagi bijaksana sedang berdiri menunggu bas di sebuah perhentian bas. Di hujung perhentian bas tersebut ada seorang gadis yang cun giler ah macam awek dalam cerita Korea sedang duduk tersenyum nak memikat anda. Anda pun apa lagi, berbunga-bunga la hati anda! Dia kemudiannya bangun dari tempat duduknya ingin mendekati anda, tapi apabila dia mendekati anda, tiba-tiba senyumannya terhenti dan dia terus memalingkan muka sambil hidungnya bergerak seperti menahan bau yang tidak menyenangkan. Baru anda ingat yang anda lupa pakai deodoran, apatah lagi perfume! Cissss melepasssss peluang anda nak memiliki awek cun giler tadi!!! 

Dari cerita ini kita dapat lihat betapa pentingnya memelihara bau badan. Sebenarnya badan yang wangi mampu mengeluarkan aura-aura yang positif dari badan anda, bergantung kepada jenis perfume yang anda pakai. Sila klik di sini untuk mengetahuinya. Untuk mengetahui jenis-jenis perfume yang bagus untuk dibeli supaya anda tidak membazirkan wang membeli perfume yang hampeh, sila klik di sini.

Kasut

Apa salahnya jika berbelanja lebih untuk sepasang kasut. Tetapi jangan beli saja mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.

Sikap 

Bersambung ke bahagian 2...

5 ulasan:

  1. Spe nak buat duit kat rumah..yg penting line intenet kne stable... click link ni----> http://PocketMoneyCash.com/?ref=29079

    BalasPadam
  2. Imej penting utk penampilan yg mennyakin kan kita pada pandangan ramai...pandangan pertama org ramai kebersihan diri ...kerjaya kita ada bersangkut paut dgn lmej.

    BalasPadam
  3. Imej penting utk penampilan yg mennyakin kan kita pada pandangan ramai...pandangan pertama org ramai kebersihan diri ...kerjaya kita ada bersangkut paut dgn lmej.

    BalasPadam
  4. Imej penting utk penampilan yg mennyakin kan kita pada pandangan ramai...pandangan pertama org ramai kebersihan diri ...kerjaya kita ada bersangkut paut dgn lmej.

    BalasPadam
  5. Imej penting utk penampilan yg mennyakin kan kita pada pandangan ramai...pandangan pertama org ramai kebersihan diri ...kerjaya kita ada bersangkut paut dgn lmej.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...