Rabu

Peristiwa di Pertandingan Ratu Cantik: Bahagian 1

Satu pertandingan ratu cantik sedang diadakan. Seorang demi seorang wanita cantik keluar ke pentas memperagakan diri sambil diperkenalkan oleh juru acara majlis.


"Inilah miss India"....tetamu bertepuk sambil bersorak
"Inilah miss China"....sorakan bertambah gemuruh
"Inilah miss Malaysia"....semakin rancak tepukan dan ada yang bersiul.


Tiba-tiba tabir belakang pentas terselak dan keluarlah seorang nenek tua bertongkat tercengang-cengang. Nenek itu kelihatannya seolah-olah tak mengerti lansung apa yang berlaku. Sambil berjalan dengan tongkatnya atas pentas, nenek tua itu menggaru-garu kepalanya. Keadaan itu membuatkan juru acara tergamam dan spontan berkata "err..dan yang ini pula,...miss understanding"...



Isnin

Apakah Makna Kecantikan?



1. Jepang

Di Jepang, kulit dan rambut adalah kunci kecantikan. Wanita di Jepang mempunyai kulit lembut & cantik tanpa parut, dan juga memiliki rambut yang lurus. Ini adalah kerana wanita Jepang suka mengamalkan makanan & minuman yang mengandungi collagen. Di Jepang, collagen sangat mudah ditemui di supermarket, malah sudah banyak restaurant yang menyediakan makanan yang mengandung collagen. Collagen adalah protein utama untuk kecantikan kulit dan berfungsi memberikan kekuatan dan kehalusan pada kulit.

2. Burma dan Thailand

Di Burma dan Thailand, leher yang panjang dengan gelang yang bersinar adalah tanda kedudukan dan keagungan seterusnya menjadi kunci kecantikan mereka. Sewaktu berumur 5 tahun, mereka sudah memakai gelang berbentuk melingkar di sekitar leher. Gelang leher tersebut terus ditambahkan seiring dengan pertumbuhan mereka, dan hal tersebut membuat leher mereka semakin panjang. Berat gelang leher tersebut mencecah 10.5 kilo. 

3. India

Hampir di seluruh dunia tahu, bahwa wanita di India memiliki rambut yang cantik. Seorang ahli penata rambut mengatakan bahwa kualiti rambut yang paling bagus mutunya adalah rambut orang India. Wanita di India juga selalu memakai perhiasan dan baju yang berwarna terang serta tanda merah di dahi mereka pada saat-saat tertentu. Tanda merah di dahi mereka disebut kumkum dan mereka berpendapat bahawa kumkum  membuatkan mereka semakin kelihatan menarik.

4. Iran

Bagi wanita di Iran, kecantikan adalah memiliki hidung yang mancung. Para wanita di Iran sangat suka dengan hidung yang mancung, kerana para wanita di Iran biasanya memakai pakaian yang menutupi tubuhnya dari hujung rambut hingga kaki, kecuali wajah.

5. Brazil

Bagi wanita Brazil, kecantikan diukur dengan melihat kepada kelangsingan tubuh. Oleh itu, Brazil adalah negara pengamal pil diet terbanyak di dunia, kerana para wanita di Brazil ingin mempunyai tubuh yang langsing. Selain memakan pil diet, para wanita brazil juga sukakan fitness dan melakukan pembedahan. Pembedahan plastik di Brazil adalah pembedahan plastik terbanyak di dunia. Pembedahan untuk kecantikan memang sangat penting di Brazil. Oleh itu para wanita Brazil menghabiskan 3/4 gajinya hanya untuk rawatan kecantikan.

6. Indonesia

Seperti Brazil, kecantikan di Indonesia juga diukur dengan melihat kepada kelangsingan tubuh. Di Indonesia terdapat kaedah melangsingkan badan selepas bersalin dengan memakai stagen. Stagen dililitkan di tubuh, untuk menekan perut dan pinggang yang besar setelah bersalin. Memakai stagen membuatkan si pemakai merasa sedikit sakit, kerana tekanan yang diberikan stagen cukup keras.

7. Ethiopia

Di Ethiopia, cantik itu adalah parut luka cakar. Parut luka di Ethiopia bukanlah luka yang tidak disengaja, tetapi mereka sengaja membuatnya sendiri dengan cara menyayat perut mereka. Mereka berpendapat bahawa luka tersebut dapat memuaskan lelaki, dan semakin banyak luka, maka semakin cantik. Biasanya luka cakar tersebut dibuat sejak mereka masih kanak-kanak.

8. Paris

Di Paris, cantik adalah langsing, anggun, cantik, dan berkelas. Di Paris, para wanita menghabiskan banyak waktunya untuk rawatan kecantikan. Kerana wanita Paris langsing-langsing, mereka hanya menyediakan baju dengan ukuran 12 untuk wanita. Anehnya, menurut mereka, umur 60 tahun adalah saat wanita Paris paling cantik.

9. Mauritania

Hampir di semua negara menganggap kecantikan itu sinonim dengan langsing, tapi di negara bahagian Afrika barat, Mauritania, adalah sebaliknya. Makna kecantikan sangat berlawanan di Mauritania, di mana besar itu lebih seksi dari pada langsing.  Semakin gendut seorang wanita, maka semakin banyak pemuda yang suka, jika semakin langsing maka semakin tidak laku. Mendengar hal tersebut, berbahagialah si Oprah dan wanita-wanita yang seumpama dengannya. Disebabkan semakin gendut semakin ramai yang suka, maka sejak kecil anak-anak perempuan mereka diberi makanan dan susu yang berlemak tinggi secara berlebihan. Makanan di sana juga mengandungi banyak lemak dan tidak ada kedai yang menjual makanan diet atau pil diet di Mauritania. 

Ahad

Antara Nasi Lemak, Obesiti dan Seks...



Dalam laman web Sense Of Health ada menjelaskan bagaimana obesiti punca kepada kegagalan dalam perhubungan seksual. Kegagalan disini bermaksud lemah syahwat dan tidak kiralah ia berlaku kepada lelaki atau wanita.

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan nasi lemak adalah punca kepada obesiti. Dan kemudian menghadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah hanya seminggu sekali.

Memang benar obesiti penyumbang masalah seksual tetapi bukan nasi lemak. Tiada kajian yang menunjukkan nasi lemak punca kepada obesiti. Dan bahan-bahan dalam pembuatan nasi lemak tidak mencetuskan peningkatan kandungan kolestrol secara mendadak jika dibandingkan dengan setiap makanan di Mc Donald.

Ramai yang tidak menyokong dengan peraturan nasi lemak yang dikenakan terhadap peniaga kantin. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan pun tidak bersetuju. Selain itu, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr Tee E Siong juga tidak bersetuju dan mengatakan bahawa nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti di kalangan murid sekolah kerana ia boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian yang mempunyai kolestrol tinggi dan tidak terkawal.

Oleh hal yang demikian, kita perlu berhati-hati terhadap makanan yang tinggi kolestrolnya. Apakah sumber makanan yang berkolestrol tinggi? Jawapannya adalah semua makanan yang jenis "fast-food" seperti Mc Donald, KFC dan seumpama dengannya. Jangan salahkan kantin sekolah yang menjual nasi lemak, tapi cubalah buka sendiri peti ais dalam rumah kita, kita akan nampak nugget, hotdog dsb yang ternyata mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.

Kolestrol yang tinggi dan berlebihan dalam badan  akan menyebabkan semakin banyak lemak terkumpul. Lemak ini kemudiannya akan berkumpul dibawah lapisan  kulit seperti perut dan bawah lengan.

Selain daripada itu, kolestrol juga akan berkumpul disaluran darah dan saluran darah jadi sempit. Apabila saluran darah sempit, sukar bagi lelaki untuk zakar mereka menegang dengan sempura. Jadi ini amat berbahaya.





Sabtu

8 Kaedah Mengatasi Perut Buncit



1. Makan perlahan-lahan

Hindari makan cepat sebaliknya kunyahlah perlahan-lahan sehingga makanan hancur baru ditelan sebagaimana ajaran Rasulullah saw, kerana apabila menelan terlalu cepat, makanan yang tidak terkunyah tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudiannya menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan perut dan lama-kelamaan, perut akan menjadi buncit.

2. Makan sambil duduk dan tidak berdiri

Rasululllah pernah dilihat meneguk air sambil berdiri semasa berperang, tetapi Rasulullah juga pernah menepuk belakang seorang sahabat yang sedang makan sambil berdiri sehingga makanan yang sedang dimakan terkeluar kembali. Apakah maksud perbuatan Rasulullah ini? Maksudnya makruh makan sambil berdiri tetapi harus minum sambil berdiri. Apakah hikmah larangan makan sambil berdiri? Kerana apabila makan sambil berdiri, kedudukan usus akan berubah menyebabkan udara akan tertahan di dalam usus seterusnya udara tersebut akan membentuk gas yang boleh mengakibatkan penggelembungan perut.

3. Mengurangkan pengambilan garam

Terlalu banyak garam dalam pengambilan makan setiap hari boleh menambah sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sel-sel tubuh.  Akibatnya perut menjadi penuh dan menggelembung.

4. Mengamalkan memakan buah-buahan

Untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah buah-buahan seperti tembikai, betik, pisang dan sebagaiya yang memiliki banyak kandungan air.

5. Elakkan pengambilan ubat melainkan jika benar-benar perlu

Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat secara berlebihan. Ramai yang kita lihat gemar mengambil ubat terutama panadol apabila mangalami sedikit masalah seperti pening, hidung tersumbat, sakit belakang dan sebagainya. Cubalah elak untuk makan panadol, gunakan antibodi dalaman sendiri untuk mengatasi masalah-masalah tersebut dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat setiap hari.

6. Minum air suam kosong

Air suam kosong berfungsi sebagai alat untuk mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh melalui perpeluhan dan perkumuhan. Lemak-lemak yang masih belum tepu dapat dikeluarkan dari tubuh dengan meminum air suam kosong. Oleh itu pastikan anda mengamalkan pengambilan air suam kosong secara sedikit-sedikit sekurang-kurangnya 8-10 gelas setiap hari.

7. Hindari sembelit

Untuk mengelakkan sembelit, tingkatkan pemakanan serat dari buah-buahan dan sayuran. Aspirin juga kadang-kadang menyebabkan masalah sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

8. Bersenam


Senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dilkeluarkan sebagai keringat atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing.

Selasa

Kecantikan Rupa Paras hanya Bernilai Pada Orang yang Celik

Jika anda mampu membaca catatan saya ini, bersyukurlah anda kepada Allah swt kerana dikurniakan nikmat penglihatan yang sememangnya bermakna untuk mengenal erti kecantikan, maksud saya kecantikan fizikal seperti rupa paras dan bentuk tubuh yang menawan.

Tepat sekali tajuk di atas, bahawa kecantikan rupa paras hanya bernilai pada orang yang celik. Jika anda tidak mempunyai penglihatan, maka kecantikan rupa paras tiada makna bagi anda. Begitu juga jika suami anda seorang yang buta, maka mungkin dia langsung tidak kisah pasal kecantikan rupa paras, hanya yang penting baginya adalah kecantikan budi pekerti dan akhlak peribadi. Maka beruntunglah kita yang mempunyai daya penglihatan, yang membuatkan kita mampu menilai kecantikan samada kecantikan zahiriah (rupa paras dsb) dan juga batiniah (budi pekerti dan akhlak peribadi).
Saya ada satu cerita berkenaan tajuk kita pada kali ini. Alkisahnya, ada seorang wanita yang bersuamikan orang buta. Suatu hari dia berkata kepada suaminya, ''Ah, seandainya engkau dapat melihat cantiknya wajahku dan putihnya kulitku, pasti engkau akan kagum!” Lalu si suaminya yang buta itu menjawab,''Sekiranya kata-katamu adalah benar, tentulah lelaki normal tidak akan membiarkan engkau menjadi isteriku!''

Apakah moral daripada cerita di atas? Hmmm fikir-fikirkanlah...

Isnin

Payu Dara Menawan: Bahagian 2

Sebelum ini Aromakasih pernah memberikan tips untuk mendapatkan payu dara yang menawan dengan menggunakan daun sirih. Tetapi Aromakasih mendapat feedback dari pembaca melalui email yang mengatakan susah untuk mendapatkan daun sirih. Pada catatan kali ini, Aromakasih memberikan 2 lagi tips yang lain pula untuk mendapatkan payu dara yang menawan. Caranya ialah:-

Tips 1

Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Tips 2

Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.




Iklan:


Seks luar biasa hebat!!
Pancutkan isteri anda!!
Panduan Seks Suami Isteri



Ahad

Sukarnya Merawat Rambut dan Kulit Kepala!!!


Ya, saya setuju dengan tajuk di atas. Memang sukar untuk merawat masalah yang berkaitan dengan rambut dan kulit kepala seperti rambut gugur, rambut terlalu kering atau lembap, berbau, berbuah, kepala gatal dan mempunyai kelemumur. Memang ramai yang mengalami masalah berkaitan rambut dan kulit kepala, tetapi tidak ramai yang betul-betul berjaya merawatnya dengan baik. Memang terdapat kaedah tradisional yang boleh diamalkan seperti yang disenaraikan di bawah, namun anda boleh lihat sendiri, tidak ramai di antara kita yang rajin untuk mengamalkannya disebabkan sukar untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan seperti daun limau purut, daun rambutan, daun pinang, bunga raya, bunga kenanga, serbuk inai, minyak kelapa, asam jawa, halba, kacang hijau dan sebagainya. Tambahan pula, kos untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut kadang-kadang agak tinggi dan bahan-bahan tersebut pula tidak tahan lama. Ini menimbulkan satu persoalan samada berbaloi atau tidak untuk mengamalkan kaedah-kaedah tradisional yang memerlukan bahan-bahan semulajadi yang semakin sukar untuk didapati pada masa sekarang. Kalaupun ada bahan-bahan tersebut, sudah pastinya ia perlu dicuci dengan sebaik mungkin lantaran kesan pencemaran dan sisa toksin daripada alam sekeliling. Walaubagaimanapun, jika anda adalah seorang yang rajin, silalah amalkan kaedah-kaedah seperti yang disebutkan di bawah, atau jika anda mahukan sesuatu cara yang lebih mudah dan berkesan untuk penjagaan rambut anda, anda boleh klik di sini:



Mencantikkan Rambut

1.     Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya. Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
2.     Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hindari Rambut Gugur

1.     Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
2.     Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
3.     Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut.

Melebatkan Rambut

1.     Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

Menghilangkan Kelemumur

1.     Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
2.     Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Rambut Berbuah

1.     Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut

1.  Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air  perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Jumaat

Lawak Petua

Petua 1
Kalau kamu marah............ Keluarkan amarahmu sepuasnya agar tidak menyakitkan mindamu

Petua 2
Kalau kamu sedih............ Keluarkan air matamu jika itu dapat melegakan kesedihanmu

Petua 3
Kalau kamu benci........... Keluarkanlah kebencianmu agar tiada lagi kebencian itu

Petua 4
Kalau kamu gembira........ Keluarkanlah kegembiraanmu dan ketawalah sepuasnya 

TAPI INGAT...............

Kalau kamu malu............ 

Jangan sekali-kali keluarkan kemaluanmu kelak binasalah diri Hehehehehe.................

Khamis

Gamat Peyembuh Luka Berkesan

Gamat atau nama saintifiknya holothurian stichopuc sp1 adalah hidupan marin yang telah digunakan oleh orang melayu sejak zaman dahulu. Gamat antara kehidupan marin yang diketahui berupaya mengubati dan mempertahankan dirinya secara biologi.

Mengikut sejarah, gamat telah digunakan oleh wanita-wanita sebagai ubat selepas bersalin dan pembedahan, mengubati luka, ulser, sakit dada, kudis, radang paru-paru, serta lelah. Bagaimanapun kaji seledik yang dijalankan oleh pakar saintis menunjukkan gamat juga boleh digunakan sebagai ubat pelalian dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Penggunaan gamat sebagai ubat pelalian lebih berkesan berbanding ubat yang berasaskan kimia dan dadah.

Pada zaman sekarang, gamat juga digunakan sebagai anti pembekuan darah untuk menyembuhkan penyakit kardiovaskular dan mempertingkatkan tenaga dalam badan. Gamat kaya dengan protein, kologen dan serabut elastin. Gamat juga mengandungi logam-logam yang diperlukan oleh badan untuk mempertingkatkan metabolisma seperti kuprum, kobalt, magnesium fosforus dan iodin.

Ujian telah dijalankan oleh satu pasukan doktor dari sebuah pusat pengajian tinggi universiti tempatan membuktikan Gamat mempunyai antibiotik serta daya mengubat penyakit luka dengan lebih pantas berbanding ubatan biasa.

Kini CNI, sebuah syarikat MLM gergasi yang berasal dari Malaysia telah mengeluarkan gamat yang ditambah khasiatnya dengan campuran rumpai laut dan gano. Ia telah terbukti menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kardiovaskular dan amat sesuai digunakan bagi wanita selepas bersalin juga bagi sesiapa yang pernah mengalami kecederaan dalaman. Anda boleh membuat tempahan pesanan dengan menghubungi aromakasih@gmail.com.


Rabu

Diet Seimbang Tubuh Menawan

Diet seimbang perlulah diamalkan sedari awal agar sasaran yang diletakkan tercapai. Hasilnya bukan sahaja bentuk badan akan kelihatan menarik bahkan kesihatan turut meningkat.



1. Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.

2. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.

3. Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.

4. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.

5. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.

6. Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.

7. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.

8. Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.

9. Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.

10. Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.

Selasa

Menjaga Kecantikan Menurut Ajaran Islam Dan Amalan Melayu



1.   Apabila bangun pagi, sebelum gosok gigi, orang Melayu mengajar supaya minum segelas air masak kosong. Rasulullah saw juga mengamalkan minum segelas air kosong setiap pagi. Air kosong yang bercampur dengan air liur pagi mengandungi enzime yang baik untuk penghadaman, jadi apabila sistem penghadaman elok, Insyaallah jauh dari penyakit.

2.  Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

3.  Solat sememangnya terapi yang terbaik untuk kesihatan. Apabila sujud sewaktu sembahyang subuh, sujudlah sekurang-kurangnya seminit, jangan cepat sangat. Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian tentang kehebatan solat. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Hanya dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4.  Para ulama’ mengajar kita supaya memakan buah-buahan dahulu sebelum makan, bertentangan dengan saranan Barat yang menyuruh kita makan buah selepas makan. Ini berdasarkan surah Al Waqi’ah ayat 20-21 tentang makanan ahli syurga "Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan." Dalam ayat tersebut Allah swt menerangkan tentang makanan ahli syurga yang mana Allah menyebutkan buah-buahan dahulu, baru kemudian daging.

5.  Sewaktu makan, elakkan mencampur makanan darat dengan makanan dalam air seperti ikan dengan ayam. Dalam kitab lama, ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan air berdasarkan tegahan Rasulullah saw terhadap sahabat untuk makan ikan bersama susu kambing. Apabila dikaji oleh para saintis, mereka menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Maka dalam suapan ayam bercampur dengan ikan akan terjadi tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

6.  Tidak salah makan dengan sudu/garfu/copstik dsb tetapi Rasulullah saw mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Apabila dikaji, ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, dan ianya amat baik untuk pencernaan makanan.

7.  Selepas makan, jangan minum air terus, tunggulah selepas 15-30 minit baru minum air. Air apa yang bagus? Saya tidak memberi apa-apa jaminan keberkesanan, tapi ada yang mengatakan dengan mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi Isyaallah boleh mengawal dan mengurangkan berat badan anda. Minum teh o ini bukan hadith Rasulullah, tapi amalan orang Melayu.

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Isnin

Petua Untuk Wanita



Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut

Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci

Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri.Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara

Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar,tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak Mewangi

Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa.Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum

Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu

Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi

Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’ setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok

Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.

Rabu

4 Faktor Kulit Cantik dan Sihat

Keadaan kulit anda mencerminkan kesihatan umum tubuh anda secara keseluruhan. Ini kerana kulit tidak hanya menutup tubuh anda, malah kulit juga memberikan sistem kekebalan dan membantu anda mengurangkan toksin.

Bagi sesetengah wanita yang tidak mempunyai kulit yang cantik, kadang-kadang mereka merasakanan bahawa mereka tidak mungkin dapat mencantikkan kulit mereka kembali, melainkan hanya melalui kaedah pembedahan plastik semata-mata, yang mana tidak mampu dilakukan oleh wanita tersebut. Sebenarnya, mencantikkan kulit tidak memerlukan kepada pembedahan plastik semata-mata. Apa yang dapat anda lakukan untuk mempercantikkan kulit hanya terletak kepada beberapa faktor iaitu apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda bersenam dan faktor persekitaran.

1. Makanan
Disebabkan kulit terdiri daripada protein, maka adalah penting untuk anda makan makanan yang cukup protein untuk membantu memperbaiki kerosakan kulit secara teratur. Anda dianjurkan makan ikan beberapa kali seminggu begitu juga buah-buahan dan sayuran yang mengandung phytochemical dan antioksidan yang dapat menetralisir kerosakan sel kulit seperti bayam dan brokoli.

2. Air
Air adalah keperluan kulit yang paling besar. Ini kerana semua reaksi kimia di dalam sel terjadi dengan bantuan air. Jika anda sangat kekurangan air, zat makanan tidak dapat disalurkan ke semua bahagian tubuh termasuk kulit. Kekurangan air juga menyebabkan kegagalan untuk membuang toksin dengan sempurna. Anda hendaklah minum sebanyak 8-10 gelas air setiap hari secara sedikit-sedikit sepanjang hari.

3. Senaman
Ketika anda bersenam, anda akan mengeluarkan toksin yang boleh menyebabkan kerosakan kulit bersama-sama peluh anda. Pembakaran kalori juga berlaku menyebabkan gula yang berebihan juga akan terbuang. Dan seperti anda ketahui, jika fizikal anda sihat, maka kesannya akan menyihatkan kulit juga.

4. Faktor Persekitaran
Pencemaran udara, bahan-bahan kimia yang keras, kosmetik, cahaya matahari dan panas atau sejuk yang berlebihan dapat merosakkan kulit dan membahayakan kesihatan kulit. Oleh itu lindungilah kulit anda dari faktor persekitaran yang tidak baik dengan memakai losyen.

Selasa

Tips Penjagaan Bibir



Tahukah anda, bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit. Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif, dan paling mudah 'berumur' berbanding bahagian lain pada wajah kita. Maka, kita seeloknya menjaga bibir dengan sebaiknya.

1. Waktu Siang

Asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir adalah tabiat menyapu pelembap bibir setiap kali keluar rumah. Sewaktu menyapu pelembap tersebut, pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembap bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir.

2. Waktu Malam

Sebelum tidur, ambil kain lembut yang dilembapkan, kemudian gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ini adalah untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin.

3. Jangan!

Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya faktor utama bibir anda menggelupas. Elakkan menjilat bibir, jika bibir terasa kering segeralah menyapu lip balm sekerap mungkin sepanjang hari.

Isnin

Kuku Cantik dan Menarik



Kuku melambangkan tahap kebersihan seseorang. Kalau kita melihat seseorang yang berkuku kotor, kita sudah dapat mengagak bahawa mereka itu adalah seorang yang pengotor. Jika anda merupakan seorang suri rumah, elakkan dari menyimpan kuku yang panjang kerana kuku yang panjang mudah dimasuki kotoran sewaktu melakukan kerja rumah dan di luar rumah. Lebih membahayakan jika kotoran tersebut masuk ke dalam makanan semasa anda melakukan kerja di dapur. Kuku panjang juga sukar diuruskan dan terdedah dengan kuman yang membahayakan kesihatan, sebab itulah Islam mengajar penganutnya supaya memotong kuku agar sentiasa bersih dan bebas dari kuman.

Jika anda adalah seorang yang berduit bolehlah pergi ke pusat-pusat manicure & pedicure untuk merawat kuku. Tapi jika anda tiada masa atau tiada peruntukan untuk semua itu, cuba petua yang Aromakasih berikan ini.

Cara pertama 

Ambil sebiji lemon dan belah dua.  Perahkan jus lemon ke dalam seberkas air dan rendamkan jari2 ke dalam air tersebut. Kemudian gosokkan perlahan-lahan kulit lemon tersebut pada kuku. Lakukan dalam 3 bulan sekali, jangan terlalu kerap kerana ianya boleh menyebabkan kuku menjadi nipis.

Cara kedua


Ambil sedikit ubat gigi yang mengandungi fluorida dan sapukan ke atas kuku, boleh juga menggunakan berus gigi yang lembut untuk menggosok kuku.  Selepas digosok biarkan selama 10 hingga 15 minit.  Kemudian bilaslah dan keringkan dengan tuala.  Lakukanlah dalam 3 kali sebulan. Kuku akan kelihatan bersinar berbanding biasa.

Ahad

Senaman Guna Bola



(1) Membuang lemak paha

Baring di atas bola, badan tegakkan ke hadapan lalu angkat satu kaki di atas bola.

(2) Membuang lemak di perut

Tolak badan ke hadapan, angkat dada, luruskan kaki dan angkat tangan ke paras telinga.

(3) Menguatkan otot di kaki

 Baring di lantai, letakkan bola di celah kaki dan angkat manakala tangan lurus di sisi.

(4) Mengempiskan perut


Letakkan bola di atas lantai. Letakkan kaki di atas bola, letakkan tangan di kepala dan angkat kepala dan bahu ke paras dada.

(5) Mengatasi masalah sakit belakang

Masih dalam kedudukan sama, kaki luruskan dan letakkan di atas bola. Tangan letak di sisi dan angkat dada dan badan lurus.

(6) Menguatkan otot paha, kaki, pinggang dan sisi badan

Ulangi langkah sama tetapi kali ini angkat sebelah kaki dan bengkokkan. Tangan kanan angkat buat bentuk L manakala tangan kiri masih memegang bola.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...