Ahad

Antara Nasi Lemak, Obesiti dan Seks...



Dalam laman web Sense Of Health ada menjelaskan bagaimana obesiti punca kepada kegagalan dalam perhubungan seksual. Kegagalan disini bermaksud lemah syahwat dan tidak kiralah ia berlaku kepada lelaki atau wanita.

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan nasi lemak adalah punca kepada obesiti. Dan kemudian menghadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah hanya seminggu sekali.

Memang benar obesiti penyumbang masalah seksual tetapi bukan nasi lemak. Tiada kajian yang menunjukkan nasi lemak punca kepada obesiti. Dan bahan-bahan dalam pembuatan nasi lemak tidak mencetuskan peningkatan kandungan kolestrol secara mendadak jika dibandingkan dengan setiap makanan di Mc Donald.

Ramai yang tidak menyokong dengan peraturan nasi lemak yang dikenakan terhadap peniaga kantin. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan pun tidak bersetuju. Selain itu, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr Tee E Siong juga tidak bersetuju dan mengatakan bahawa nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti di kalangan murid sekolah kerana ia boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian yang mempunyai kolestrol tinggi dan tidak terkawal.

Oleh hal yang demikian, kita perlu berhati-hati terhadap makanan yang tinggi kolestrolnya. Apakah sumber makanan yang berkolestrol tinggi? Jawapannya adalah semua makanan yang jenis "fast-food" seperti Mc Donald, KFC dan seumpama dengannya. Jangan salahkan kantin sekolah yang menjual nasi lemak, tapi cubalah buka sendiri peti ais dalam rumah kita, kita akan nampak nugget, hotdog dsb yang ternyata mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.

Kolestrol yang tinggi dan berlebihan dalam badan  akan menyebabkan semakin banyak lemak terkumpul. Lemak ini kemudiannya akan berkumpul dibawah lapisan  kulit seperti perut dan bawah lengan.

Selain daripada itu, kolestrol juga akan berkumpul disaluran darah dan saluran darah jadi sempit. Apabila saluran darah sempit, sukar bagi lelaki untuk zakar mereka menegang dengan sempura. Jadi ini amat berbahaya.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...