Sabtu

8 Kaedah Mengatasi Perut Buncit



1. Makan perlahan-lahan

Hindari makan cepat sebaliknya kunyahlah perlahan-lahan sehingga makanan hancur baru ditelan sebagaimana ajaran Rasulullah saw, kerana apabila menelan terlalu cepat, makanan yang tidak terkunyah tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudiannya menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan perut dan lama-kelamaan, perut akan menjadi buncit.

2. Makan sambil duduk dan tidak berdiri

Rasululllah pernah dilihat meneguk air sambil berdiri semasa berperang, tetapi Rasulullah juga pernah menepuk belakang seorang sahabat yang sedang makan sambil berdiri sehingga makanan yang sedang dimakan terkeluar kembali. Apakah maksud perbuatan Rasulullah ini? Maksudnya makruh makan sambil berdiri tetapi harus minum sambil berdiri. Apakah hikmah larangan makan sambil berdiri? Kerana apabila makan sambil berdiri, kedudukan usus akan berubah menyebabkan udara akan tertahan di dalam usus seterusnya udara tersebut akan membentuk gas yang boleh mengakibatkan penggelembungan perut.

3. Mengurangkan pengambilan garam

Terlalu banyak garam dalam pengambilan makan setiap hari boleh menambah sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sel-sel tubuh.  Akibatnya perut menjadi penuh dan menggelembung.

4. Mengamalkan memakan buah-buahan

Untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah buah-buahan seperti tembikai, betik, pisang dan sebagaiya yang memiliki banyak kandungan air.

5. Elakkan pengambilan ubat melainkan jika benar-benar perlu

Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat secara berlebihan. Ramai yang kita lihat gemar mengambil ubat terutama panadol apabila mangalami sedikit masalah seperti pening, hidung tersumbat, sakit belakang dan sebagainya. Cubalah elak untuk makan panadol, gunakan antibodi dalaman sendiri untuk mengatasi masalah-masalah tersebut dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat setiap hari.

6. Minum air suam kosong

Air suam kosong berfungsi sebagai alat untuk mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh melalui perpeluhan dan perkumuhan. Lemak-lemak yang masih belum tepu dapat dikeluarkan dari tubuh dengan meminum air suam kosong. Oleh itu pastikan anda mengamalkan pengambilan air suam kosong secara sedikit-sedikit sekurang-kurangnya 8-10 gelas setiap hari.

7. Hindari sembelit

Untuk mengelakkan sembelit, tingkatkan pemakanan serat dari buah-buahan dan sayuran. Aspirin juga kadang-kadang menyebabkan masalah sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

8. Bersenam


Senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dilkeluarkan sebagai keringat atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...