Selasa

Tips Penjagaan Bibir



Tahukah anda, bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit. Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif, dan paling mudah 'berumur' berbanding bahagian lain pada wajah kita. Maka, kita seeloknya menjaga bibir dengan sebaiknya.

1. Waktu Siang

Asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir adalah tabiat menyapu pelembap bibir setiap kali keluar rumah. Sewaktu menyapu pelembap tersebut, pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembap bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir.

2. Waktu Malam

Sebelum tidur, ambil kain lembut yang dilembapkan, kemudian gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ini adalah untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin.

3. Jangan!

Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya faktor utama bibir anda menggelupas. Elakkan menjilat bibir, jika bibir terasa kering segeralah menyapu lip balm sekerap mungkin sepanjang hari.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...