Selasa

Kecantikan Rupa Paras hanya Bernilai Pada Orang yang Celik

Jika anda mampu membaca catatan saya ini, bersyukurlah anda kepada Allah swt kerana dikurniakan nikmat penglihatan yang sememangnya bermakna untuk mengenal erti kecantikan, maksud saya kecantikan fizikal seperti rupa paras dan bentuk tubuh yang menawan.

Tepat sekali tajuk di atas, bahawa kecantikan rupa paras hanya bernilai pada orang yang celik. Jika anda tidak mempunyai penglihatan, maka kecantikan rupa paras tiada makna bagi anda. Begitu juga jika suami anda seorang yang buta, maka mungkin dia langsung tidak kisah pasal kecantikan rupa paras, hanya yang penting baginya adalah kecantikan budi pekerti dan akhlak peribadi. Maka beruntunglah kita yang mempunyai daya penglihatan, yang membuatkan kita mampu menilai kecantikan samada kecantikan zahiriah (rupa paras dsb) dan juga batiniah (budi pekerti dan akhlak peribadi).
Saya ada satu cerita berkenaan tajuk kita pada kali ini. Alkisahnya, ada seorang wanita yang bersuamikan orang buta. Suatu hari dia berkata kepada suaminya, ''Ah, seandainya engkau dapat melihat cantiknya wajahku dan putihnya kulitku, pasti engkau akan kagum!” Lalu si suaminya yang buta itu menjawab,''Sekiranya kata-katamu adalah benar, tentulah lelaki normal tidak akan membiarkan engkau menjadi isteriku!''

Apakah moral daripada cerita di atas? Hmmm fikir-fikirkanlah...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...