Rabu

4 Faktor Kulit Cantik dan Sihat

Keadaan kulit anda mencerminkan kesihatan umum tubuh anda secara keseluruhan. Ini kerana kulit tidak hanya menutup tubuh anda, malah kulit juga memberikan sistem kekebalan dan membantu anda mengurangkan toksin.

Bagi sesetengah wanita yang tidak mempunyai kulit yang cantik, kadang-kadang mereka merasakanan bahawa mereka tidak mungkin dapat mencantikkan kulit mereka kembali, melainkan hanya melalui kaedah pembedahan plastik semata-mata, yang mana tidak mampu dilakukan oleh wanita tersebut. Sebenarnya, mencantikkan kulit tidak memerlukan kepada pembedahan plastik semata-mata. Apa yang dapat anda lakukan untuk mempercantikkan kulit hanya terletak kepada beberapa faktor iaitu apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda bersenam dan faktor persekitaran.

1. Makanan
Disebabkan kulit terdiri daripada protein, maka adalah penting untuk anda makan makanan yang cukup protein untuk membantu memperbaiki kerosakan kulit secara teratur. Anda dianjurkan makan ikan beberapa kali seminggu begitu juga buah-buahan dan sayuran yang mengandung phytochemical dan antioksidan yang dapat menetralisir kerosakan sel kulit seperti bayam dan brokoli.

2. Air
Air adalah keperluan kulit yang paling besar. Ini kerana semua reaksi kimia di dalam sel terjadi dengan bantuan air. Jika anda sangat kekurangan air, zat makanan tidak dapat disalurkan ke semua bahagian tubuh termasuk kulit. Kekurangan air juga menyebabkan kegagalan untuk membuang toksin dengan sempurna. Anda hendaklah minum sebanyak 8-10 gelas air setiap hari secara sedikit-sedikit sepanjang hari.

3. Senaman
Ketika anda bersenam, anda akan mengeluarkan toksin yang boleh menyebabkan kerosakan kulit bersama-sama peluh anda. Pembakaran kalori juga berlaku menyebabkan gula yang berebihan juga akan terbuang. Dan seperti anda ketahui, jika fizikal anda sihat, maka kesannya akan menyihatkan kulit juga.

4. Faktor Persekitaran
Pencemaran udara, bahan-bahan kimia yang keras, kosmetik, cahaya matahari dan panas atau sejuk yang berlebihan dapat merosakkan kulit dan membahayakan kesihatan kulit. Oleh itu lindungilah kulit anda dari faktor persekitaran yang tidak baik dengan memakai losyen.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...