1. Apabila bangun pagi, sebelum gosok gigi, orang Melayu mengajar supaya minum segelas air masak kosong. Rasulullah saw juga mengamalkan minum segelas air kosong setiap pagi. Air kosong yang bercampur dengan air liur pagi mengandungi enzime yang baik untuk penghadaman, jadi apabila sistem penghadaman elok, Insyaallah jauh dari penyakit.
2. Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
3. Solat sememangnya terapi yang terbaik untuk kesihatan. Apabila sujud sewaktu sembahyang subuh, sujudlah sekurang-kurangnya seminit, jangan cepat sangat. Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian tentang kehebatan solat. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Hanya dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Para ulama’ mengajar kita supaya memakan buah-buahan dahulu sebelum makan, bertentangan dengan saranan Barat yang menyuruh kita makan buah selepas makan. Ini berdasarkan surah Al Waqi’ah ayat 20-21 tentang makanan ahli syurga "Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan." Dalam ayat tersebut Allah swt menerangkan tentang makanan ahli syurga yang mana Allah menyebutkan buah-buahan dahulu, baru kemudian daging.
5. Sewaktu makan, elakkan mencampur makanan darat dengan makanan dalam air seperti ikan dengan ayam. Dalam kitab lama, ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan air berdasarkan tegahan Rasulullah saw terhadap sahabat untuk makan ikan bersama susu kambing. Apabila dikaji oleh para saintis, mereka menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Maka dalam suapan ayam bercampur dengan ikan akan terjadi tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
6. Tidak salah makan dengan sudu/garfu/copstik dsb tetapi Rasulullah saw mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Apabila dikaji, ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, dan ianya amat baik untuk pencernaan makanan.
7. Selepas makan, jangan minum air terus, tunggulah selepas 15-30 minit baru minum air. Air apa yang bagus? Saya tidak memberi apa-apa jaminan keberkesanan, tapi ada yang mengatakan dengan mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi Isyaallah boleh mengawal dan mengurangkan berat badan anda. Minum teh o ini bukan hadith Rasulullah, tapi amalan orang Melayu.
Renung-renungkan dan selamat beramal!
salam kenal....
BalasPadamArtikelnya bermanfaat untuk menjaga kecantikan..
dan untuk toko yang menyediakan kaos kaki wanita untuk menunjang kecantikan dimana ya..
Wah artikelnya keren..
BalasPadamcuma lebih keren lagi klo di tambah animasi untuk pembacanya dalam memahami isi artikel, ..Sambil baca artikel ini, Aku numpang promosi ya jualan saya <kaos kaki muslimah warna ya
moha makin bagus lg artikelnya ...
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Promosi Hebat Untuk September 2015.
BalasPadam