Isnin

Kuku Cantik dan Menarik



Kuku melambangkan tahap kebersihan seseorang. Kalau kita melihat seseorang yang berkuku kotor, kita sudah dapat mengagak bahawa mereka itu adalah seorang yang pengotor. Jika anda merupakan seorang suri rumah, elakkan dari menyimpan kuku yang panjang kerana kuku yang panjang mudah dimasuki kotoran sewaktu melakukan kerja rumah dan di luar rumah. Lebih membahayakan jika kotoran tersebut masuk ke dalam makanan semasa anda melakukan kerja di dapur. Kuku panjang juga sukar diuruskan dan terdedah dengan kuman yang membahayakan kesihatan, sebab itulah Islam mengajar penganutnya supaya memotong kuku agar sentiasa bersih dan bebas dari kuman.

Jika anda adalah seorang yang berduit bolehlah pergi ke pusat-pusat manicure & pedicure untuk merawat kuku. Tapi jika anda tiada masa atau tiada peruntukan untuk semua itu, cuba petua yang Aromakasih berikan ini.

Cara pertama 

Ambil sebiji lemon dan belah dua.  Perahkan jus lemon ke dalam seberkas air dan rendamkan jari2 ke dalam air tersebut. Kemudian gosokkan perlahan-lahan kulit lemon tersebut pada kuku. Lakukan dalam 3 bulan sekali, jangan terlalu kerap kerana ianya boleh menyebabkan kuku menjadi nipis.

Cara kedua


Ambil sedikit ubat gigi yang mengandungi fluorida dan sapukan ke atas kuku, boleh juga menggunakan berus gigi yang lembut untuk menggosok kuku.  Selepas digosok biarkan selama 10 hingga 15 minit.  Kemudian bilaslah dan keringkan dengan tuala.  Lakukanlah dalam 3 kali sebulan. Kuku akan kelihatan bersinar berbanding biasa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...