Khamis

Dr Asri: Poco-poco harus, bukan haram

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berbeza pandangan dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram.

Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.



Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh.

"Atas asas ini, pada pandangan saya, tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah," katanya yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian berkenaan sebagai haram kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh.

Pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.



Dalam kenyataan pada Selasa malam, Dr Mohd Asri juga menegaskan, masyarakat Islam hendaklah tahu tentang keluasan Islam, apatah lagi dalam masyarakat yang serba rencam hari ini.

"Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam," katanya.

Menurut Dr Mohd Asri lagi, jika pengharaman dibuat berdasarkan asal-usulnya yang tidak islamik, ia akan mewujudkan kecenderungan pengharaman pelbagai lagi aktiviti seperti Tai Chi, Taekwondo dan senaman Qiqong.

Beliau bagaimanapun menegaskan menghormati pandangan Harussani dan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian tersebut dan cuma memberikan pandangan berbeza.

Bibir Menawan, Gigi Putih Berseri



Bentuk mulut adalah kejadian azali yang tidak dapat diubah. Bagi orang Islam, adalah haram untuk merubah bentuk mulut melalui pembedahan malainkan atas dasar rawatan kerana kemalangan ataupun cacat semulajadi. Namun begitu, kita masih dibenarkan dan digalakkan untuk memperelokkan bahagian mulut seperti bibir dan gigi, malah dalam islam sendiri terdapat hadith-hadith sahih berkenaan dengan penjagaan gigi juga mulut agar bersih dan berbau harum. Pada catatan kali ini, Aromakasih memberikan tips untuk anda menjadikan bibir anda cantik dipandang dan gigi anda putih berseri.
   
Merawat Bibir Merekah

Amalkan sehari sekali meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah.

Menghilangkan lebam di bibir akibat rokok dll

Ambil halia, tumbuk sehingga keluar air, ambil air tu kemudian sapu di bibir.

Bibir Merah Semulajadi

Untuk mendapatkan bibir yang merah semulajadi, amalkan dengan meyapu madu lebah atau mentega atau majerin dibibir sebelum tidur. Biarkan semalaman sehingga bangun pagi.

Memutihkan Gigi

Petua 1: Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi, gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BICARBONATE terlebih dahulu. Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu 2 atau 3 kali.



Petua 2: Ambil buah pinang dan bakarkan ia hingga menjadi arang, lalu tumbuk sehingga menjadi halus. Gosokkan pinang yang telah ditumbuk tadi ke bahagian gigi anda yang kekuningan atau pun hitam. Lakukan petua ini setiap hari. Anda akan dapati gigi anda akan berubah warna menjadi putih cantik.

Rabu

Rahsia Kecantikan Mata



Tidak dapat dinafikan bahawa mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Apabila kita bercakap dengan seseorang, kita pastinya akan memandang matanya. Oleh itu, memiliki mata yang menawan merupakan aset untuk menyerlahkan kecantikan diri. Di bawah ini Aromakasih memberikan beberapa tips kecantikan mata sebagai panduan untuk anda semua:-

Melebatkan Bulu Mata

Sesetengah orang memilki hanya sedikit bulu mata menyebabkan matanya tidak ada daya penarik. Untuk melebatkan bulu mata, rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Melentik Bulu Mata

Bulu mata yang lebat tetapi tidak lentik masih tidak menarik dipandang. Untuk melentikkan bulu mata, ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Melebatkan Bulu Kening

Kening merupakan hiasan mata. Bayangkan wajah kita tanpa kening, memang tak cantik! Jika kening anda tak berapa nampak sebab bulunya tak lebat, cuba petua ini. Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Selasa

Video lucah dan dosa politik

Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. 

Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh 
politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram. 

Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini. 

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. 

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik. 

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini. 

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).



Sila dapatkan artikel penuh di http://www.malaysiakini.com/columns/159703

Senaman Mengecilkan Punggung

Punggung adalah antara faktor yang paling utama dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menampilkan bentuk badan yang menawan, terutama bagi perempuan. Berbeza dengan payudara, memilki punggung yang besar sememangnya tidak cantik dan perlu diatasi segera jika anda mengalaminya. Tanyalah mana-mana lelaki, secara umum mereka mengatakan mereka suka melihat anak gadis yang memilki punggung yang kecil, comel dan cute. Tambah pula jika mengenakan seluar jeans, cantik kalau punggungnya comel dan kecil, tapi kalau punggung besar pakai jeans, hmmmm komen kebanyakan lelaki: “Baik tak payah pakai laaaaa…”. 

Itu pada pandangan lelaki, apa pula pandangan wanita? Pun sama, kebanyakan wanita juga tidak suka dengan punggung besar, yang mana punca utamanya adalah kerana terlebih lemak.

Agar mendapatkan punggung yang lebih langsing, kecil, comel dan seksi, anda sebenarnya memerlukan senaman khusus. Cubalah amalkan senaman yang Aromakasih berikan di bawah ini, paling kurang 4 kali seminggu, tapi sebaik-baiknya amalkan setiap hari secara konsisten, samada selepas subuh ataupun selepas asar. Pilihlah masa yang sesuai, asalkan anda melakukannya. Selamat beramal!

Senaman 1: The Hip Extender

Anda berdiri. Buka sedikit kedua-dua kaki, iaitu selebar bahu. Angkat kaki kanan anda ke samping kanan setinggi mungkin, sambil menurunkan kaki kiri anda. Kemudian kembali ke posisi asal semula dan lakukan hal yang sama untuk kaki sebelah kiri. Lakukan latihan the hip extender sebanyak 10 kali bagi kaki kanan dan 10 kali bagi kaki kiri.

Senaman 2: The Hip Squat

Anda berdiri. Buka sedikit kedua-dua kaki, iaitu selebar bahu. Turunkan badan anda sehingga lutut membentuk sudut 90 darjah. Tangan pegang lutut. Tahanlah selama 2 minit lalu kembali ke posisi berdiri. Lakukan latihan the hip squat sebanyak 20 kali.

Senaman 3: The Back Kick

Dapatkan meja setinggi punggung anda. Anda menghadap meja tersebut. Pegang meja tersebut dengan menggunakan kedua-dua belah tangan anda. Angkat secara perlahan kaki sebelah kanan ke atas sehingga lutut membentuk sudut 90 darjah dan biarkan punggung anda tetap lurus dan tahanlah posisi itu selama 2 minit kemudian kembali ke posisi semula. Lakukan latihan the back kick sebanyak 10 kali bagi kaki kanan dan 10 kali bagi kaki kiri.



Isnin

Panduan Kecantikan Kulit

Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit, makanan yang anda amalkan setiap hari adalah sama pentingnya dengan krim rawatan kulit yang anda gunakan. Ini kerana makanan yang mengandungi zat yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Kandungan semulajadi dalam makanan membantu kita melakukan pelbagai perkara termasuk melindungi kulit dari kerosakan akibat sinar UV, juga boleh membantu mengelakkan bintik hitam dan kerutan pada kulit. Berikut Aromakasih menyenaraikan beberapa makanan yang boleh membantu anda mendapatkan kulit sihat dan cantik:

Coklat (dark chocolate)

Sebuah kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan secawan minuman coklat setiap hari memiliki kulit yang lebih bersinar. Ini kerana minuman ini berfungsi melancarkan aliran darah. Kajian lain menunjukkan mereka yang mengamalkan minuman coklat setiap hari selama 12 minggu memiliki kulit yang lebih halus, lembut dan lembab.

Strawberi 

Buah strawberi menyediakan vitamin C yang banyak sebagai antioksidan kuat untuk meningkatkan pengeluaran kolagen dalam tubuh. Kolagen membantu kulit tetap tegang dan lembut. Selain itu, semakin banyak vitamin C bermakna semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Mereka yang mengamalkan vitamin C setiap hari lebih rendah untuk memiliki kulit kering dan berkerut. Kajian menunjukkan bahwa asam ellagic, antioksidan yang banyak terkandung dalam strawberi mampu untuk membantu mencegah kulit daripada kendur dan berkedut.
 

Epal 

Quercetin, antioksidan yang banyak terkandung dalam kulit epal, melindungi kulit dari paparan sinar UV yang menjadi penyebab kepada kanser kulit.
 

Telur 

Lutein dan zeaxanthin, dua antioksidan yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan akibat sinar UV. Sinar UV menyebabkan munculnya garis-garis halus, bintik-bintik hitam dan kanser kulit. Selain itu, komponen ini membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembab.
 

Almond 

Mengamalkan segenggam almond sehari boleh meningkatkan kadar vitramin E, salah satu antioksidan paling penting dalam menjaga kesihatan kulit. Vitamin ini membantu melembabkan kulit dan mencegah kulit kering.
 

Kenari 

Kenari merupakan sejenis kacang yang  sangat kaya aglycone, asam lemak omega-3, iaitu komponen asas untuk menjaga kelembapan dan kelenturan kulit.
 

Extra Virgin Olive Oil 

Sebuah kajian menunjukkan bahawa Extra Virgin Olive Oil  mengandung asam lemak esensial yang membantu kulit menahan kerusakan akibat sinar UV. 

Selada 

Enam helai daun selada mengadung 100% keperluan vitamin A harian anda. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam selada juga menambahkan zat dan nutrisi pada kulit serta meningkatkan kadar pengaliran oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
 

Tomat 

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan lima senduk pasta tomat yang kaya dengan lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25% lebih banyak terhadap paparan sinaran matahari. Selain itu, makanan ini membuatkan kulit mempunyai lebih banyak kolagen, yang diketahui umum memang sangat baik untuk kecantikan kulit. Di samping itu, hasil kajian sekumpulan saintis dari Jerman menunjukkan kulit yang lebih banyak mengandung antioksidan lycopene berisiko lebih rendah memiliki garis-garis halus dan alur-alur yang sudah pastinya menyebabkan kulit menjadi tidak cantik dan nampak berkedut.
 

Kedelai 

Sebuah kajian menunjukkan bahawa ketegangan kulit meningkat setelah orang yang berusia akhir 30-an dan 40-an mengamalkan makanan yang kaya dengan isoflavon kedelai yang dikenal dengan aglycone.
 

Whole grain 

Roti, pasta dan sereal whole grain kaya dengan antioksidan yang merupakan asas kesihatan dan kecantikan kulit. Oleh kerana kadar antioksidan semulajadi tubuh akan menurun seiring dengan usia, jadi ada baiknya jika kita menambah kadar antioksidan tersebut melalui pemakanan yang berkhasiat.


Ahad

5 Tips Punggung Menawan



Bahagian punggung seringkali dilupakan dalam penjagaan tubuh badan. Walaupun begitu, ramai antara kita bersetuju bahawa punggung yang cantik dan gebu tentunya menjadi pujaan para suami. Selain payudara, punggung merupakan spot yang paling digemari oleh suami semasa hubungan intim. Oleh itu, anda pastinya bersetuju bahawa betapa pentingnya penjagaan punggung untuk menyerlahkan kecantikan diri. Berikut Aromakasih menyenaraikan langkah-langkah agar punggung tetap mulus, cantik dan menarik dipandang.

1. Jangan lupa menggosok bahagian punggung anda setiap kali mandi dengan menggunakan shower cream. Seelok-eloknya gunakan shower cream yang mengandungi khasiat kolagen seperti susu lebah juga rumpai laut yang sangat baik untuk kecantikan kulit. Gunakan span badan jenis berus untuk menghilangkan daki seterusnya membersihkan kulit punggung dengan maksimum.

2. Gunakan body scrub sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Seperti shower cream, sebaik-baiknya biarlah body scrub yang mengandungi khasiat kolagen seperti susu lebah juga rumpai laut yang sangat baik untuk kecantikan kulit.

3. Keringkan bahagian punggung dengan sempurna setiap kali selesai mandi. Jika tidak segera dikeringkan, air yang melekat pada kulit akan bercampur dengan peluh seterusnya akan menyebabkan munculnya bakteria-bakteria yang boleh merosakkan penampilan punggung anda, seperti munculnya jerawat, malah lebih teruk jika panau dan kurap.

4. Setelah anda mengeringkan punggung anda dengan sempurna, sapukan pelembab atau losyen yang sesuai. Seperti shower cream dan body scrub, lebih baik jika losyen yang anda gunakan mengandungi susu lebah (yang mengandungi kolagen yang sangat tinggi) dan juga rumpai laut yang amat berkhasiat untuk kesihatan kulit. Penggunaan losyen amat penting kerana kelembapan kulit bahagian punggung harus dijaga agar kulit tidak kering dan bersisik.

5. Untuk menghilangkan lemak di permukaan kulit, gosok dengan losyen yang mengandungi pati halia dan limau nipis setiap malam sebelum tidur. Anda pastinya nampak perubahan yang berlaku selepas sebulan hingga tiga bulan kemudian.

Selamat mencuba!

Sabtu

Petua tentang kuku kaki



Anda tentu tidak terkejut kalau saya katakan bahawa dalam 10 orang, 8 orang mengalami masalah yang melibatkan kuku kaki terutamanya masalah cekam dan kuku kaki yang kusam. Walaubagaimanapun dalam 8 orang tersebut, tidak sampai 5 orang yang benar-benar ingin merawat kuku kaki mereka. Kebanyakan hanya membiarkan sahaja masalah di kuku kaki seolah-olah kuku kaki bukanlah elemen penting dalam penjagaan tubuh badan. Perlu anda tahu bahawa tanggapan tersebut ternyata salah sama sekali. Dalam penjagaan kecantikan tubuh badan, kuku kaki janganlah diabaikan kerana ianya juga penyumbang kepada kejelitaan seseorang. Di bawah ini Aromakasih menyenaraikan masalah biasa yang terjadi kepada kuku kaki serta petua untuk merawatnya.

Cekam kuku kaki

Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Menghilankan kotoran di celah kuku kaki

Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Mengilatkan kuku kaki

Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.


http://www.sekshebat.com/index.php?ref=Hana

Jumaat

Petua-petua tentang kaki



Bukan sahaja raut wajah dan potongan badan yang perlu diberi perhatian, malah kaki juga memainkan peranan yang penting dalam hal kecantikan seseorang. Di bawah ini adalah beberapa petua yang melibatkan kaki. InsyaAllah dalam catatan yang berikutnya Aromakasih akan memberikan petua berkenaan kuku kaki yang mana sering mengalami masalah seperti kusam, cekam dan sebagainya.

Tumit Kaki Pecah dan Berkematu

1.       Ambil getah betik yang masih muda ataupun ubat gigi yang mengandungi herba/kayu sugi/fluorida. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Kemudian basuh seperti biasa.
2.       Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh.
3.       Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
4.       Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
5.       Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
6.       Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
7.       Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.

Kaki Bersisik

1.       Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
2.       Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
3.       Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.

Urat Timbul Di Kaki

1.       Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
2.       Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
3.       Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.

Kaki Bengkak Ketika Hamil

1.       Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.







Khamis

Petua Mengempiskan Perut

Mempunyai pinggang yang ramping adalah menjadi aset yang amat penting bagi wanita. Ini kerana ianya adalah antara faktor utama kejelitaan wanita, selain daripada memiliki raut wajah yang menawan. Beberapa tabiat perlu dielakkan dan dihindarkan untuk menjadikan perut anda kempis sekaligus untuk mendapatkan potongan badan yang cantik. Jika anda mengikuti nasihat ini nescaya anda akan nampak perubahan pada perut anda:

1. Jangan sesekali minum ais/air batu/aiskrim/air sejuk walaupun cuaca panas.
2. Amalkan meminum air suam sekurang-kurangnya 10 gelas sehari.
3. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air, minum air sekurang-kurangnya setengah jam selepas makan nasi.
4. Hindarkan memakan apa-apa sahaja makanan selepas solat maghrib sehingga sebelum solat subuh kerana lemak sukar dibakar pada waktu malam.
5. Banyakkan makan sayur-sayuran dan organik kerana ini akan menyingkirkan lemak-lemak dalam tubuh.

Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :

Petua 1: Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

Petua 2: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Petua 3: Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Petua 4: Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum menggosok gigi.






Rabu

Tips Untuk Menjaga Kesihatan Payudara

Payudara merupakan organ terpenting untuk wanita. Pentingnya payudara bagi kaum wanita bukan hanya sebagai pelengkap kejadian tetapi sebenarnya mempunyai pelbagai rahsia. Sesetengah wanita tidak mempunyai payudara seperti yang diidam-idamkan, malah ada juga yang langsung tidak ada payudara. Ada juga wanita yang begitu berbangga mempunyai payudara yang besar. Secara umum, memiliki payudara yang besar sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Keseksian serta ciri-ciri kewanitaaan terselah dengan memiliki payudara yang besar.


Selain digunakan untuk menyusu payudara juga adalah sebagai daya penarik, iaitu daya penarik utama kepada suami terutamanya ketika bersetubuh. Tidak hairanlah payudara dipilih sebagai kunci utama untuk meningkatkan nafsu syawat isteri. Payudara yang montok seringkali menjadi santapan pertama si suami pada setiap kali seks hendak dijalankan. Tidak hairanlah ramasan & kucupan dilakukan oleh suami kepada payudara isteri kadangkala mencecah masa sehingga 15-20 minit. WAUUU..!!!


Berikut adalah beberapa tips untuk penjagaan payudara yang ditemui oleh Aromakasih untuk bacaan para wanita yang mementingkan kesihatan payudara:-


Tips 1:  Kurangkan makan makanan berlemak

Pola makan yang tinggi lemak haiwan boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Menurut ahli perubatan, pola makan kaya lemak mampu menghasilkan zat kimia dalam usus yang waktu berhubungan sama bakteria akan mengubahnya menjadi estrogen sebagai penyebab kanser. Estrogen ini kemudian disimpan dalam jaringan lemak payudara sehingga membuatkan sel dalam kawasan ini lebih mungkin tumbuh menjadi kanser.


Tips 2: Tingkatkan pengambilan serat

Amalan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran penting untuk mencegah kanser payudara. Serat yang terkandung dalam sayur-sayuran, seluruh jenis gandum dan buah-buahan dapat mempengaruhi metabolisme estrogen dalam tubuh, dan menurunkan estrogen dalam darah.


Tips 3: Memakan banyak sayuran

Amalan memakan banyak sayur-sayuran seperti brokoli, kubis brussel, kol, bok, choy, sayur-sayuran hijau seperti kangkung dan bayam, kembang kol dan lobak cina, baik untuk kesihatan payudara kerana mengandung komponen sulfur yang disebut indoles. Indoles sebenarnya membantu mengurangkan estrogen dari tubuh dan mencegahnya daripada tumbuh menjadi kanser payudara. Hanya sayur-sayuran jenis ini yang diketahui mampu mengubah estrogen dalam tubuh, dan mencegahnya daripada berkembang menjadi kanser payudara.


Tips 4: Memakan ikan

Kajian menunjukkan bahawa memakan sekurang-kurangnya 3 ekor ikan laut setiap minggu seperti tuna, salmon, makarel, dan sardin boleh membantu mencegah kanser payudara. Minyak omega yang biasanya ditemui dalam ikan ini mampu membantu memperkuatkan sistem kekebalan dan menghalang pengaruh tumor yang menyebabkan kanser.


Tips 5: Memakan Kedelai

Ramai ahli perubatan yakin bahawa dengan memakan produk kedelai boleh melindungi kita terhadap hormon penyebab tumor. Kacang kedelai dan produk kedelai lainnya mengandungi genistein, sebuah estrogen semulajadi yang mengikat pada reseptor dalam payudara sehingga kemungkinan untuk tumbuhnya kanser adalah sangat berkurangan.


Tips 6: Senaman secara Teratur

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang melakukan senaman selama 3, 8 jam atau lebih seminggu, kurang kemungkinannya untuk diserang kanser payudara dibandingkan mereka yang tidak bersenam.


Untuk mendapatkan e-book percuma tentang RAHSIA PAYUDARA, sila tulis "saya ingin tahu tentang rahsia payu dara" dan email kepada aromakasih@gmail.com 


http://www.sekshebat.com/index.php?ref=Hana

Selasa

Payu Dara Menawan: Bahagian 1



Payu Dara menawan menjadi satu kepentingan dan amat mustahak bagi wanita agar sentiasa dipandang 'berahi' oleh suami masing-masing, tambah-tambah lagi bila memakai pakaian tidur yang seksi semasa berada di rumah bersama-samanya, juga semasa mandi bersama dan sebagainya. 


“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.


Payu dara yang kendur pastinya tidak menarik dipandang suami, sekaligus menyebabkan isteri berasa rendah diri. Masalah payu dara kendur dihadapi oleh ramai wanita, terutama bagi wanita yang menyusukan anak. Berikut adalah petua untuk merawat payu dara kendur agar sentiasa mekar, kembang dan tegang:-


1. Sapukan sedikit minyak kelapa/minyak zaitun pada permukaan daun sirih yang segar.
2. Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya, atau menggunakan lilin.
3. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
4. Lakukan setiap hari atau setiap malam semasa anak tidur selama tiga hingga tujuh hari berturut-turut sehingga anda melihat kesannya.


Iklan:

Seks Hebat di Ranjang!!

Isnin

Petua kecantikan dari rambut ke kaki

PETUA KEPALA SIHAT

Mewangikan Rambut

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa  pening & menyejukkan kepala.

Mengatasi kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

PETUA KULIT CANTIK

Kepada yang melakukan kerja luar sering menghadapi masalah kulit muka terbakar kerana panas matahari. Untuk memulihkan kulit wajah, bancuh  sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau  nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut.  Biar kering baru cuci dengan air bersih.

Petua kempiskan perut

Perahkan sebiji limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setengah gelas  di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan sekurang-kurangnya sebulan hingga 3 bulan dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

Petua kaki SIHAT

Hilangkan Bau Kaki

Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pada kaki. Lakukan setiap petang selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang

Tumit Pecah-Pecah

Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit  dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.

Ahad

9 sebab untuk minum Teh Hijau setiap hari

1. Mengurangkan risiko barah/kanser


Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai 2001, kandungan polifenol, antioksidan kuat pada teh hijau sebenarnya mampu mencegah sel kanser berkembang biak dalam tubuh. Kajian tersebut menunjukkan bahawa orang yang meminum teh hijau secara teratur dan konsisten/istiqamah dengan mengamalkannya sebagai minuman harian makin berkurang risikonya terhadap penyakit kanser payudara, kanser perut, kanser kerongkong, kanser usus, kanser paru-paru, kanser dubur, kanser hati, kanser pankreas dan kanser prostat.

2. Melindungi daya ingatan

Teh hijau juga menjaga otak agar memiliki daya ingatan yang kuat dan tajam. Mengikut kajian, orang dewasa yang minum teh hijau setiap hari tidak mempunyai masalah kognitif serius berbanding mereka yang tidak meminum teh hijau. Ini kerana antioksidan yang  tinggi yang terkandung dalam teh hijau yang memerangi radikal bebas yang berpotensi merosakkan saraf otak yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi semakin lemah.

3. Menurunkan berat badan

Oh ya, ini yang pasti anda suka! Pelbagai kajian membuktikan bahawa orang yang meminum teh hijau secara teratur dan konsisten/istiqamah dengan mengamalkannya sebagai minuman harian mampu mempercepat proses pembakaran lemak dan kalori dalam tubuh. Teh hijau juga dapat membantu mempercepatkan peningkatan metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif untuk menghasilkan antioksidan.

4. Merawat kulit

Teh hijau merupakan antiseptik semulajadi yang mampu merawat kulit bermasalah seperti berjerawat, radang, gatal dan kulit terbakar. Caranya samada dengan cara meminum teh hijau atau menyapu terus pada kulit, iaitu dengan merendam teh hijau dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah tersebut. Mengikut ujian makmal, teh hijau juga mampu melindungi kulit dari bahaya sinar UV yang menyebabkan kanser kulit.  Malah kelopak mata yang membengkak juga boleh dirawat dengan teh hijau.

5. Menstabilkan tekanan darah serta menghilangkan stress dan tension

Adalah penting untuk memiliki tekanan darah yang stabil iaitu pada kiraan 120/80. Namun untuk maintain pada tahap tersebut terlalu sukar apatah lagi anda adalah orang Malaysia yang rata-ratanya mengambil makanan yang berlemak tinggi. Bangun pagi makan roti canai dan nasi lemah, tengahari makan nasi dengan kari lemak, petang pulak pelbagai jenis kuih dan manisan! Tetapi orang yang mengamalkan separuh cawan teh hijau setiap hari sudah ‘menabung’ bagi menghindarkan diri dari tekanan darah tinggi sebanyak 50% berbanding mereka yang tidak mengamalkan teh hijau. Ini kerana kandungan polifenol (ECGC) yang ada dalam teh hijau memapu menstabilkan tekanan darah dan membantu menjaga pembuluh darah dari kontraksi yang berpotensi menaikkan tekanan darah. Perlu kita tahu bahawa penyebab utama stress/tension adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat stress/tension yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi dan stress/tension menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

6. Awet muda

Semakin muda dan sihat arteri anda, maka anda juga makin lebih sihat dan lebih muda. Dengan mengamalkan minuman teh hijau setiap hari, akan menghalangi tubuh menyerap lemak dan kolesterol yang menyumbat arteri/pembuluh darah yang akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan stroke.

7. Mencegah keracunan makanan
Mengamalkan minuman teh hijau setiap hari dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´ dan sebagainya di dalam perut/tubuh anda.

8. Melindungi daripada diabetes
Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

9. Melindungi daripada hepatitis 
Teh hijau juga terbukti dapat melindungi kita daripada hepatitis.





Dapatkan sepaket teh hijau yang dicampur dengan kopi putih hari ini! Hubungi aromakasih@gmail.com untuk tempahan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...